“ Sara! Mana kau ni? Tak turun- turun lagi? Kang aku marah ni kang kau hempuk aku balik!! Sara!” “ ya, ya kejap!” sebenarnya dah dua minggu aku duduk kat rumah kawan aku ni. Tu pun sebab semua ahli keluarga aku balik ke kampung. Atas urusan keluarga katanya. “Sara, apesal pulak kau tiba- tiba lambat pulak hari ni ha? Slalunya kau cepat je dah terpacak kat depan televisyen tu.” “tak da ape. Aku Cuma penat lebih je. Aku sendiri tak tahu aku rasa lemah je hari ni.” “aik, boleh pulak? Malam tadi okay je kau?” “Putri Nur Qisteenna Bin Tengku Saudin, yang tu semalam, hari ni, hari ni jelah!” “alahai kau ni, cepat je nak lepas.” “alahh, sorry lah Teenna. Aku tension je sebab tak best ada rasa sakit tau.” “yalah, takpa. Aku kenal kau.” “sebab tu aku sayang kau!” “yalah. Sayang kau jugak!” Qisteenna ni kawan aku sejak aku di bangku sekolah menengah lagi. Sampai sekarang kitorang rapat. Sedar tak sedar kitorang pun dah sampai depan pejabat aku. “hehe, thank you Teenna sebab sudi hantarkan!” “your welcome. Jangan lupa aku ambik kau petang ni. “okay!” aku pun masuk pejabat seperti biasa.
Masa dah menunjukkan jam dah nak masuk waktu solat zohor. Masa tu pun memang dah masa rehat tengahari. Pejabat semua kosong. Seperti biasa memang aku yang akan selalu keluar lambat. Entah kenapa badan aku rasa lain dari pagi lagi. Tapi aku tetap biarkan sahaja dan cuba untuk bangun dan pergi ke surau. “Sara, kenapa muka awak Nampak pucat? Awak tak sihat eh?” aku terkejut juga tengok mamat tu. Si future husband tu. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh selalu jenguk aku. “oh. Tuan. Takda apa- apa lah. Mungkin tak cukup minum kot” “haa.. kalau macamtu banyakkan minum air. Jangan selalu minum air sejuk je.” “baiklah, tuan. Saya menurut perintah.” Sengih aku. Sebaik sahaja aku berdiri tiba- tiba je kepala aku sakit sangat. Seolah- olah ada orang yang goncangkan kepala aku. Nak berdiri pun terhuyung- hayang. “eh, Sara, awak okay tak ni? Sara? Sara?” aku sendiri tak pasti kenapa aku boleh jadi macam tu. Dan semua menjadi gelap gelita. Seolah- olah tempat tu sekarang blackout pada waktu malam. Bila je aku buka mata, aku berada di tempat lain.
13 tahun lalu, aku pernah disuspek sebagai pesakit barah otak. Tapi sempat diselamatkan sebab masa tu aku terus diberi rawatan rapi secara menyeluruh dan aku pun masih hidup sampai sekarang. Masa tu aku masih lagi darjah 5, tapi waktu tu pun aku tak berapa nak ingat sebab masih kecil. Manalah aku nak ingat. Tapi sejak tu juga aku langsung tak pergi buat pemeriksaan kesihatan. Sebab aku rasa aku tak akan lagi ada penyakit tu. Kalau aku buat pun aku buat yang ringan- ringan je. Waktu tu pun aku asyik mengadu sakit kepala. Itu yang pergi buat pemeriksaan kesihatan penuh. Alhamdulillah waktu tu pun keluarga dah mampu sikit. Lepas tu mak abah terus pergi hospital untuk mendaftar buat pembedahan aku. Mak abah selalu je beli produk yang berkaitan dengan kesihatan. Diorang dah tak kisah mahal ke, tak. Asalkan aku sihat. Sebab tu juga aku sentiasa cuba untuk jadi kuat walaupun tengah rasa tenat masa tu. Alhamdulillah aku masih dapat.
“kat mana ni?” “masih kat pejabat. Kat bilik rehat.” “apa yang jadi? Macam mana pulak aku boleh ada kat sini? Dengan kau?” aku sendiri tak sedar macam mana aku boleh Tanya macam tu. “tak, awak pengsan tadi. Muka awak pun pucat. Zila cakap badan kau panas juga. Kau demam ke?” “laa. Ye ke? Aku tak rasa pun.” “sebelum kau pengsan tadi kau ada ingat apa- apa tak?” “aku kat mana eh tadi?” “kau kat pejabatlah.” “ bukan ke aku baru nak turun tangga and…” “turun tangga? Bila masa turun tangga? Kau kat meja kerja kau tadi. Nak gi solat.” “oh. Lupa. Terima kasih tuan sebab teman kat sini.” “sama- sama.” Aku tak sangka yang aku boleh pengsan. Tak pernah seumur hidup aku sakit sampai pengsan macam ni. Tak lama lepas tu Zila bagitau kat tuan yang dia nak aku rehat. Tuan tu apa lagi, dah risaukan pasal pekerja bawahan dia, terus bagi cuti 2 hari. Bagi rehat secukupnya. Lagipun aku memang nak plan yang aku nak pergi ke hospital nak buat medical. Takut je lah kan? Baik cegah sebelum kena. Aku apa lagi kasi tidurlah mata. Tapi susah gak nak tidur sebab kepala sakit sangat sampai effect kat mata. Aku tak tahan telanlah dua biji panadol masuk mulut. Lepas makan tu aku terus tidur.
Esok harinya aku pun nak bersiap untuk ke hospital untuk buat pemeriksaan. Selalunya kalau buat pemeriksaan penuh kita kena pulak tunggu 24 jam. So, terpaksalah aku balik dulu. Tapi aku suruh doctor tu call untuk lebih mudah berhubung. Habis je buat periksa, terus balik rumah dan jatuh. Lagi sekali. “eh, Sara!? Sara! Kenapa ni? Astaghfirullah. Sara kenapa ni?” aku dengar Teenna gelabah habis walaupun aku pengsan. Ke pitam? Tak kisahlah. Dengan apa yang terjadi tu sedar- sedar je aku dah kat hospital. “macam mana aku boleh kat sini? Teenna?” “kau. Pengsan lagi. Dah dua hari kau pengsan. Ah.. baru ingat. Hari ni keputusan pemeriksaan kesihatan kau keluar.” “keputusan pemeriksaan? Bila aku buat check up?” “eh. Kau tak ingat ke? Kau buat semalam la. Sebelum kau pengsan.kau tak ingat ke?” aku cuba ingat tapi aku masih tak dapat nak ingat.
Tak lama lepas tu telefon berbunyi. Tertera nama Tuan Syed Zamirul. Aku pun angkat je. “Assalamualaikum. Err. Ni siapa eh? Kenapa nama awak tertera kat phone saya?” “Sara, ni saya la. Bos awak. Aih. Kenapa awak ni? Kenapa tak datang kerja lagi?” aku terkejut dia kata macam tu. Sebab aku langsung tak ingat siapa- siapa lagi dah selain Teenna dan keluarga aku. “Bos? Kerja? Macam mana pulak aku boleh kerja? Aku masih sekolahlah.” “apa yang awak cakap ni Sara? Dah hilang akal ke? Ke awak terhantuk kepala awak waktu awak pengsan hari tu?” sepatah yang dia cakap pun aku tak faham. Tak pasal- pasal pulak kena tengking dia. Sedangkan waktu tu aku langsung tak ingat apa- apa. “say dah bagi cuti kat awak dua hari je. Takkan belum sihat lagi kot?” sambung dia lagi. “entahlah. Saya letak dulu. Assalamualaikum!” balas aku. “apehal pulak dia ni? Suka hati diaje nak tengking. Dahlah tak kenal!” lepas tu aku terpandang muka si teenna. Aku pun tak faham kenapa muka dia masa tu dah macam terkejut beruk dah aku tengok. “Pahal kau ni Teenna?” “kau… tak ingat b..b..bos k..kauu? k..kita ni dah 26 tahun laa. Mana ada sek…kolah lagi?” “pahal kau gagap ni? Kau kena santau ke?” tiba- tiba air mata Teenna bergenang. Aku pun tak faham sebenarnya dengan dia kenapa dia mengarut macam tu. Pastu doctor masuk bilik. Kasi cakap satu berita buruk. Katanya. “Cik Sheryl, maafkan saya. Awak menghidap barah otak tahap empat.”
YOU ARE READING
Bidadari 'NERD' dari Syurga
Romance[COMPLETED] Sheryl Zarith Maisara merupakan seorang wanita yang 'nerd' yang telah jatuh cinta dengan seorang jejaka yang telah mencuri hatinya. Tanpa dia sedari jejaka tersebut juga telah jatuh cinta kepadanya. Tapi mereka melanjutkan kisah cinta me...