“teenna, boleh awak bagi tahu saya apa sebenarnya penyakit Sara?” “awak tak tahu lagi ke?” “tak. Yang saya tahu Cuma di cakap dia ada tempoh lebih kurang enam bulan?” “dia sekarang ni sedang bertarung dengan penyakit tu. Sebab tu dia kadang- kadang lupa, kadang- kadang tak Nampak atau tak dengar, kadang kadang dia mengalami absence seizure. Dia menghidap barah otak. Stage 4. Dia cuba untuk selesaikan semua masalah dengan sendiri sebab dia tak nak orang lain susah sebab dia.” “yang tu tadi salah satu ke?” “ya. Sebab tu juga dia slalu je pengsan sejak kebelakangan ni.” “kenapa dia tak nak jujur dengan saya?” “sebab dia taknak risaukan awak. Sebab dia sayangkan kau. Memang dari dulu lagi dia ada hidap penyakit ni. Tapi dia selamat sebab dia masih stage one lagi masa tu. So,masih sempat. Tapi sel kanser takkan hilang dari badan dia. Well. You know. Cancer. It will never end.” “kenapa dia taknak buat pembedahan lagi?” “sebab dia nak uruskan apa yang perlu. Dia bagi tempoh untuk diri dia selama 2 bulan. Sekarang ni tinggal satu minggu lagi nak buat semua tu. Sebab tu minggu depan dia nak letak jawatan.” “Teenna!” “Sara. Awak dah ingat?” “kenapa awak kena bagi tahu dia?” “jangan salahkan dia Sara. Saya yang paksa dia untuk bagi tahu. Sebab awak asyik nak berahsia dari saya. Kenapa awak perlu buat macam ni?” “sebab saya taknak awak rasa kehilangan saya. Saya taknak awak sedih bila saya takda nanti. Saya taknak awak ingat saya bila saya takda nanti. Saya tak nak awak sakit sebab saya. Awak boleh faham tak? Sebab tu saya sekarang ni saya susah nak terima sesiapa saja untuk diri saya ni. Sebab kalau saya pergi nanti saya taknak ada yang rasa hilangnya saya di sisi dia!” tuan syed hanya mampu mendiamkan diri dia dan menitiskan air mata dia yang polos itu, demi aku.
Tiba- tiba dia terus pergi dari tempat dia berdiri. “tuan, tuan!” aku cuba kejar dia tapi tak Berjaya. Kepala aku kembali sakit. “Sara, jangan sara. Awak baru je sedar tu. Jangan paksa diri kau.” “tapi… dia pergi mana?” “takpa nanti aku kejar. Kau masuk bilik dan berehat. Jangan banyak bergerak. Usai sahaja perkara tu tadi. Aku kembali masuk ke wad persendirian aku. Aku cuba gosok rambut aku. Banyak yang gugur. Seolah olah aku takkan ada rambut lagi.rambut aku yang tebal jadi nipis sebab aku dah jalani kemoterapi hari tu. Mak datang melawat kembali lepas pergi solat. Mak jadi sangat sedih bila tengok rambut anaknya makin lama makin hilang. Mak hanya mampu berpaling dari aku suapaya aku tak tengok dia sedang menangis sebenarnya. Aku sendiri pun seba tengok mak macam tu. Mak mendekati aku dan memeluk aku. Sedih. Sedih terkenang aku menjadi begini. Tak lama lepas tu ada lagi seseorang yang masuk. Rupa dia, sangat serupa dengan aku. “hai kak Ryl, macam mana akak hari ni?” Tanya Sya. “akak baik je. ni adik dari mana ni?” “laa. Adik dari office lah kak. Dari mana lagi. Err. Mak, tadi ada abah kat luar. Dia nak jumpa mak kejap.” “ya. Baiklah. Mak pergi luar kejap eh. Adik tolong jaga akak tau?” “ya mak. Adik jaga.” “mak pergilah luar dulu. Takpa, nanti boleh lah Ryl berbual dengan adik.” “yalah. Mak pergi dulu ya?” “kak, kalau akak takda nanti,siapa yang ada dengan adik nanti? Nanti adik sorang- sorang je. dah takda dah kembar. Adik taknak sorang- sorang.” Berjujuran air mata aku lepas dengan soalan yang ditujukan kepada aku dari adik kembar aku. Aku sendiri dah tak tahu nak jelaskan bagaimana dengan dia.
Ya, sebelum ni memang ada yang tak pernah tahu pun yang aku ni ada adik. Nampak macam aku ni anak tunggal. Aku ada adik. Adik kembar. Dia lambat 2 minit je dari aku. Tapi aku dengan dia tak Nampak sangat beza. Sebab tu kadang- kadang orang keliru dengan aku dan adik aku. “adik, walaupun akak takda, adik kenalah sentiasa berdikari. Memang adik ada mak dengan abah. Tapi diorang tak mampu sangat dah. Adik kenalah jaga diri. Adik tahukan, ajal maut, jodoh. Semua di tangan thuan. Adik jangan anggap lepas pembedahan ni akak tak boleh teruskan hidup. Mungkin akak boleh selamat. Dengan izin Allah.” “thank you akak. Akak sentiasa bagi dorongan untuk adik. Sebab tu lah adik sayang sanga kat akak.” Aku mesti sentiasa tersenyum agar adik aku tak sedih tengok aku terlantar di katil ni. “baru nak berbual lama- lama dengan akak. Dah datang pulak jodoh akak ni.” “laa. Adik ni, janganlah merajuk.” “takpalah kak. Adik keluar dululah. Akak bincanglah apa yang patut. adik nak berbual dengan Teenna, lama dah tak berbual dengan dia.” “Sara?”
Kami berdua hanya mampu gelak je tengok muka Tuan Syed terkejut lepas dia tengok adik aku. “ehem. Tak lekang mata tengok kita. Maafkan saya. Saya ni bukan Sheryl Zarith Maisara. Saya ni Syasya Zarith Maisura. Jangan nak terkejut pulak. Kitorang ni beradik kembar. Haha.” Adik aku ni suka sangat mengusik orang. Walaupun dia macamtu, dia tetap seorang yang sangat tabah. Dia still cuba Nampak kuat agar orang tak tengok dia macam seorang yang lemah. Kitorang ni sama je. tak suka orang susah hati. “Sara awak tak cakap pun awak ada adik kembar.” “laa. Kita ni dah lama sangat kenal ke sampai nak bagitahu awak yang saya ni ada adik kembar?” tuan hanya mampu berdiam diri je sebab apa yang aku cakap tu ada betulnya juga. “tuan, saya dah jadi macamni, tuan masih nakkan saya ke?” “sara. Sara tahu kan yang saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya. Saya tak kisah awak macam ni. Bukannya hina pun. Kita sendiri pun tak minta pun benda ni terjadi kan? so, jangan persoalkan lagi. Boleh?” kata- kata yang keluar dari mulut tuan syed itu membuatkan aku terpaku sehingga aku sendiri tak mampu nak menjawab soalan itu.
“Sara?” “ya saya. Oh. Saya… oh.. boleh. Saya. Takkan Tanya lagi.” “pandai gagap juga awak ni. Err.. sara, boleh tak kalau saya minta schedule awak dengan doctor? Sebab saya nak atur masa saya nak jaga awak. Boleh. Kan?” “boleh je. saya ni kan awak yang punya?” oh tidak! Apa yang aku cakap ni? aku sendiri pun terkejut dengan apa yang aku cakap ni. Aku terus tertunduk malu tengok dia. Tapi aku tengok dia gembira je. tak diduga pun benda ni boleh jadi. Orang yang aku cintai, sayangi, tak lama lagi nak jadi suami yang sah kepada aku. “saya akan pastikan awak turut apa yang saya akan beritahu, apa yang saya suruh. Awak nak sihat tak? Inshaa allah saya akan jaga awak sampai bila- bila.” “kalau dah takdir saya untuk pergi tak lama lagi, macam mana?” “memang kita takkan dapat lawan takdir Allah. Tapi kita mesti usaha juga kan? sedangkan jodoh kita boleh doa, apatah lagi dengan penyakit kita boleh tentang.”
Setiap perkataan yang keluar dari mulut tuan syed sangat mengharukan aku. Dan dari kata- katanya juga membuatkan aku cuba untuk muhasabah diri untuk menjadi orang yang lebih kuat. “tuan, thanks for everything.” “sara. Ni dah tanggungjawab saya utnuk awak. Okay? Oh. Lagi satu.” Dia memandang aku dengan cara yang agak pelik. “tuan, apa ni? Apa perkara yang tuan nak cakap? Tuan jagan nak menakutkan saya.” “awak tu. Kenapa masih panggil tuan? Saya ni tak lama lagi nak jadi suami awak tau? Apa awak ingat kita ni dalam kem askar ke nak panggil tuan, tuan?” “habis tu saya nak panggil apa lagi?” “awak panggil saya… abang ke, sayang ke, oppa ke… haaa.. suami yang tercinta ke?” “eh, tuan ni macam- macam pulak. Ada ke patut nak oppa?” “laa… saya ingat awak ni suka sangat dengan korea tu. Kan?” “memanglah saya minat. Tapi tak lah sampai nak panggil awak oppa. Panggil opah kang!” “amboi. Sara. Dah- dah panggi tuan tu. Jemu saya.” “okay baiklah. Abang…” “haaaa…macam tu lah. Baru bahagia sikit.” Aku tengok dia tersenyum lebar membuatkan aku rasa bersalah sebab dia tengok aku macam ni.
Kita pun tak menduga perkara macam ni boleh jadi kan? tak lama lepas tu adik aku datang balik. “kak, nak tanya ni, bila aka nak discharged?” “entahlah. Kenapa? Ada apa- apa ke?” “takdalah. Cuma risau. Nanti kalau lama- lama mesti bil makin tinggi kan?” “err. Maaf mengganggu ya. Saya Syed Zamirul Arsyi, awak tahu kan saya tunang kakak awak?” “ya saya kenal dan tahu awak tunang kakak saya. Kenapa?” “kalau dikira tinggal berapa hari je lagi ktiorang nak kahwin. So, dia bawah tanggungjawab saya dan saya boleh je jaga dia dan bayar semuanya.” “okay. Baiklah kalau macam tu. Awak sendiri tahu saya sayngkan kakak saya ni. Jaga dia tau!” “ya baiklah.” “adik pergi dululah kak. Bye! Assalamualaikum.” “waalaikumsalam.” “maafkan saya cik Sheryl, awak boleh discharged petang ni. Tapi, saya kena pantau awak jadi awak kena datang setiap dua minggu, boleh?” “baiklah doctor.” “kalau taka da apa- apa, saya pergi dulu.” “thank you doktor.” “sama- sama.”
YOU ARE READING
Bidadari 'NERD' dari Syurga
Romance[COMPLETED] Sheryl Zarith Maisara merupakan seorang wanita yang 'nerd' yang telah jatuh cinta dengan seorang jejaka yang telah mencuri hatinya. Tanpa dia sedari jejaka tersebut juga telah jatuh cinta kepadanya. Tapi mereka melanjutkan kisah cinta me...