bab 25

72 2 0
                                    

Mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh deejay di radio dan memenuhi ruang dan memecah sepi di awal pagi ini. Aku sedang duduk termenung di atas kerusi roda dan menikmati milo panas yang telah dibancuhkan oleh Mak Som sebentar tadi. Memang tak pernah tak sedap. Tak kurang, tak lebih. Cukup- cukup saja. Aku memikirkan bagaimana jika aku meninggalkan dunia di usia semuda ini. Seawal ini. Selepas itu aku menerima satu mesej pendek dan padat yang dihantar melalui nombor yang sama yang telah memberi maklumat penting tentang Abang Zam. “kau nak tahu kenapa Zam tak balik malam tadi? Dia luangkan masa dia dekat pejabat bersama… kalau kau nak tahu nanti aku hantarkan hadiah yang istimewa untuk kau. Hahahaha!” aku menghiraukan pesanan yang diberikan sebentar tadi. Selang tiga minit kemudian aku menerima satu lagi mesej daripadanya. Ia menunjukkan sebuah video yang diambil daripada kamera keselamatan pejabat Abang Zam. Aku menekan butang main dan melihat video tersebut. Ia menunjukkan tindak tanduk  semua perlakuan Abang Zam bersama seorang perempuan. Rupanya Amy adalah seseorang yang ingin diberitahu oleh orang itu tadi!
Selepas lama aku menunggu Abang Zam di rumah. Akhirnya dia sampai dan dia memarkirkan keretanya di halaman rumah. “Eh, Sayang buat apa kat sini? Kenapa tak duduk dalam bilik? Kan panas sini?” “memang panas. Panas sangat samapi hati pun panas sekali.” “kenapa dengan awak ni? Kalau ada masalah bagitahulah. Jangan awak nak simpan macam ni.” “bukan apa. Cuma saya sayang sangat kat suami saya ni sampai nak bagitahu pun susah. Saayang sangat kan?” “yalah. Tapi cuba bagitahu saya kenapa awak macam ni. Awak kena ingat awak tu tak boleh stres sangat. Nanti makin teruk pula sakit tu.” “laa. Ya ke? Tak tahu pula. Tapi adalah orang tu dia biat saya stres. Tapi dia tak perasan pun yang dia dah buat saya macam ni.” “awak cakap pasal saya ke apa ni?” “saya sebagai isteri awak saya sanjung awak tahu. Saya hormat awak sebagai suami saya. Tapi bila dah dibuat begini hilang dah semua tu. Saya sendiri pun tak sangka akan jadi macam ni.” “cuba awak straight to the point je. Tak perlu awak nak putar belit cerita. Kenapa awak macam ni? Apa yang saya dah buat?” “awak nak tahu sangat ke apa yang awak dah buat?” aku melemparkan satu sampul surat yang berisi semua bukti perlakuan dia bersama perempuan tu. Semasa Abang Zam tengah belek semua gambar tu aku terus berlalu pergi dari situ dan masuk ke bilik.
“Sara, Sara, bukalah pintu sayang. Jangan macam ni. Awak tu tengah  sakit. Janganlah bertindak macam ni. Please?” “kenapa tu, Abang?” kebetulan Sya dan Warid tengah lalu masa tu. “ni haa.” Abang Zam menyerahkan sampul yaang telah diberikan sebentar tadi. “eh, apesal Abang nak buat kerja macam ni?” “saya rasa ada orang nak perangkap saya ni. Tu lah pasal.” “eh, Zam, kau kena pujuk dia cepat sebab kalau dia pengsan dalam tu nanti susah pula dengan kita ni. Dalam keadaan macam ni pesakit macam Sara tu mudah sangat berkecil hati dan sangat sensitif. Awak jangan main- main dengan benda ni!” Abang Zam terus meluru ke bawah dan mengambil kunci bilik tersebut yang diletak di dalam laci ruang tamu. “Abang, biar Sya je yang pujuk. Lebih baik Abang tunggu sini je. Mungkin ini lebih baik?” “yalah. Awak pujuk dia ya?” “Inshaa- Allah.” Sya masuk ke bilik aku berseorangan tanpa Abang Zam dan Warid. “Akak. Kenapa Akak macam ni? Cuba cerita dengan Sya.” “takda apalah, Sya. Aku Cuma nak bersendirian kejap. Banyak sangat berfikir. Yalah, orang macam aku ni kan tak boleh stres sangat?” “yalah, tapi kau kena kuat walau apa pun cabaran yang datang.” “biarlah, Sya. Aku sendiri pun malas dah nak buat apa- apa. Lepas semua benda yang aku dah buat selama ni, macam sia- sia.” “tapi, kak, kau tetap tak boleh macam ni.” “aku bersandar pada bahu Sya secara perlahan- lahan. “akak mesti kuat. Kalau ada masalah, kenapa akak tak share je dengan Sya? Kenapa… Akak? Kak? Akak sedar tak?” sya terus menggerakkan badan aku tapi tetap tiada respon. “Abang! Kak Sara!”
“macam mana pulak benda macam ni boleh jadi? Kau pasti ke yang kau masih tak tahu apa- apa?” “Ya. Aku pasti sangat. Aku  pun tak sangka akan ada orang yang sanggup hantar mesej macam tu pasal aku dekat Sara. Siapa yang dengki sangat kat aku sampai sanggup buat macam tu?” “kau kena siasat tahu tak? Kau tak boleh biar je orang buat kau macam ni.” “aku tahu tu, Warid. Tapi. Siapa?” “baik kau siasat nombor yang hantar semua benda tu dekat, Sara. Mana tahu boleh jumpa apa- apa.” “betul  juga. Baim aku suruh Zaim tolong periksa. Dia kan salah seorang pegawai penyiasatan siber. Mana tahu boleh jumpa.” “yalah. Ikut kata kaulah, Zam. Asal kau boleh tahu siapa punca dan ke apa dia nak buat macam ni.” Abang Zam terus sahaja menghubungi Zaim untuk berjumpa. Nampaknya Zaim mempunyai masa terluang dan boleh berjumpa dengannya pada dan berbincang tentangnya. Masa Abang Zam untuk menjelaskan perkara tersebut kepada Zaim hampir satu jam. Ceritanya agak panjang. Sebab tu boleh sampai satu jam.

Bidadari 'NERD' dari SyurgaWhere stories live. Discover now