♡
Chanyeol POV
Akhirnya sampai jugak makanan kat meja ni. Puas perut aku berbunyi, menunggu untuk diisi dengan makanan.
"Terima kasih belanja aku makan."
"Hmmm sama-sama. Aku ingat kau dah tak reti nak cakap terima kasih tadi. Makan tu elok-elok sikit k. Buat malu aku je." Kata Soohyun lalu memusingkan matanya.
"Hehe."
Kami berdua mula makan tanpa berkata apa-apa. Betul kata si Soohyun nih. Makanan kat sini sedap gila! Berselera aku makan!
"Apa kata kita baca buku tu? Yalah, mana tahu ada bukti. Kita bukannya pernah bukak buku tu. Si Hani tak pernah langsung bagi kita tengok." Kata Soohyun setelah lama mendiamkan diri.
Aku mengangguk pantas lalu mengambil buku Hani dari beg galasku.
Aku tersenyum sinis sebaik sahaja melihat cover bukunya. Ceh, kau kata kat aku kau macho tapi buku warna pink apakes, Hani? Siap bersticker pelangi lagi. Pffft.
Aku membuka helaian pertama. Well, benda biasa. Dia cerita yang dia beli aiskrim paling besar kat sorang pak cik nih, bla bla bla. Disebabkan tak ada isi kandungan yang penting, aku mengambil keputusan untuk membuka halaman yang kedua. Masih lagi tiada apa-apa yang menarik jadi aku terus-menerus membelek sehinggalah ke halaman 20. Ok, ini menarik.
"Soohyun, meh sini duduk sebelah aku. Aku jumpa benda menarik ni!"
Soohyun dengan pantasnya bangun lalu duduk di sebelah aku. Kami sama-sama fokus membaca isi kandungan muka surat tersebut.
'Dear diary,
Harini aku rasa pelik. Aku rasa diperhatikan oleh seseorang. Aku bukan syok sendiri tapi serius.. aku rasa ada orang yang ikut dan memerhatikan aku tak kira dimana aku berada. Hmm mungkin aku salah. Mungkin semua ni hanyalah hayalan semata-mata je sebab yalah, aku mungkin terlampau penat sebab banyak bekerja.'"Apani? Orang perhatikan dia? Muka monyet cam dia pun ada yang nak ke? Pfft hahahaha."
"Nak makan high heels aku ke?" Kata Soohyun, geram dengan perangai aku. Aduh serius sangatlah minah nih.
"Alah, aku gurau je pun. Tu pun nak marah."
"Dah-dah. Cepat buka muka surat seterusnya." Marah Soohyun . Aku cepat-cepat membuka halaman seterusnya sebab takut dia jadi singa huhu.
'Dear diary,
Harini ada sejambak bunga kat atas meja aku. Tapi aku tak happy sebab setiap hari aku mesti dapat bunga dari orang yang sama. Kth. Sapa kth? Aku tak kenal pun sesiapa yang guna akronim ni. Dia kata dia akan jumpa aku satu hari nanti. Ni mesti saja nak buat aku takut, kan? Kan... nasib si Soohyun tak nampak. Kalau dia nampak, mesti dia risau. Aku tak nak dia risaukan aku. Aku nak dia happy je.'Aku menoleh kearah Soohyun. Tubir matanya mula berkaca. Aku menepuk belakang badannya secara lembut bagi menenangkannya. Setelah beberapa minit, aku kembali memeriksa setiap helaian buku diari tersebut dan aku terjumpa sesuatu.
'Dear diary,
Harini aku terlanggar sorang lelaki masa nak pergi ke tempat kerja. Sumpah dia hensem namati! Kami berkenalan dan berjabat tangan. Dia yang hulur tangan dulu kat aku hdidbsj. Nama dia Kim Taehyung. Nama dia je dah kedengaran segak apatah lagi orangnya. Walaupun dia pakai hoodie je, aku boleh rasa aura 'kehenseman' yang ada pada dia hoho. Aku harap aku dapat jumpa dia lagi suatu hari nanti.'Kim Taehyung? Siapa tu? Macam pernah dengar je nama jantan nih.
"Sampai hati kau, Hani! Jumpa lelaki hensem tak bagitau aku pun! Hah inilah namanya kawan!" Kata Soohyun lalu acah menangis.
YOU ARE READING
Stalker ; kth ✓
FanfictionI see you , I want you, I stalk you, I meet you, I talk to you, I kidnapped you. **** Hi, saya Kim Taehyung." Teguran tu. Sejak teguran tu, hidup aku jadi lain. Merana. Aku tak tahu kenapa hidup aku tiba-tiba berubah tapi aku pasti, lelaki ini ada...