Bab 21

55 2 0
                                    

Aku meneruskan kehidupan dengan pelbagai cabaran yang perlu aku hadapi. Bertengkar, bersedih, kecewa, bahagia, gembira, terharu, semua perkara akan terjadi dalam menjaga hubungan rumahtangga ini. Dalam satu masa tersebut aku sangat sensitif sehingga aku bertindak untuk memarahi Abang Zam.  “Kenapa Abang tak pedulikan Sara! Sara dah buat apa sahaja untuk menarik perhatian Abang. Tapi Abang buat tak tahu je? Kenapa? Abang dah tak sayang sara lagi ke? Sara ni apa untuk Abang? Abang nak tinggalkan Sara ke? Kalau Abang tak nak Abang hentikan je lakonan ni!” “apa yang Sara cakap ni!? Abang tak pernah sedetik pun dalam fikiran Abang, nak tinggalkan Sara. Sara satu- satunya isteri yang Abang sayang! Tak pernah Abang menyesal nak bersama Sara. Abang tak pernah cuba untuk tidak menyayangi Sara. Ni yang Sara mampu cakap?” “Awak dah kenapa ni?” “dahlah Abang, Sara nak masuk bilik. Sara dah tak larat lagi dah.” “Sara!” Aku marahkan suami aku hanya kerana dia tidak mempedulikan aku ketika aku masih meminta perhatian darinya. Aku sendiri pun tak sangka yang aku boleh bertindak begitu. Semakin lama semakin sensitif.
“Zam, kau dengan isteri kau okay tak sekarang?” “aku okay je dengan dia, Amy. Dia je selalu sangat dah sensitif sekarang ni.” “kau kenalah jaga isteri kau baik- baik Zam. Dia sayang kau tu. Kau kena selalu beehati- hati, bila nak buat sesuatu. Kallau dengan orang sensitif ni susah sikit. Semua kena control depan dia. Masalah yang kecil tu pun boleh jadi besar tahu?” “ya. Aku tahu Amy. Tapi dulu dia tak macam tu. Sejak kebelakangan ni je dia macam tu.” Amy hanya mengangguk faham maksud Abang Zam. Zam selalu jga keluar dengan dia. Tiap kali ada masalah mesti dia akan luah dekat Amy. Amy pun selalu juga bagi nasihat kat dia. “My, kau tak kahwin lagi ke?” “mana nak kahwin jodoh pun belum ada. Kau ingat senang cari jodoh? Tepi longkang aje ke?” “kau suka putar belit kan? Agak- agaklah aku tak maksudkan macam tu. Maksud aku kita ni dah 30- an tahu?” “ya baiklah Tuan Syed Zamirul Arsyi. Hahaha.” Amy dan Zam pun bergerak untuk pergi ke kedai makan untuk mengisi perut mereka. Mereka bersama- sama setiap masa. Mengalahkan suami isteri. Pada hari itu ada satu sampul yang telah dihantar kepada aku dan terisi segala aktiviti Abang zam dengan Amy. Kalau seorang isteri dah dapat benda tu, rasanya apa yang isteri rasa? Sakit. Sakit dibuat begitu.
Walaupun aku tak tahu siapa yang hantar semua tu, aku dah tak kisah. Yyang aku kisah adalah Abang Zam yag semakin meliar untuk bersama wanita lain. Aku sentiasa cuba untuk menahan marah dengan perangai Abang. Aku pendam sahaja dan cuba untuk tidak bertindak seperti yang sebelumnya. Aku tak kisah dia nak bersama orang lain. Tetapi tidak seperti wanita ini dia sangat rapat. Aku hanya perlu menunggu hingga keluarnya bukti yang sebenar. Seseorang tu pun satu. Hampir setiap hari dia hantar semua gambar Abang Zam bersama perempuan tu. Mungkin dia nak cakap sesuatu tapi tak tersampai. Kita tak tahu juga mungkin dia cuba untuk meruntuhkan hubungan kami berdua. Abang Zam sendiri pun tidak berkata apa- apa. Aku sendiri tak cakap apa- apa mana Abang Zam nak tahu kan? Lalu aku pun membuat keputusan untuk bertanya sendiri dengan Abang. Dengan cara lembut.
“Abang, boleh Sara tanya sesuatu tak?” “ha’ah. Boleh, nak tanya apa tu?” “kalau saya tunjuk ni Abang jagan melenting ya? Saya nak bincang baik- baik ni.” “apa dia?” aku mengeluarkan dan tunjuk semua rutin yang Abang Zam dah buat. Satu per satu. “eh, kenapa dengan gambar ni?” “kenapa? Ada yang salah dengan isi penting ni?” “eh, takda yang salah. Awak cakap awak nak bincang baik- baik kan?” “ya, saya bincanglah ni.” “lepas tu kenapa muka awak macam tahan marah?” “takda. Baik awak jelaskan.” “ni, nama dia Amilia bt Zahir. Saya panggil Amy. Dia ni lah kawan baik yang abang kata dulu tu. Awak takpayahlah nak salah faham. Dia baik- baik je. Tak anggap saya macam laki lain. Dia anggap saya abang dia.” “hebat betul pula awak sampai boleh dianggap sebagai abang?” “Sara awak cakap nak bincang. Tapi kenapa awak macam ni?” “Saya bukan apa. Anggap abang sampai boleh rapat macam tu sangat. Kalau awak jadi saya apa yang awak rasa?” abang hanya mendiamkan diri sahaja selepas aku berkata begitu.  “Saya sebenarnya dah simpan semua rahsia ni dari minggu lepas tahu tak. Hampir seminggu dia hantar gambar awak dengan dia. Saya tak tahu siapa yang hantar. Tapi benda ni adalah lebih penting. Apa yang mustahak sangat sampai hari- hari jumpa? Kenapa dalam gambar ni dah macam laki bini and sampai tak fikir pun apa yang orang akan fikir bila tengok Abang macam tu. Abang tu dkenali tahu? Takkan abang tak fikir semua tu? Kalau abang rasa abang ada masalah sekalipun, abang sepatutnya ceritakan dekat saya. Mungkin salah satu saya boleh tolong? Kalau ada maslah dengan saya, abang bawa bincang dengan saya. Bukan pergi cerita baik buruk isteri dengan perempuan lain!” kata- kata aku terhenti sebab aku rasa dah cukup untuk aku luah. Aku terus pergi dari situ dan masuk ke artroom untuk tenangkan diri.
Hari ini dah masuk hari kedua aku tak tegur Abang. Abang mungkin fham dengan keadaan aku. Mungkin dia nak aku reda dahulu baru bincang semula. Anak- anak aku semua masih dekat rumah nenek mereka. Aku sengaja hantar anak- anak aku pergi sana supaya boleh jaga Mak. Kesian mak sorang je kat kampung. Lagipun sekarang dah maduk cuti sekolah. Cuti pertengahan tahun. Jadi aku dekat rumah ni hanya tinggal aku dan Kak Som. Aku telefon Emma dan Teenna untuk teman aku  dirumah. Emma kebetulan dah habis kerja dan terus jumpa aku kat rumah. Tenna pun sama. Petang tu kitorang lepak sama- sama kat taman belakang rumah. “Anak kau mana? Tak nampak pun? Bukan diorang cuti ke?” “oh, diorang kat rumah Mak aku. Aku hantar diorang suruh jaga Mak. Boleh teman Sya jaga anak dia sekali.” “laa. Ya ke? Baru je nak ajak main.” “eh, tapi kan, kau ajak lepak tiba- tiba ni apesal? Kau ada problem ke?” “takda. Aku ajak lepak je. Bukan apa- apa pun.” “oh. Yak ke? Kau rindu kitorang eh?” “kau ni, Ma. Macam- macam je.” “laa. Betul apa, Teenna? Kalau tak jumpa hari ni, rasanya boleh masuk sebulan tak jumpa.” “amboi korang berdua ni, asyik nak berdebat je. Tu kuih, air. Makan dan minumlah! Karang membazir tak makan.” “iyalah, tuan rumah.” Waktu tu aku baru ingat yang aku masih ada lagi benda yang perlu dia buat. Rupanya masih ada lagi benda yang belum dikemas aku di artroom. “hey, aku nak bawa korang berdua kat artroom. Lepak kat situ je la. Masih ada  lagi belum buat.” “yalah. Ada ruuang rehat kan?” “ada. Jangan risau.” Kitorang pun gerak ke artroom. Tapi sebelum sampai ada sesuatu terjadi. Perkara yan dah lama aku tak kena. Aku pening dan rebah. Nasib baik ada Teenna dengan Emma. Teenna cool je sebab dia dah biasa ketika dulu. Emma pula dah gelabah habis. Akhirnya aku dibawa ke hospital.
Sedar je aku terus tengok suami aku ada kat sebelah aku. Teenna dengan Emma pun ada. Masa tu Abang dah panggil doktor yang memeriksa. Warid. “Apa yang jadi tadi?” “kau rebah lagi.” “astaghfrullahaladzim. Macam mana, Warid? Saya okay je kan?” “Kak, saya harap Akak bawa bersabar.” “Kenapa ni?” soalan yang dikeluarkan oleh Abang Zam menunjukkan dia dah gelabah. “Akak, hmm. Sel kanser akak dah mula aktif balik. Kali ni dia lebih cepat. Dan ia dah merebak ke organ lain.” “Cop, cop. Apa yang doktor cakap? Sel kanser merebak?” “Ma, jum keluar. Nanti aku jelaskan.” Teenna pun bawa Emma dengan menggangguk pandang aku tanda faham. “apa sebenarnya yang berlaku, Teenna?” “sebenarnya, Ma. Aku harap kau bawa bertenang dulu. Sebenarnya, Sara memang dah hidap barah otak. 6 tahun lalu dia selamat. Tapi dia tak tahu bila sel tu akan merebak. Rupanya benda tu aktif balik. Sekarang. Mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk sebab ni adalah serangan yang ketiga.” “kenapa korang berdua tak bagitahu aku?” “Dia taknak kau risaukan dia. Aku tahu pun sebab dia pernah pengsan depan aku.” “Ya Allah. Aku tak sangka!” Emma dah mula sebak dan menangis. Mungkin teirigatkan macam mana aku takda. Satu hari nanti. “Sara, kita akan cuba sebaik mungkin ya? Abang akan sentiasa bantu awak.” “Abang, takpa. Membazir je kalau Abang cuba. Warid pun dah cakap tadikan? Waktu Sara dah singkat. Takda  guna dah.” “Tapi abang mesti juga cuba. Janganlah macam ni. Tolonglah.” “tak payah. Nanti Abang…” “Sara! Tolonglah dengar apa yang Abang cakap! Jangan macam ni! Kita tak tahu keajaiban mugkin akan berlaku kalau kita cuba!” “Abang! Kita tak boleh melawan takdir Allah! Ni semua adalah ketentuan dia!” “apa salahnya kalau kita mencuba?” Abang Zam terus menitiskan air matanya.

Bidadari 'NERD' dari SyurgaWhere stories live. Discover now