A/n : ni sambungan throwback chapter 14 ;) dan maaf sebab chapter ni tak berapa best sangat.
♡
Taehyung POV
>>>throwback<<<
Aku berjalan ke sekolah dalam keadaan yang malas. Perlu ke aku ke sekolah? Bukannya aku belajar apa-apa pun kat sana. Budak-budak kat sekolah ni pun tak habis-habis cari pasal dengan aku. Yang aku peliknya, macam mana diorang dapat tahu pasal omma dengan appa aku? Dan kenapa diorang kritik perbuatan aku terhadap appa aku? Aku rasa perbuatan aku bukannya salah. Omma perlukan teman kat sana jadi aku rasa appa sesuai untuk menemaninya memandangkan mereka saling mencintai antara satu sama lain. Setelah separuh jalan aku berjalan untuk ke loker, aku terjumpa sebuah meja di tengah-tengah jalan koridor ini. Aku meneliti meja tersebut lalu mendapati bahawa ia adalah milik aku.
'Sampah masyarakat sepatutnya ada kat penjara bukannya sekolah.'
'Nampakknya memang patut omma ngan appa kau tinggalkan kau. Shame on you.'
'Jijik'
'Raksasa'
'Tak berhati perut'
'Kau patutnya merempat tepi jalan.'
'Patutnya pemburu gunakan kau sebagai umpan untuk tangkap serigala.'
'Mesti mak kau menyesal lahirkan kau kat dunia nih.'
Itulah yang beberapa perkataan yang ada pada meja ni. Meja yang pada mulanya bersih berseri akhirnya penuh dengan contengan orang yang tak berhati perut. Orang yang suka cakap melulu.
"Tata!"
Aku menoleh ke arah suara yang memanggil aku. Oh dia rupanya.
"Hi, selamat pa- HOLY SHET SAPA BUAT NIH?!" kata Hani.
Entahlah, Hani. Tahlah..
Dia mula membaca setiap perkataan yang ada pada meja tersebut. Setelah selesai, dia terus memandang ke arah aku dengan pandangan yang amat aku benci. Pandangan belas kasihan.
Dia kemudiannya memaling semula ke arah meja itu dengan muka yang amat merah menandakan dia marah lalu menggenggam tangannya. Dia kemudiannya mengangkat meja itu lalu dimasukkan kedalam kelas kami. Kuat benor minah ni! Meja tu dahlah berat.
Tapi, kenapa kau pula yang marah, Hani? Bukannya kau yang kena.
"Awak jangan dengar cakap budak-budak ni. Diorang memang tak matang!" Kata Hani kepada aku. Aku hanya memandangnya dengan pandangan terkejut.
"Awak amik meja saya. Biar saya pakai meja awak. Oh dan saya akan laporkan pasal ni kat guru disiplin jangan risau, ya? " Katanya sambil tersenyum lalu menarik aku untuk masuk ke dalam kelas.
"K-kau-"
Dia berhenti lalu memandang aku dengan pandangan yang teruja.
"Akhirnya awak nak jugak cakap dengan saya. Ya, kenapa dengan saya?" Tanyanya.
"K-kenapa k-kau-"
Dia tersenyum lalu berkata, "Sebab kita kawan. Kalau awak dalam kesusahan, saya akan tolong. Apa gunanya kawan kalau tak tolong kawan dia, kan?"
>>>end of throwbackeuu<<<
"Macam mana? Dah ingat?"
Dia hanya diam membisu. Dia merenung ke lantai. Tangan aku bergerak ke arah dagunya lalu aku mengangkatnya dengan lembut supaya dia memandang ke arah aku.
"Kau nak tahu bermula dari mana aku mula stalk kau?"
Dia memandang kearah aku lalu menganggukkan kepala.
"Aku stalk kau bila aku mula cakap dengan kau. Aku nak tahu macam mana kehidupan kau. Aku tertarik dengan kau. Lagipun, kalau apa-apa jadi kat kau, aku boleh tolong. Kau dahlah duduk sorang dari sekolah sampailah sekarang."
"Ooo.." itu sahaja yang keluar daripada mulutnya.
Aku kemudian merapatkan diri kearahnya lalu membenamkan kepalaku pada lehernya.
"Hmm jomlah tidur. Saya penatlah."
"O-ok." Balasnya lalu kami bergerak menuju ke bilik tidur.
"Selamat malam, sayang."
"S-selamat malam."
♡
Hani POV
"Awak saya pergi dulu, ya?" Kata Taehyung.
"Eh, awak nak pergi mana awal pagi ni? Dah sarapan ke?"
"Abang dah makan dah tadi. Abang ada kerja sikit tapi jangan risau tak lama pun abang keluar." Kata Taehyung. Kejap.... Abang?
Secara tiba-tiba Taehyung mencium aku pada bahagian mulutku.Dia kemudiannya tergelak melihat riaksi aku yang terpinga-pinga kemudian menghadiahkan sebuah senyuman pada aku .
"I love you. Take care, sayang." Katanya lalu keluar dari rumah.
Ok... Jadi, apa dah jadi dengan jantung aku? Teruk sangat berdegup ni.
Aku berjalan menuju ke arah bilik Taehyung. Aku duduk di birai katil sambil melihat sekeliling bilik. Jadi, dialah Tata. Lelaki yang aku tidak aku sangka akan aku temui semula. Sejujurnya pada zaman persekolahan dulu, aku pernah jatuh cinta padanya iaitu sejak aku pertama kali melihatnya. Tapi sekarang, aku tak pasti.
Aku membuka almari bajunya lalu memerhati pakaian yang ada di dalam. Aku terjumpa pakaian sekolah dahulu. Nampaknya dia masih simpan. Aku memegang baju tersebut lalu memeriksa pakaian itu. Aku menyeluk ke dalam poket seluar dan menjumpai sebuah telefon bimbit.
"Tak mungkin."
Aku cuba membuka telefon tersebut dan ternyata telefon itu masih beefungsi.
"Wau telefon ni berfungsi!"
Aku mengambil keputusan untuk menghubungi Chanyeol memandangkan nombor dia sahaja yang aku ingat buat masa ini. Aku dengan pantas mendail nombor Chanyeol.
"Hello-"
"Chanyeol!"
"Hani?! Kau ke ni?!"
"Hah ye ni aku. Weyh aku kena cepat nih aku telefon cuma nak bagitau yang aku sihat je dan tak ada apa-apa yang jadi dekat aku. Dan-"
"Hani, dengar sini. Lusa kitaorang akan datang selamatkan kau. Pukul berapa tu tak pasti. Bersiap sedia. Ok tu je bye!" Kata Chanyeol lalu menamatkan panggilan.
Dasar Chanyeol. Nasib baik aku jumpa tau telefon ni kalau tak takdeknya kau nak dengar suara aku yang sedap ni. Aku membuang senarai panggilan aku dan chanyeol lalu meletakkan kembali telefon itu ke dalam poket seluar.
Aku terduduk kembali pada birai katil. Jadi.. aku akan tinggalkan tempat ni. Aku akan bebas. Aku boleh bekerja semula. Tapi..
Kenapa..
Kenapa aku rasa berat untuk tinggalkan Taehyung ?
YOU ARE READING
Stalker ; kth ✓
FanfictionI see you , I want you, I stalk you, I meet you, I talk to you, I kidnapped you. **** Hi, saya Kim Taehyung." Teguran tu. Sejak teguran tu, hidup aku jadi lain. Merana. Aku tak tahu kenapa hidup aku tiba-tiba berubah tapi aku pasti, lelaki ini ada...