4

2.6K 191 5
                                    



Hani POV

Pagi dah menjelma. Ayam aku kejut aku lagi dari tidur. Kalini aku tak marah sebab mimpi aku teruk. Aku mimpi yang Jimin nak cium aku dan belum sempat bibir kami bersentuhan, ayam aku pun berbunyi dan aku pun bangun daripada tidur. Aku tak  faham kenapa aku perlu dapat mimpi macam tu sedangkan bukannya aku yang sukakan Jimin tapi Jimin yang suka aku.

Tanpa membuang masa, aku pun bangkit daripada perbaringan lalu bersiap sedia untuk ke tempat kerja.

Mesti bosan kan? Asyik-asyik aku pergi kerja. Tak mengapa guys. Harini aku akan mintak cuti selama 2 hari dengan alasan ada hal peribadi. Selama dua hari tu, korang semua tak perlu lagi baca 'lalu aku bertolak ke subway untuk ke butik.' Selepas dua hari tu baru kamu akan membacanya semula agagagaga.

Apa pun, sekarang aku tengah turun tangga untuk ke dapur. Aku tak perlu fikirkan apa yang patut aku akan makan untuk sarapan harini sebab sudah semestinya kokocrunch menjadi pilihan nombor satu di hati hahahha. Setibanya aku di dapur, aku ternampak sebuah pinggan berisikan pancake madu di atas kaunter dapur bersama-sama dengan sekeping nota yang terletak berhampirannya. Aku mencapai nota tersebut lalu membaca isi kandungannya.

"Aku dah buat pancake untuk kau. Makanlah sebelum pergi tempat kerja. Btw, aku suka tengok kau tidur. Comel je. Have a nice day and love you, dear.  -K.T.H"

Pala bananana dia! Lagilah aku tak dapat hidup dengan aman macam ni. Macam mana dia masuk rumah ni? Dia tengah perhatikan aku ke sekarang ni? Dia ni terlampau obses dengan aku ke? Apakah semua ni?! Aku ingatkan rumah aku adalah satu-satunya tempat yang aku boleh bertenang dan tak perlu risaukan apa-apa, rupa-rupanya sama je.

Argh aku tak kisah! Sekarang yang penting adalah makan dan bergerak ke subway. Walaupun aku takut dengan dia, aku tetap tak boleh kawal mulut aku untuk rasa makanan nih. Takkan aku nak tolak rezeki kot. Aroma memukau weyh. Aku tau dia takkan letak apa-apa dalam ni. Kot...

Setelah selesai makan (ya, ini menunjukkan bahawa firasat aku benar sekali hahahaha) , aku pun mencapai beg seperti biasa lalu bergerak ke subway. Nasib aku sempat sampai kalau tak lambatlah sampai tempat kerja~

Pada hari ni, aku masih dapat bunga yang sama dan sekeping kad yang terselit di sebaliknya. Kad tu isi dia sama je macam biasa, dia cakap aku ini cantik dan dia akan jadikan aku sebagai milik dia tak lama lagi. Eww sumpah aku takkan jatuh cinta dengan lelaki macam ni. Si Soohyun pulak tak habis-habis bercakap pasal Jimin. Sekarang, semua pekerja di butik ni tahu yang Jimin suka aku dan ini membuatkan aku rasa tak selesa apabila berada berdekatan dengan diorang. Jimin pulak tak habis-habis mintak aku supaya jadi teman wanita dia. Apa yang seronoknya bercinta dengan aku? Aku rasa hidup aku terlalu membosankan dan tak akan ada faedahnya bercinta dengan aku.

Anyways, sekarang aku ada kat dalam bilik bos aku. Nak mintak cuti 2 hari tu.

"Ya, awak ada apa-apa masalah ke?" Tanyanya.

"Macam ni bos, saya nak mintak cuti selama dua hari. Ada hal peribadi yang perlu saya uruskan. Boleh kan?"

Sumpah hanya tuhan je yang tahu betapa hebatnya jantung aku berdegup masa tu. Bukan apa, aku takut bos tak izinkan aku cuti dan takut dimarahi olehnya. Aku tak nak benda macam tu jadi.

"Kenapa? Awak tak sihat ke?" Tanya bos. Riak wajah dia menunjukkan dengan jelas yang dia sedang risau.

"Bukan macam tu. Saya cuma ada hal sikit. Jangan risau, puan."

"Kalau macam tu, baiklah. Cutilah ya." Kata bos lalu menyambung kerjanya.

Dengan itu, aku pun keluar dari bilik bos dengan hati yang berbunga. Sedang aku sibuk mengelamun, aku terlanggar seseorang yang berada di depan aku masa aku tengah jalan.

Stalker ; kth ✓ Where stories live. Discover now