Sudah genap setahun Sara pergi meninggalkan dunia yang sementara ini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Lisaa dan Nishaa sudah pun masuk ke alam persekolahan yang baru. Pasti lebih banyak cabaran yang akan diterima oleh mereka berdua. Selepas perginya ibu mereka, mereka lebih matang dalam melakukan sesuatu perkara. Abang Zam sedaya upaya cuba untuk biasakan diorang untuk berdikari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bantuan Sya, Teenna dengan Emma, Abang Zam lebih mudah untuk membantu anak- anaknya. “Abang Zam. Abang masih ada simpan tak buku kotak hadiah tu?” Abang Zam melihat Sya dengan wajah yang terkejut selepas mendengar suaranya. “Abang. Abang selalu macam ni. Ni Sya lah.” “ oh. Maafkan Abang. Kotak? Kotak apa tu?” “kotak hadiah yang Abang bagi dekat Akak dulu tu. Saya rasa ada benda penting dalam tu. Saya pun tak tahu kenapa saya rasa macam tu.” Abang Zam terus berlari ke tingkat atas iaitu rooftop kerana dia baru teringat yang Sara ada simpan kotak dekat situ. “Abang jumpa! Sya Abang dah jumpa! Yang ni kan yang Sya makdudkan?” “ha’ah. Yang tu lah. Cuba abang buka.” Abang Zam membuka kotak tersebut dan terlihat ada beberapa surat yang telah ditinggalkan oleh Sara.
Setiap seorang daripada mereka mendapat surat yang telah ditinggalkan oleh Sara. Abang Zam membaca surat tersebut satu per satu setiap perkataan yang telah ditulis sendiri oleh Sara. “Assalamualaikum. Pertama sekali Sara nak minta maaf dengan abang atas semua kesalahan dan ketidaksempurnaan saya terhadap abang selama ni. Saya nak minta maaf dekat abang sebab Sara tak siasat dulu apa yang berlaku sebelum ni. Maafkan Sara sebab dah meragukan kasih sayang dan cinta Abang dekat saya. Tak sepatutnya seorang isteri memperlakukan sebegitu terhadap suaminya sedangkan Abang sedang berusaha untuk memperbaiki rumahtangga kita. Saya harap Abang maafkan saya. Ya? Maafkan Sara sebab tinggalkan Abang dan anak- anak lebih awal. Saya harap juga abang boleh cari seorang wanita yang lebih baik dari saya, lebih kuat, lebih sihat dan boleh menjaga anak- anak kita. Ya? Saya nak berterima kasih dekat Abang sebab sanggup melayan kerenah, perangai, kemahuan, dan macam- macam lagi. I Love You Sayang! Sayangnya hanya Allah swt sahaja tahu. Ikhlasnya hanya Allah swt sahaja yang tahu. Thanks for everything. Terima kasih sangat- sangat. Terima kasih sebab sudi menerima Sara sepenuh hati Abang. Selamat tinggal Abang. Cakap kat anak- anak. Ummi akan sentiasa rindu diorang. Sayang diorang. Dari isterimu yang tersayang Allahyarhamah Sheryl Zarith Maisara bt Adam Malik.” Sara meletakkan gelaran ‘Allahyarhamah’ tersebut seperti dia sudah tahu akan tiba masanya pergi. Abang Zam menangis teresak- esak seperti baru sebeentar tadi Sara meninggalkannya. Lisaa dan Nishaa terus berlari anak kearah Abang Zam lalu memeluknya. “Walid. Janganlah nangis. Nanti Ummi sakit.” “ya. Aunty Sya cakap, tak baik nangis kat orang yang dah takda. Nanti dia sakit. Kita taknak Ummi sakit. Kesian dia.” Abang Zam terus membalas pelukan anak- anaknya dan berkata. “Ya, nak. Walid akan cuba. Walid tak berniat nak sakitkan Ummi. Korang jangan buat ya? Nanti kalau rindu jangan nangis. Sedekah al- Fatihah. Boleh jaga Ummi kat sana.” Abang Zam hanya tersenyum nipis dan mengelap air matanya itu. Allah swt lebih sayankan Ummi. Allah swt rindu pada umat-Nya dengan memberi ujian yang boleh ditampung oleh umatnya dan tidak memberi beban di luar kemampuan. Hari demi hari terus berlalu tanpa Sara disisi. Abang Zam tetap meneruskan kehidupannya demi menjaga amanah Allah swt iaitu anak- anaknya dan menambah amal ibadat serta meneruskan perjalanannya sebagai seorang insan yang terus mengharungi cabaran asam garam kehidupan.
Sya dan sekeluarga meneruskan kehidupan seperti biasa dengan menjaga ibunya dan anaknya. Emma pula terus menjaga rumahtangganya dan sentiasa memaafkan suaminya atas kesalahan yang dilakukan oleh suaminya sebelum itu. Teenna pula... alhamdulillah. Akhirnya dia jumpa dengan pasangan hidupnya yang sesuaidan padan dengannya.Apabila Allah SWT merindui umatnya, Dia akan memberi cabaran keatas umat- Nya.
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan.
Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati.
YOU ARE READING
Bidadari 'NERD' dari Syurga
Romance[COMPLETED] Sheryl Zarith Maisara merupakan seorang wanita yang 'nerd' yang telah jatuh cinta dengan seorang jejaka yang telah mencuri hatinya. Tanpa dia sedari jejaka tersebut juga telah jatuh cinta kepadanya. Tapi mereka melanjutkan kisah cinta me...