bab 23

55 3 0
                                    

Semakin hari semakin aku sukar untuk menggerakkan tubuhku. Sedikit demi sedikit tubuhku lumpuh. Mungkin hanya menunggu masa sahaja lagi untuk aku menghirup udara di dunia ini. Jika aku ingin keluar, Abang akan meletakkan aku di kerusi roda dan membawa aku jalan- jalan. Seringkali aku melihat anak- anak aku bermain di halaman rumah. Bersama rakan- rakan mereka iaitu jiran sebelah. Sekali- sekala Teenna akan melawat. Emma pun melakukan perkara yang sama. “Sara, macam mana dengan kau hari ni?” “aku okay.” Itu sahaja yang aku mampu ungkapkan. Emma hanya tersenyum dan menitiskan air matanya. Kebetulan Teenna datang untuk berjumpa denganku. Dia melihat Emma sedang sebak lalu dia memanggil dan memeluknya. “kau tahu kan apa yang aku rasa? Sara dah macam kakak dengan aku tahu?” “yalah. Janganlah macam ni. Dia kan masih ada tu?” “kalau aku dah rasa sedih macam ni, apa yang Sya, Makcik, Abang Zam rasa? Kau tak rasa sedih ke tengok kawan kau sendiri macam ni Teenna?” “ya. Memang aku sedih. Tapi cuba kau tengok Abang Zam. Dia sedaya upaya cuba untuk selamatkan Sara. Sara pun tengah struggle nak melawan balik sakit dia tu.” Emma hanya mampu menangis dalam dakapan Teenna.
Akan ada dalam satu- satu hari tersebut, aku akan sihat. Buat sementara. Mungkin Allah memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat dunia ini sebelum kembali kepadanya. Dalam masa tersebut, aku cuba untuk menulis beberap surat untuk keluarga dan sahabat aku. Surat yang isinya pendek dan ringkas. Tetapi penuh makna. Membuat serba sedikit hasil lukisan terakhir untuk anak- anak aku. Setiap perkataan, setiap gatisan pada lukisan yang aku buatkan itu, penuh makna. Mungkin ada serba sedikit kecacatan dalam melakukannya, kerana aku sendiri tidak terlalu mampun untuk meneruskannya. “ketawa bersama, menangis bersama. Ku bersumpah harap kita mati pun bersama.” Lagu yang dimainkan sangat menusuk jiwa. Kebetulan pula lagu tu dibuka melalui fail lagu yang aku mainkan. Sudah tiba masanya untuk aku mengambil ubat- ubatan yang diperlukan. Aku bergerak menggunakan kerusi roda dan turun ke tingkat bawah melalui lif yang terletak di hujung beranda. Aku tadi berada di tingkat paling atas iaitu artroom. Ubat- ubatan tu pula berada dalam bilik tidur yang terletak di tingkat dua. Aku memanggil Sya untuk membantu aku mengambil ubat. Sya pun dah terbiasa menjaga aku dengan ubat- ubat ni. Sya menyuruh aku berehat di atas katil sahaja buat sementara. Aku sekarang tak dapat  nak buat kerja berat sangat. Kena juga ikut apa yang Warid kata. Dia suruh rehat, rehat. Dia suruh makan, makan. Aku pun berehat di atas katil seperti biasa. Terlantar tanpa membuat apa- apa. Tapi Abang ada sediakan beberapa buah novel dan buku berfiksyen yang lain. Aku pun mengambil buku yang bertajuk ‘Awak Suka Saya Tak?’. Novel tu memang menarik perhatian saya untuk dibaca. Tak lama lepas tu aku pun telah membaca beberapa helai muka surat. Banyak juga aku baca. Aku ambil masa satu jam membacanya. Lepas tu aku pun letak semula buku tersebut di atas rak sebelah katil.
Aku membuka telefon bimbitku. Beberapa kali aku membukanya tetapi gagal. Aku terlupa kata laluan yang aku letakkan pada telefonku. “aduh, macam mana ni? Bukan ni ke yang aku selalu guna? Kosong, tujuh, satu, kosong… tak dapat juga? Aduh, macam mana aku boleh lupa?” “kenapa tu? Ni, aku lupa password telefon aku.” “laa, Sayang, kan sayang letak nombor tu tarikh perkahwinan kita?” “perkahwinan? Oh, lupa!” aku pun menekan semula nombor- nombor yang tertera pada telefon. “satu, empat, satu, satu... ya! Saya berjaya!” Abang melihat aku dengan senyumannya. Menunjukkan dia faham akan keadaanku. Aku membuka satu persatu mesej yang diterima. Aku membuka whatsapp dan tertera satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali. “eh, apa ni?” “kenapa?” “oh, takda apa. Abang kalau nak turun, turun jelah. Nanti Sara datang ya?” “yalah. Jangan lama sangat tau?” “ya. Saya tahu.” Aku terus melihat skrin telefon. Aku membaca satu per satu pesanaan yang dihantar. “aku akan sentiasa mengganggu kebahagiaan kau. Sampai masa nanti kau akan tahu apa yang akan jadi.” “siapa pula yang nak hantar mesej ni?” tanpa membuang masa aku terus pergi ke tingkat bawah tanpa memberitahu apa- apa. Takut lain pula yang terjadi.
Abang Zam bergegas untuk pergi ke satu tempat. Dia ingin berjumpa dengan seseorang. Dalam diam Abang Zam juga telah menerima pesanan yang sama seperti yang Sara dapat. Mengugut dengan kebahagiaan rumahtangga mereka. “mana kau? Baik kau keluar!” Abang Zam pergi ke tempat yang agak sunyi, sebuah tempat yang lapang  agaknya. Tak lama kemudian ada panggilan telah masuk ke telefon Abang Zam. “Hahaha. Jangan marah. Nantilah. Aku Cuma nak tengok reaksi kau bila kau dapat tahu bila isterri kau kena hasut. Hahahaha!” “kau jangan kacau isteri aku! Kau… helo? Helo?! Argh! Tak guna!” Abang Zam terus memecut pulang ke rumah.”Sara? Sara? Mana Sara?” “Akak? Akak ada  kat belakang. Masih duduk berehat agaknya.” Terkejut Sya melihat tindakan abang Zam yang tergesa- gesa. Abang Zam pun berlari ke halaman belakang. Tiada kelibat Sara. Lalu Abang Zam pun mencari satu rumah. Terpekik terlolong memanggil nama Sara. Habis setiap ceruk dicarinya. Namun tiada hasil. Hampir tiga kali dia mencari namun tiada kelibatnya. Abang zam pun terima satu lagi panggilan oleh individu tersebut. “dah puas cari? Nasib baik takda yang perasan kan? Sara tengah keluar memandu berseorangan, dengan dokumen yang aku dah hantar kat dia. Nak tahu dia pergi mana? Dia cari perempuan tu.” “perempuan tu? Siapa!? Baik kau cakap sekarang!” individu tersebut melwtak kembali panggilan dan terus menghantar mesej melalui whatsapp. Terpapar satu gambar seorang perempuan yang dikenalinya. “Amy?” dia tak sangka isterinya akan berjumpa dengan Amy.
“Assalamualaikum.” “Waalaikumsalam. Er, cik nak cari siapa?” “awakkah, Amy?” “ya. Saya. Amy. Ada apa ya?” “takkanlah kau tak kenal aku? Bukan ke Abang zam selalu bercerita buruk pasal aku?! Dekat kau!” aku meninggikan suara aku kepada Amy. “oh. Sara eh? Huh. Tak sangka pula kau boleh sampai sini. Mesti kau ada pasang spy kan?” “okay. Kalau macam tu. Aku nak berbincang dengan kau.” “dalam tu bukan ke dah jelas?” “tak guna! Betul ke semua ni?” “kalau gambar tu dah macam tu, betullah. Hahahahaha!” “kau tahu Abang Zam ada isteri kau boleh pulak buat macam ni kat dia? Tergamak kau buat macam ni?” “tergamak? Eh, hello? Saya yang sepatutnya dapat Zam. Bukan kau lah perempuan kampung!” “apa kau cakap? Tak guna!” diebabkan marah, aku menarik rambut Amy dan menolaknya. “oi sakitlah!” “tahu pulak kau sakit? Kau tak rasa pun sakit yang aku rasa sekarang ni, tak guna!” “arghhhh! Sakit!” akucterus menerus menarik rambut Amy yang panjang itu.
“Sara! Apa yang awak buat ni!” Abang Zam sampai dan terus menarik aku dari memegang kepala Amy. “Amy, awak okay? Im so sorry what just happen…” “wah. Awak boleh bela dia sedangkan saya ni isteri awak? Awak kenapa ni sebenarnya?” “Sara, awak dah salah faham ni!” “oh, salah faham? Yang ni pun salah faham juga!?” aku melemparkan beberapa helai gambar yang menunjukkan aksi ranjang perempuan itu dan Abang Zam. “mungkin saya ni tak cukup sempurna untuk  Abang kan? Abang pun tahu saya lemah. Saya tak kuat macam perempuan yang lain. Mungkin tak lama lagi masa saya dah tiba. Tapi ini yang awak bagi kat saya? Awak cakap awak sanggup buat apa sahaja asalkan awak boleh gembirakan saya. Tapi kenapa awak buat macam ni! Kenapa? Awak sepatutnya bantu saya untuk terus hidup. Bukannya buat macam ni! Awak nak saya pergi cepat kan? Kan!?” “Sara, awak tak patut macam ni. Awak tu sakit. Janganlah macam ni.” “dahlah serang orang. Tak tahu malu!” papp! Lantas langanku menampar wajahnya. “Sara!” “apa!? Awak nak bela dia? Pergilah tinggal dengan dia! Jangan ganggu saya lagi!” aku masuk semula ke dalam kereta dan terus pecut pulang kerumah. “apa yang awak buat ni, Amy? Sampai hati awak.” “kenapa? Dia dah rampas awak dari saya. Mana boleh. Awak, kau aku punya.” “lepaslah!” Abang Zam juga meninggalkan halaman rumah Amy.
“aku dah buat apa yang kau nak. Janji kau jangan lupa eh.” “ya. Takkan aku boleh lupa pula? Kau kan sentiasa ada dengan aku? Kau dapat apa yang kau nak. Aku dpat apa yang aku nak. Deal dah kan?” “kau ni jangan nak janji melayu eh.” “ya. Asalkan aku boleh musnahkan si Zam tu. Baru aku puas. Hhahahaha!” “asal kau boleh benci pulak kat Zam tu? Apa yang hebat sangat?” “Amy, Amy. Kau nak tahu apa yang dah menyakitkan hati aku? Selama ni, dia selalu berada di atas. Tak pernah bawah aku. Kau nak tahu rupa aku macam mana bila aku ada dengan dia? Aku ni macam pembantu. Hamba yang sentiasa ikut dia. Kalau bab reputasi, memang dia sapu habis. Memang dari dulu lagi aku nak balas dendam. Tapi aku kumpul dulu semua kelemahan dia baru aku serang sedikit demi sedikit.” “habus tu kenapa kau nak serang bini dia? Bukannya beraalah bini dia tu. Bini dia tu? Huh. Tu adalah salah satu punca aku nak jatuhkan dia. Titik kelemahan dia. Lepas tu baru aku sasar anak- anak dia. Hahahaha.” “kau ni kan, dari dulu lagi memang tak berubah. Tak pernah hilang rasa dengki” “kau dengar sini baik- baik, kalau kau sendakan aku lagi, tak selamat hidup kau eh!” Amy terus diam selepas disergah oleh lelaki tersebut.

Bidadari 'NERD' dari SyurgaWhere stories live. Discover now