BAB 6

151 5 0
                                    

“Sara, kau dah sediakan pembentangan kau?” si Hariz selalu bertanyakan soalan untuk aku jawab. Korang sendiri pun akan susah untuk  berdiam diri bila korang dah bercakap dengan dia. Banyak soalan! “dahlah. Asal kau Tanya? Aku siapkan petang semalam.” “laa. Aku ingatkan belum. Yalah. Kau kan slalu takda kat pejabat sejak kelakangan ni?” “Eh. Aku sentiasa siapkan kerja sebelum tamat tempoh okay? Ni adalh first time aku lambat. Tu pun aku still siap juga kan?” “yalah- yalah. Aku tahu.” Terdiam hariz bila aku berkata macam tu. “Sheryl Zarith Maisara?” jerit pembantu setiausaha tu. “ya saya?” “giliran awak ya? Sila masuk ke bilik mesyuarat.” “baiklah. Terima kasih.” “eh, hariz, aku pergi dululah.” “oh. Yalah. Good luck!” “thank you hariz!”  aku pun mulakan presentation aku. Waktu tu juga aku buat hal. Tapi aku cuba untuk kuatkan diri juga masa tu. Sebab masa presentation tu mr. future husband tu ada. Aku tak nak bagi dia risau. Aku cepat- cepat habiskan slide yang aku buat. Aku cuba buat sesingkat yang boleh. Alhamdulillah habis jugak. Walaupun rasa tenat waktu tu aku presentation aku tetap berjalan lancar. Tapi sakit tu aku masih belum dapat atasi lagi. Aku terus pergi dari tempat tu tanpa membuang masa dan mencari ubat di pejabat aku. Tapi aku tak ingat pun yang aku tertinggal ubat tu dekat bilik aku. “aduh, macam mana ni? Sakit sangat dah ni.” Aku bisik kat sendiri. Aku rebah dan terduduk. Dengan memegang kepalaku yang semakin sakit. Perit. Perit yang tak terkata. Terus aku capai telefon aku kat dalam poket aku. Apa lagi. Terus call Teenna. Nasib baik pulak dia memang dalam perjalanan nak jumpa aku. Aku suruh dia ambil aku dan pergi ke hospital dengan segera.
Sebaik sahaja sampai kat hospital tu, aku buat check up yang kali kedua. “macam mana awak rasa sekarang ni, Cik Sara?” “rasa lebih baik sikit lah doctor. Cuma ada rasa sakit kat kepala ni.” “sekarang ni, saya nak awak dengar baik- baik.sel kanser awak tu dah merebak dengan cepat. Boleh tak saya tahu bila pula awak nak buat pembedahan, cik?” “buat masa ni, biarlah saya buat apa yang saya nak buat dulu, doctor. Bukan apa, saya tak tahu saya akan selamat atau saya akan pergi. Saya nak ucap selamat tinggal kat orang yang saya sayang sebelum terlambat. Biar saya buat kebaikan dulu. Inshaa allah saya akan bagi tahu doctor bila saya nak buat pembedahan.””baiklah. saya faham keadaan awak. Kebanyakkan orang yang sakit tenat ni dia akan luang masa sendiri dahulu. saya akan tunggu awak. Bila- bila masa sahaja ya.” “baiklah doctor. Tapi, bila saya boleh keluar?” “nanti. Lepas habis masukkan air tu awak boleh balik.” “baiklah doctor.”
Teenna datang tak lama selepas doctor tu beredar. “err. Sara, bos kau call tadi.sorrylah aku tersasul. Aku tak sangka yang dia akan call tadi. Sebab aku risau sangat tadi. Maafkan aku sara?” “takpalah, lambat laun dia akan tahu juga kan?” “tapi…” “tapi apa?” “dia dalam perjalanan nak kesini.” “apa? Teenna, apa yang kau buat ni? Apesal kau bagi location ni?” pintu bilik tu tiba- tiba dibuka dengan kuat. Kitorang ambil bilik private tadi. Tu lah yang ada pintu tu. “sara, betul ka apa yang saya dengar tadi?” “teenna, better you just go out from here. I want to talk with him.” “okay, sara. Sorry. We can talk later.” Lepas teenna keluar tu dia terus pergi dekat. “kenapa awak call saya tadi?” “saya call sebab saya nak Tanya awak kat mana. Awak tu tiba- tiba hilang tadi. Kawan awak bagi tahu yang awak pengsan dan terus ke hospital? Kenapa awak pengsan? Apa yang dah jadi?” “saya akan pergi tak lama lagi. Dalam  masa terdekat. Jangkaan doctor hanya enam bulan. Tapi mungkin saya akan pergi sebelum masa tu.” “apa maksud awak akan pergi? Awak nak pergi mana pulak?” “sebab tu saya tak nak awak berharap dengan saya. Saya taknak awak nangis sebab saya.”
Sebak untuk berkata lagi. Langsung dah tak mampu kata apa- apa. Aku tengok muka Syed Zamirul Arsyi tu dah mula sayu. Dan menitiskan air mata. Sungguh tidak menyangka yang dia Nampak sangat menyayangi aku. “tak boleh ke saya nak sedikit kasih sayang saya kat awak? Tak boleh ke saya nak bersama awak walaupun masa tu singkat? Tak boleh ke?” “saya sendiri tak mampu untuk melakukan apa- apa. Awak tahu tak? Saya sedih sebab saya terpaksa pergi lebih awal dari orang yang saya sayang. Kenapa awak masih lagi tak faham? Saya tak nak awak sedih. Saya taknak awak teringatkan saya. Saya tak nak awak terseksa masa saya takda nanti. Awak tahu tak?” “saya tak kisah. Asalkan ada bersama dengan awak. Saya tak kisah awak nak  pergi, saya redha. Saya nak awak habiskan masa awak dengan saya.” Subhanallah. Betapa kuatnya kasih yang dia cuba berikan dekat aku.

Bidadari 'NERD' dari SyurgaWhere stories live. Discover now