13

1.7K 140 10
                                    



Taehyung POV

Akhirnya, kerja aku dah siap. Bolehlah aku pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama Hani.

'Mesti Hani rindukan abang, kan?' Desis hati Taehyung.

Dia tersenyum. Sejak kehadiran gadis ini, hidup dia bertambah bahagia. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan seperti ini. Hani juga kelihatan seperti sudah mula menerimanya di dalam hidup dia.

"Agaknya Hani tengah buat apa ya?"

Taehyung membuka telefonnya melihat rakaman cctv. Ya, dia memang memasang cctv selama ini di dalam rumah itu. Hampir keseluruhan sudut rumah itu diletakkan dengan cctv tertutup. Tempat yang tidak diletakkan hanyalah bilik air, bilik rahsianya dan bilik tidurnya.

Nampaknya Hani sedang khusyuk menonton cerita animal planet yang disiarkan pada kaca tv sambil memakan bertih jagung yang dibeli oleh Taehyung. Taehyung tersenyum sekali lagi. Comelnya!


"Hani, Tae dah balik!"

"Hani?"

Aku menggeleng kepala sambil tersenyum. Nampaknya dia dah tertidur di atas sofa ketika menonton tv. Aku mencapai alat kawalan jauh lalu menutup tv. Selepas itu, aku mengangkat tubuh kecil Hani lalu membawanya masuk ke dalam bilik aku. Aku membaringkannya ke atas katil.

Bukan apa, aku rasa macam tak nak tidur sorang-sorang malam ni. Lagipun, aku rindu Hani. Aku nak peluk dia waktu tidur, usap rambut dia, cium dahi dia sebelum tidur dan aku mahu dia menjadi benda pertama yang akan aku nampak sewaktu aku bangun tidur. Bahagianya aku kalau macam tu.

Aku pun membaringkan diri di sebelah Hani yang sedang enak dibuai mimpi.

"Mimpi indah, sayang."



Aku terjaga pada pukul tujuh pagi. Aku menoleh ke arah kanan aku. Kelihatan Hani masih lagi tidur dengan lenanya. Comel seperti bayi dia pada ketika ini. Aku mengalihkan rambut yang menutup mukanya. Aku memerhatikan wajahnya pada saat ini. Aku mengelus pipinya yang lembut. Kelihatan Hani secara tiba-tiba tersenyum.

'Sayang suka, ya? ' desis hati aku lalu aku tersenyum sendirian.

"Chanyeol.." kata Hani secara tiba-tiba.

Chanyeol? Sapa pula Chanyeol nih?!

Aku berasa marah. Aku menahan diri daripada memarahi Hani. Aku lantas bangun lalu masuk ke dalam bilik mandi. Aku merenung ke arah wajahku pada cermin dihadapanku ini.

"SAPA CHANYEOL?! ARGHHHH!" Jerit aku dari kuat lalu menumbuk ke arah cermin dengan kuat.

"Aku akan cari kau sampai dapat!"


Hani POV

Bunyi burung berkicauan mengejutkan aku dari tidur. Aku terkejut apabila mendapati aku berada di dalam bilik tidur Taehyung.

'Aku berjalan sambil tidur ke? Mana Taehyung?' Desis hati aku.

"Dah bangun dah?" Tegur seseorang yang amat aku kenali.

Aku menoleh ke arahnya namun tidak sampai beberapa saat, aku menoleh kearah lain.

"Kenapa? Tergoda?" Tanya Taehyung.

'Eh, abah kamu tergoda!' Desis hati aku.

Mana taknya. Dia baru keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala yang diikat pada pinggangnya. Sapa je tak pengsan?

"Eh, tak ada maknanya. Pergi pakai baju cepat! Tak malu." Kata aku lalu bangun untuk keluar dari bilik.

Baru sahaja aku ingin melangkah dari pintu bilik ini, tangan aku ditarik dari belakang lalu Taehyung memeluk aku.

"K-kenapa ni?"

"Rindu."

Aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan dia memeluk aku.

"Hani.." panggil Taehyung sambil mengangkat daguku keatas untuk memandangnya.

"Ye?"

"Awak tahukan saya cintakan awak?"

"Tahu."

"Awak tak cintakan saya?"

"Saya sayang awak."

Maaf Tae. Aku masih tak pasti jika aku mencintai kau atau tidak. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Ada kalanya benci dan ada kalanya suka. Tapi cinta.. aku tak pasti.

"Tapi-"

"Oh, saya lupa nak bagi bomb makan malam tadi! Mesti dia lapar sangat ni. Kesian dia. Saya nak bagi dia makanlah. Awak pergi pakai baju eh. Saya tunggu awak kat bawah. " kata aku lalu cepat-cepat beredar dari bilik tidurnya.


Taehyung POV

Aku menggenggam tangan aku dalam keadaan marah.

"Ini mesti angkara budak Chanyeol tu. Tak apa, Hani. Abang akan uruskan dia nanti MUAHAHAHAHAHAHA!"

Aku cepat-cepat memakai pakaianku lalu turun kebawah.

"Sapa anjing baik? Bomblahh alalala comelnya dia~" kata Hani yang sedang bermain dengan anjing kami.

Dia nampaknya masih tidak perasan akan kehadiranku pada saat ini.

"Ehem."

"Oh, Taehyung. Nak makan? Saya dah siap masak nasi goreng. Mari makan." Kata Hani lalu menarik tangan aku ke meja makan.

Jantungku berdegup kencang. Hani.. jangan buat abang macam ni.. abang tak kuat..

"Kenapa termenung pandang tangan tu? Makanlah. Ke tak sedap masakan Hani tu?"

"Eh, tak adalah! Sedap sangat. Tengok ni berselera Tae makan." Kata aku lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut aku sehingga penuh.

Hani tergelak melihat perbuatanku ini. Aduhh jantung aku ㅠㅠ

"Hah, baguslah. Tambah eh. Hani termasak banyak tadi."

Aku mengangguk lalu mencedok lagi nasi ke dalam pinggan aku.

"Hani, boleh Tae tanya sikit?"

"Mestilah boleh. Nak tanya apa?"

"Hani kenal tak sesiapa yang bernama Chanyeol?"

Senyumannya terus pudar. Dia merenung ke arah aku seketika kemudiannya tersenyum kembali.

"Chanyeol tu kawan Hani. Kawan baik. Kenapa tanya? Dan macam mana kenal dia ?"

"Ermm tak ada sebab. Just, Tae macam pernah dengar nama dia sebab tu tanya. Cuba cerita sikit tentang dia."

"Nama penuh dia Park Chanyeol. Hani kenal dia dari kecil lagi. Dia tu baik sangat. Masa Hani susah, dia akan tolong Hani selagi dia mampu. Dia tak pernah kedekut ilmu. Dia pun selalu bagi semangat bila Hani sedih. Lagi-"

"Oo camtu ke dia? Hani suka dia ke?"

"Mestilah suka! Kalau tak, takkanlah kami masih berkawan sampai sekarang, kan?"

'Suka ya?' Desis hati aku. Aku berasa semakin tidak sabar untuk memulakan misi.

"Tae, naik atas dululah. Apa-apa jumpa je Tae kat bilik Tae."

"Cepatnya. Tak nak tambah dah ke?"

"Dah kenyang."

"Ok. Buat kerja elok-elok."

Mestilah buat kerja elok-elok. Kerja ni kan untuk kebahagiaan kita berdua jugak, sayang.

Aku tersenyum sendirian lalu masuk ke dalam bilik rahsia aku. Sempat aku mengunci kedua-dua pintu bilik ini. Aku kemudiannya mencapai laptop aku yang tersorok disebuah laci.

"Lets see what we can find about you, Park Chanyeol."

Stalker ; kth ✓ Where stories live. Discover now