Selepas usai sahaja aku menunaikan solat, aku pun terus balik ke tempat dudukku. Nak buat apa lagi, sambung kerjalah, kan? Okay. Tak lama selepas itu, kerja aku pun siap. Tinggal nak buat presentation je lagi. Tapi tarikh presentation telah ditetapkan hari esok. Maka dengan itu, mudahlah aku nak buat persiapan. Tapi ada satu kejadian pelik telah berlaku selang beberapa jam selepas itu. Masa tu waktu pejabat pun dah nak habis. Jadi pekerja- pekerja yang lain pun beransur pulang ke kediaman masing- masing. sebaik sahaja aku mengangkat tubuhku dari kerusi pejabat itu, tedapat satu lembaga melimpas betul- betul di belakangku. Aku sangat terkejut. Aku pun perlahan- lahan pusingkan kepala dan… “arghhhhhh!” secara tak sengaja aku terjerit dengan kuat lalu tertunduk.
“Sara, Sara. Awak tak apa- apa? Terkejut saya tengok awak menjerit tadi.” Aku pun angkatlah kepala aku. Rupa- rupanya si ‘future husband’. “oh, tuan rupanya. Saya ingatkan apalah tadi.” “hmm. Sara, saya ingat saya nak bawak awak pergi makan. Memandangkan awak nak berbuka puasa, saya nak bawak awak pergi makan. Nak tak?” “betulkah ni tuan? Susah- susah je. Saya ingat saya nak masak sendiri kat rumah je. Mak saya datang petang ni. Hehe.” “laa. Ye ke? Tak apa lah kalau macam tu.” “okay lain kali aje lah ye tuan.” Memang muka aku masa tu acah- acah je nak serius. Tapi dalam hati siapalah tahu kan? Hehe. Belum sampai ke pintu pejabat si ‘future husband’ panggil pula. “ sara, awak dah beli bahan untuk awak masak ke?” “err. Ni balik dari pejabat terus nak pergi supemarketlah ni. Kenapa tuan?” “kalau saya nak ikut awak pergi supermarket tu boleh? Saya pun nak beli barang sikit. Takpa nanti saya hantar awak balik sekali eh.” Aku hanya mampu terdiam dn tergamam dengan kata- kata dia.
Apa dah jadi ni? Takdir aku telah berubah? Ataupun ini memang takdir aku? Hati aku pun berbunga- bunga sehingga aku sendiri tergagap- gagap menjawab soalan dia. “eh. Apa pulak mimpi Tuan nak cakap macam tu?” “tak. Sebagai seorang majikan, saya kenalah menjaga kebajikan pekerja saya.” “tuan, kalau nakjaga kebajikan pekerja bawahan sekalipun takkan boleh sampai jadi macam ni? Tuan tahu tak tuan dah melanggar hak peribadi saya?” dia tergamam. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh kata macam tu. Aku sendiri tak percaya. Rasa bangga pun ada, rasa menyesal pun ada. Dia sendiri pun hanya mampu berdiam diri dan meminta maaf kepada aku dan terus berlalu dari situ. Rasanya dia sedih kot sebab tak mampu nak tolong aku. Lagipun masa tu aku terpaksa tergesa- gesa pergi dari situ dan pergi membeli barang yang diperlukan.
Hari pun telah berlalu dengan baik. Aku sendiri pun meneruskan hari dengan mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga. Itu adalah satu kewajipan pabila berada dialam dewasa ini. Pada hari tersebut aku tak menjangka pun yang aku akan balik lambat. Sebab hari tu jugalah tiba- tiba ada kerja lebih pula. Lumrah sebagai pekerja bawahan. Terima ajelah kan? Disebabkan kerja itulah aku tidak sedar yang aku sepatutnya sudah berada dirumah dan menikmati masa lapangku di hadapan televisyen. “eh, dah pukul lapan? Cepatnya masa berlalu.” Lalu aku pun meneruskan kerjaku sehingga habis. Pada hari tu pun aku tak sedar ada lagi seseorang yang masih bekerja di office masa tu. Nak tahu? Mesti dah rasa syak kat seseorangkan? Haaa… dia lah tu. En. Future Husband. Kebetulan pula maa tu sama- sama baru habis kerja. “eh, awak pun baru balik, Sara?” “eh,taklah. Saya baru je sampai.” “bergurau pula dah. Seriuslah.” “ehm. Okaylah. Yalah, Tuan, kerja saya banyak sangat dan saya pun malas nak tangguh. Sebab tu saya teruskan sampai habis.” “oh. Rupanya macam tu eh. Baiklah. Nak saya teman tak nak kebawah?” amboi, kalau si jejaka idaman dah ajak, kalau tolak kang, rugi! Peluang harus diambil sebaiknya! “err, baiklah. Kejap saya nak tutup pintu.” Dia pun temanaku turun kebawah dan keluar mengikut haluan masing- masing.
YOU ARE READING
Bidadari 'NERD' dari Syurga
Romance[COMPLETED] Sheryl Zarith Maisara merupakan seorang wanita yang 'nerd' yang telah jatuh cinta dengan seorang jejaka yang telah mencuri hatinya. Tanpa dia sedari jejaka tersebut juga telah jatuh cinta kepadanya. Tapi mereka melanjutkan kisah cinta me...