11

1.9K 148 8
                                    


Hani POV

Sesungguhnya, aku benci gila fakta yang aku baru je bercium dengan Taehyung dan sedang duduk di atas ribanya. Kalau aku tak ikut apa yang dia nak, aku mesti akan dipaksa jugak nanti jadi nak tak nak kenalah aku ikut.

Tau tak betapa kecewanya aku? Aku ingat dia nak bawak aku berkelah kat tepi pantai. Tak pun taman. Tapi rupa-rupanya kat halaman rumah ni je. Sumpah aku rasa sedih dan hampa.

"Jauh termenung nampak. Fikir apa?" Tanya Taehyung. Kedua-dua belah tangannya sedang merangkul pinggangku dengan kemas.

"Tak ada apalah."

Salah aku juga sebab terlalu berharap yang dia akan bawa aku keluar daripada rumah ni.

"Jangan tipu." Kata Taehyung. Riak wajahnya serius.

"Kalau saya cakap nanti awak marah pulak. Tak payahlah."

"K Tae tak marah. Hah, cakaplah."

"Takpelah. Saya nak masuk dalam rumah. Saya lupa nak amik kolar bomb. Saya nak bawak dia pusing-pusing sekeliling halaman rumah yang cantik ni." Kata aku secara sarkastik.

Aku lantas bangun daripada riba Taehyung. Taehyung turut sama bangun lalu mengikut aku daripada belakang. Aku berjalan ke arah bilik aku. Aku mencapai kolar yang berada di atas meja. Baru je aku nak keluar dari bilik, badan aku diangkat dan dibaringkan keatas katil dan sudah semestinya Taehyung yang buat macam tu. Aku membulatkan mata. Aku ingat dia dah tak ikut aku tadi.

"A-awak buat a-apa ni?" Tanya aku pada Taehyung yang tengah menindih badan aku yang kecil ni.

"Kau marah aku, ya?"

"T-tak. Buat apa s-saya nak m-marah awak?"

Tanpa aku jangka, Taehyung mencium bibirku. Aku tidak memberikan sebarang respon dan hanya mengkakukan diri. Ciumannya lembut tetapi tetap mampu meletopkan hati para wanita. Sayangnya kau tak normal, Taehyung.

"Maafkan aku." Kata Taehyung selepas melepaskan ciuman. Aku hanya berdiam diri kerana masih terkejut.

"Maafkan aku sebab aku tak akan benarkan kau keluar dari kawasan rumah ini untuk selama-lamanya."

Dengan itu, Taehyung bangun dari menindih aku lalu berjalan keluar dari bilik. Aku menangis sendirian.

"Ya tuhan, mengapa begitu berat dugaan yang engkau berikan kepada aku?" Detik hatiku.


Soohyun POV

"Chanyeol, bila kawan kau nih nak sampai? Dah berapa minit kita tunggu nih. Aku dah minum dua gelas jus oren dah ni."

"Sabarlah. Dia dah nak sampai dah sikit je lagi."

Aku hanya memusingkan mata. Dari tadi lagi dia cakap macam tu tapi orangnya tak sampai-sampai jugak.

Harini kami akan bertemu dengan salah seorang kawan Chanyeol. Chanyeol kata kawan dia seorang penyiasat yang handal jadi kami membuat keputusan untuk meminta bantuan daripadanya.

"Hai. Maaf lambat. Jalan sesak tadi." Kata seorang lelaki yang berada dihadapan kami. Jadi, inilah kawan dia ya? Boleh tahan..

"Takpe. Alah, kitaorang pun baru je sampai." Kata Chanyeol. Abah kamu Chanyeol baru sampai. Dah berapa jam dah tunggu budu!

"Oh ya, jadi awaklah Soohyun yang Chanyeol cakap tu ya? Yang Chanyeol mi-" secara tiba-tiba Chanyeol menekup mulut lelaki itu sambil tergelak secara kekok. Apasal dho mamat nih?

"Ya, saya Kim Soohyun. Boleh panggil Soohyun atau Soo. Awak? " aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya.

"Saya Jeon Jungkook. Boleh panggil Jungkook atau Kook. Selamat berkenalan" katanya sambil menyambut huluran tanganku.

Hmmm Jungkook.. Namanya hensem macam orangnya. Eh, sempat lagi aku!

"Hah, tak payah salam-salam sangatlah! Sekarang ni Soohyun, cepat keluarkan buku Hani dan cermin mata yang kita baru je jumpa tadi." Arah Chanyeol. Mukanya masam macam jeruk. Aik, mamat nih datang bulan ke?

"Nah." Kata aku sambil mencebik. Kacau ah kau, Yeol! Aku baru nak bermesra-mesraan dengan abe hensem nih.

By the way, kami jumpa cermin mata tu tadi masa kami menyelongkar tempat yang sama kami jumpa buku Hani. Mana tahu ada cap jari stalker bernama Taehyung tu kan.

"Weyh, Yeol." panggil Jungkook setelah meneliti cermin mata tersebut.

"Hah, kenapa? Kau ada jumpa apa-apa ke?"

"Bukan."

"Dahtu?"

"Sejak bila gucci keluarkan cermin mata edisi nih? Aku tak tahu pun."

Pang!

"Aduh asal kau tampar aku woi!" Marah Jungkook.

"Babun aku suruh kau cari petunjuk kau boleh plak fikir pasal bila cermin mata nih dikeluarkan?!" Marah Chanyeol pula.

Jungkook nih jenis masuk air jugak rupanya..

"Alah, tak salah pun! Lagipun, apa yang aku cakap tu pun boleh jadi petunjuk."

"Apa petunjuknya? Saya tak fahamlah." Akhirnya aku bersuara setelah lama memerhatikan mereka.

"Petunjuknya, orang ni mesti suka gucci punya produk dan mesti dia ni kaya. Apatah lagi kalau kau tengok cermin mata ni. Limited edition ni weyhh. Cermin mata yang paling mahal yang ada kat dunia ni. "

"Ada betulnya kata awak tuh. Tapi, mana nak cari tuan cermin mata ni?"

"Senang je. Kita pergi butik gucci dan tanya pekerja dia tentang rekod orang yang beli cermin mata ni. Sebelum tu, aku kena bawak cermin mata nih kat tempat aku dulu untuk kesan cap jari dan sebagainya."

"Bagus! Nanti dah dapat maklumat apa semua call kitaorang tau." Kata aku pada Jungkook.

"Boleh je. Nak nombor awak boleh?" Tanyanya sambil menghulurkan Iphone X miliknya kepada aku.

"Tak payah mengada, Jungkook. Kau dah ada nombor aku kan? Hah, tak payah nak amik nombor dia. Apa-apa kau call je aku." Kata Chanyeol.

"Yelah. Mintak nombor pun salah. Dah aku gerak dulu. Bye , Soohyun!" Kata Jungkook lalu berlalu keluar dari kedai cafe ini.

"Weyh, Asal kau tak bagi dia amik nombor aku?! Dia hensem dho. Kacau ah kau nih!" Marah aku kepada Chanyeol sambil memukul lengannya yang agak sasa itu.

"Sakitlah! Eh, dia tu bukannya baik sangat pun. Tak payah nak call dia sangatlah!" Kata Chanyeol.

"Eleh macamlah dia tu baik sangat." Bisik aku perlahan.

"Kau cakap apa tadi?" Tanyanya sambil mengangkat sebelah keningnya kepada aku.

"Huh? Uhh.. takdek apalah. Ni air ni tawa dah sebab ais cair hah."

"Hah, pandailah kau! Nak tipu aku kan?"

"Whatever." Kata aku lalu berjalan keluar daripada cafe ini, meninggalkan Chanyeol di belakang.

"Woi tunggulah!"

Stalker ; kth ✓ Where stories live. Discover now