BAB 17

54 2 0
                                    

Beberapa hari kemudian, aku sekeluarga pergi beriadah di taman rekreasi berdekatan. Aku memang bercadang nak bawa Mak dengan Abah sekali sebab lama dah tak bawa diorang jalan- jalan. Sya dengan Warid pun ikut sekali. Lagipun Sya sekarang ni tengah mengandung. Dah masuk tiga minggu. Dah tak lama lagi nak membesar. Masa tu juga aku langsung tak menyangka yang sesuatu akan berlaku masa aku nak pergi tandas. Aku pergi tandas pun sorang- sorang. Tangan aku direntap lalu aku pun menjerit sepenuhnya. Aku memang dah agak orang yang sanggup buat apa saja tu adalah Hariz. Hariz menarik aku ke bahagian belakang tandas tersebut. “kan aku dah cakap, aku akan buat apa saja kalau aku nak apa yang aku nak. Kau takkan terlepas dari genggaman aku. Hahahahah!” aku tak mampu nak bercakap sebab dia dah halang mulut aku dengan tuala.
“eh, mana akak tak sampai- sampai lagi ni? Fia kata kejap je dia nak pergi tandas tu?” “ha’ah kan? Takpa, biar abang pergi cari dia okay?” “eh, Zam, aku ikut kau sekalilah.” “baiklah, Warid. Kita pergi sekarang.” Warid hanya mengangguk tanda setuju. Lantas Abang Zam dan warid pergi mencari aku berdekatan dengan tandas. Hariz menyedari akan apa yang berlaku. Dia mula bertindak cemas lalu menarik aku ke bahagian lebih dalam agar Abang Zam dan Warid tak menyedari kami berada di situ. “eh, takda pula akak ni. Macam mana Zam?” “kalau macam tu, kita balik fulu. Mana tahu nanti dia balik.” “okay, Zam.” Hariz mula menarik nafas lega kerana diorang tak perasan kami berada di situ.
“Abang rasa ada sesuatu berlaku. Lebih baik kita tunggu je kat sini. Tak mungkin Sara akan lambat macam ni.” “okay, kalau tu yang Zam cakap. Warid ikut je.” “tengok tu. Ada bayang dua orang kat belakang. Nampak macam kena tangkap je.” “yalah kan? Kalau macam tu, kau pergi jalan belakang. Rasanya dia tak kenal dengan kau.” “okay, saya cuba berjalan nanti kalau saya kata ‘eh’ tu memang akak.” “okay.” Warid pun cuba berjalan ke belakang dan berpura-pura seperti tidak mengetahui tentang situasi tersebut. “Eh, apa korang buat ni? Nak buat apa- apa pun jangan buat kat sini. Tak baik tau?” Warid mengangguk menandakan dia sedang berlakon. Aku pun faham dengan apa yang disampaikan oleh Warid. Nampaknya ia berkesan. Tetapi Hariz mengugut untuk mencederakan aku kalau dia semakin cuba untuk mendekati aku. Masa tu Abang Zam cuba untuk bertindak menyerang Hariz dari belakang. Serang hendap itu berjaya, namun aku masih tak terlepas dari genggaman Hariz. Hariz mengejar aku semula dan menarik tanganku. Dalam masa yang sama dia menikam aku dengan pisau lipatnya. Terkena pada bahagian pinggang. “Sayang!” abang Zam menjerit dan terus menumbuk hariz dari belakang.
Aku dibawa ke unit rawatan rapi dan akan ditahan wad selama beberapa hari. Aku juga tidak sedarkan diri selama dua hari. Tak lama lepas tu aku aku sedar dan melihat semua yang ada dengan aku pada hari tragedi di tandas tu semuanya ada. Kecuali Abang Zam. Agaknya dia pergi mencari rezeki. Aku masih faham keadaan dia. “akak, akak dah sedar? Macam mana dah okay tak?” “alhamdulillah setakat ni akak okay. Tapi, macam mana dengan Hariz. Dia dah dibawa ke penjara atas cubaan membunuh. Dengar cerita dia mungkin akan dibawa ke hospital sakit jiwa sebab dia taasub dengan akak. Dia akan dirawat dekat sana.” “betul ke? Yang lain semua okay ke?” “kami semua okay. Abang Zam je.” “kenapa dengan Abang?” “Abang dekat bilik sebelah. Dia kena tikam lepas cuba tumbuk dia. Kena tikam dekat perut. Alhamdulillah dia tak kritikal. Cuma belum sedar lagi.” “ya Allah. Betul ke apa yang Sya cakap? Akak nqk jumpa dia, nak jumpa dia!” menitis air mataku mendengar apa yang telah dikatakan oleh Sya sebntar tadi. “akak, bawa bertenang. Akak masih lagi belum sembuh. Tolong sabar kak?” “tak, tak, kenapa Abang Zam yang kena? Abang tak patut kena. Abang tak patut.” Aku hanya mampu meraung kesedihan atas apa yang terjadi terhadap Abang Zam.
Akhirnya aku dibawa oleh Sya dengan menggunakan kerusi roda untuk ke bilik Abang Zam. Aku tak mampu untuk menahan tangisan aku depan Sya. “kak, bawa bertenang ya kak? Jangan macam ni. Nanti akak pula yang sakit teruk. Tolong ya?” “abang, maafkan Sara, bang. Abang tak patut kena. Abang, Sara sayang sangat dekat Abang. Tolonglah sedar, bang.” Aku sangat sedih. Sedih melihhat Abang Zam yang terlantar di katil hospital. Agaknya inilah yang dirasakan oleh Abang Zam selama aku terlantar di katil ini. “Akak, akak jangan macam ni ya? Meh, Sya bawa akak pergi balik bilik ya? Abang Zam kena banyak rehat. Akak pun kena rehat juga. Nanti kalau akak yang sakit Abang Zam yang ada dia pula yang susah hati.” Aku hanya tertunduk di sisi katil Abang Zam. Warid yang berada diluar pun terkejut dengan tindakan aku. “sayang, angkat kepala akak tu.” Tegur Warid. “kenapa?” “angkat je.” “okay.” Perlahan- lahan kepala aku diangkat oleh Sya. Namun mata aku tertutup rapat. Nafas aku kian hilang. Warid terus bertindak untuk membawa aku ke bilik aku semula. Dia melakukan CPR terhadap aku. Berkali- kali diulang. Akhirnya aku masuk semula ke dewan bedah.
Hari nampak lebih mendung. Suasana yang sayu menunjukkan perasaan yang bercampur baur pada hari itu. Bacaan ayat- ayat dari kitab suci al-Quran dilaungkan. Setiap ruang didalam rumah dipenuhi dengan orang- orang yang membacakan Surah Yasiin. Hari ini merupakan pemergian seorang insan yang sangat disayangi oleh kami. Allah lebih menyayanginya dan membawanya pergi dari kami. “Warid, Sya mana?” “dia ada dalam bilik. Nampaknya dia masih terkesan atas kehilangan dia. Lagipun dia mengandung. Bukan senang nak menerima hakikat.” “baiklah. Abang ingat nak biarkan dia dengan anak- anak aku. Kesian diorang. Diorang pun merasa juga kehilangan juga.” “yalah. Aku pun tak sangka juga dalam masa terdekat macam ni.” “okaylah. Aku nak gerak dulu. Nak pergi hospital. Kau jagakan diorang ya. Jagakan mak sekali. “ya. Betullah. Hati- hati je Zam.”

Bidadari 'NERD' dari SyurgaWhere stories live. Discover now