17

1.6K 137 14
                                    

Taehyung POV

"Bomb nak bola?" Tanya Hani kepada bomb yang sedang menjelirkan lidah sambil memandang bola merah yang berada di tangan Hani.

Aku memandangnya dari jauh. Bilalah dia nak main dengan aku pulak.. Patut ke aku beli buku how to be a dog dan belajar jadi spesies bomb supaya dia layan aku?

"Betul ni bomb nak?" Tanya Hani lagi. Bomb menyalak sambil melompat-lompat.

Pleaselah, Hani. Kalau si anjing tuh tak nak kejar bola yang awak baling tuh, abang Tae akan kejarkan untuk awak.

"Bomb, tangkap!" Kata Hani lalu membalingkan bola itu ke suatu arah.

Bomb dengan bersemangatnya mengejar bola tersebut lalu menangkapnya. Dia memberikan bola itu kembali kepada Hani dan menjelirkan lidahnya. Hani menggosok belakang badannya sambil tersenyum.

"Good boy~~" kata Hani.

Tak guna punya bomb! Kau dah amik attention dia dan sekarang nih kau dapat pujian dia pulak? Ini tak adil!

"Hani." Panggil aku.

"Ya?" Hani menoleh ke arahku dengan pandangan 'nak apa orang tengah main dengan anjing kesayangan nih' .

"Dari tadi awak asyik main dengan si bomb ni je. Saya macam mana? Ini tak adil!" Kata aku lalu merengus.

"Alalalalala Baby Tae merajuk ke? Alah siann diaa~ meh sini kat Hani meh~" kata Hani lalu mendepakan tangannya, mengisyaratkan aku supaya memeluknya.

Aku dengan pantas berlari ke arahnya dan dalam sekelip mata sahaja, aku sudah pun berada di dalam dakapannya. Aku tersenyum. Indah sungguh kehidupan aku dengan kehadiran dia. Hidup aku menjadi warna-warni bab pelangi semuanya kerana dia. Walau begitu, aku berasa tidak berpuas hati apabila teringatkan tentang sesuatu. Sesuatu yang membuatkan aku geram.

Aku tak dapat bunuh orang harini.

"Err, Hani." Kata aku lalu melepaskan pelukan.

"Nak apa? Nak kena cubit pipi pulak ke?" Kata Hani.

"Ish, janganlah cubit pipi titew sakitlah~ Tae sebenarnya ada benda nak buat kejap. Hani duduk sini tau jangan pergi mana-mana."

"Eh, Tae nak pergi mana pulak nih? Janganlah tinggal Hani sorang-sorang." Kata Hani. SHE'S POUTING RIGHT NOW IM-

"Adalah. Alaaa sekejap je, k. Nanti bila Tae datang balik, kita main eh?"

"Betul eh?"

"Ye, sayang."

"Oh,ok." Jawab Hani yang sedang blushing. Dia kemudiannya sambung bermain bersama bomb seperti tiada apa yang berlaku.

Baiklah. Masa untuk memuaskan diri.


Hani POV

"Oh, ok." Kata aku lalu sambung bermain bersama bomb. Weyh, malunya akuuuuu. Dia panggil aku sayang udvsusvauag habis cair saya ni cik abang oiii~

Tapi, memang tipulah yang aku tak ada rasa ingin tahu langsung kan tentang apa yang Taehyung mahu lakukan dan dia nak pergi mana jadi aku mengambil keputusan untuk mengikutnya daripada belakang.

Nampaknya dia sedang mencari sesuatu di sebalik semak-samun berdekatan dengan tempat kami beriadah cuma ianya berada jauh sedikit sahaja dan tersorok. Cari apa dia nih? Dia cari iman aku yang dah berterabur tadi ke? Eh, apa aku ngarut nih aduhh fokuslah, Hani!

Stalker ; kth ✓ Where stories live. Discover now