7

2.2K 179 16
                                    



Hani POV

Sumpah aku terkejut. Pisau. Pisau tu betul-betul dekat dengan leher aku. Ya tuhan selamatkanlah aku. Aku tak nak mati lagi..

"Babe, kau call sapa?" Tanya Taehyung bersama senyuman yang amat menakutkan. Bukan, mengerikan. Mata dia kelihatan semakin gelap.

"K-kawan." Kata aku. Semakin lama, makin dekat pisau tu dengan leher aku.

"Buat apa?" Tanya Taehyung.

"T-tanya kh-khabar je."

"Bohong! Kau nak suruh kawan kau bagitau poliskan?! Macamlah aku tak tahu! Apa yang aku buat sampai perlu bagitau polis? Aku tak buat apapun!" Kata Taehyung.

Riak mukannya menunjukkan dengan jelas sekali bahawa dia sedang marah dan kecewa pada aku. Pisau yang berada di tangannya telah pun terkena sedikit di leher aku.

"Argh. Sakit Taehyung.."

Dia tak endahkan. Sebaliknya, dia mencucuk lebih dalam lagi.

"T-taehyung.."

Aku memandang matanya. Gelap. Dan dia nampak sepertinya teruja melihat leher aku yang sedang berdarah ini.

"T-tae.. sakit.."

"Umm you sound sexy, babe. I like it!" Kata Taehyung.

"Taehyung, jebal. Berhenti... Sakit.."

Pandangan aku semakin kabur. Lama-kelamaan pandangan aku mula gelap dan aku sudah tidak dapat menyedarkan diri.


Aku terjaga. Terasa berdenyut di bahagian kepala aku. Apa sudah jadi? Oh ya, itu. Baru aku sedar yang aku di sebuah bilik yang aku tak pernah masuk sebelum ini. Luka aku juga sudah dirawat dan dibalut dan... ada seseorang yang sedang memeluk aku dari belakang di atas katil ini. Aku memusingkan badan untuk memandang orang itu yang sudah semestinya Taehyung.

"Dah sedar?" Tanya Taehyung.

Aku hanya diam dan memandang ke bawah. Merajuk pun ada ni. Apa dia ingat aku akan bercakap dengan dia setelah apa yang terjadi? Tak hingin aku! Ni pun masih terasa lagi denyutan di bahagian leher aku yang terkena pisau tadi.

"Hey, pandang aku." Kata Taehyung sambil mengangkat daguku. Aku memandang tepat ke matanya.

"Maaf aku buat macam tu. Sumpah aku tak ada niat untuk buat kau macam tu. Aku cuma-"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku telah pun memeluk badannya dengan erat sambil menyandarkan kepala aku pada dadanya.

"Shh.. saya ngantuk lagi. " kata aku lalu menutup mata aku. Sebenarnya aku malas mahu mendengar penjelasannya. Bukannya aku akan percaya kalau dia bagitai aku penjelasan sekalipun. Dia kelihatan masih kaku tapi mengangguk perlahan lalu mencium atas kepalaku.

Dengan itu, aku melelapkan semula mata aku dan tidur. Tetapi hanya sekejap sahaja, aku telahpun tersedar kembali. Mata aku memandang ke arah Taehyung di tingkap bilik yang aku rasa adalah bilik Taehyung. Taehyung sedang bercakap dengan seseorang?

"Kau rasa kenapa aku buat macam tu tadi? Sudah tentu untuk kita!" Kata Taehyung.

"Ya, tapi ini sudah melampau. Aku sayangkan dia. Lagipun, bukan ke kau dah janji yang kita tak akan cederakan dia? " kata Taehyung lagi.

"Kau nih... setiap perbuatan yang salah kita perlu tegur dan ajar dia. Kalau dilayankan makin teruklah jadinya. Aku buat semua ni supaya dia dengar arahan dan sayang kita." Dan kata Taehyung. Lagi.

Stalker ; kth ✓ Where stories live. Discover now