“kenapa awak serang, Amy tadi?!” “awak tanya saya kenapa? Dah jelas gambar tu macam tu awak boleh tanya saya kenapa?” “yang pasti…” “yang pasti apa! Kenapa tak bawa jadi bini? Saya belum mati lagi awak dah booeh bersuka ria dengan perempuan lain? Lelaki jenis apa awak ni?” “Sara! Saya langsung tak tahu dan langsung tak pernah sentuh pun Amy tu! Kenapa awak taknak percaya suami awak ni?” “baik awak tanya diri awak tu sebelum tanya saya.” Aku terus berlalu dan pergi ke artroom. Tempat tu je yang aku boleh bersendirian. Sebenarnya artroom tu dekat rooftop. Jadi bolehlah aku bersendirian dalam bilit tu. Aku cuba untuk menenangkan diri aku lepas apa yang telah berlaku. Pintu diketuk beberapa kali. Diselang dengan panggilan nama aku. “Sara, Sara! Awak tak boleh macam ni. Awak kena juga keluar. Awqk belum makan ubat tu. Janganlah macam ni. Keluarlah.” Aku tidak menyahut panggilan yang diulang dengan ayat yang sama. Berulang dah macam mesin! Aku terus duduk mendiamkan diri tanpa membuat apa- apa. Aku masih memikirkan macam mana suami aku sendiri boleh berfikir macam tu. Segala benda atau perkara yang lain aku ketepikan. Tak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah. Aku memang tidak menyangka yang perkara sebegini akan berlaku.
Berulang kali aku terdengar rayuan dari luar pintu merayu supaya aku keluar. Rimas pun ada. Semakin lama semakin kabur penglihatan. Kepala semakin berar dan sakit. Akhirnya aku rebah. Seorang. Lima minit kemudian Abang Zam, Sya dan Warid masuk dengan membuka kunci pintu menggunakan kunci pendua. “Ya Allah, Sara!” “Akak!” Abang Zam memusingkan badanku dan cuba untuk menyedarkan aku. “Zam, biar aku periksa.” Abang zam terus membuka laluan untuk Warid mendekati aku. “Sara, Sara, Sara boleh dengar tak?” Warid memanggil namaku sambil menepuk- nepuk bahuku dengan lembut. Dia membuka mataku dan menyuluh dengan lampu kecilnya. “Nampaknya Sara memang tak sedar. Rasanya kita memang perlu hantar dia ke hospital untuk rawatan lanjut.” Tanpa membuang masa lagi Abang Zam terus mengangkat aku dan membawa aku ke kereta.dia memecut kereta dan berusaha sebaik mungkin agar aku selamat dan dapat meneruskan kehidupan aku. Sampai sahaja aku di hospital aku terus sahaja diberi rawatan seterusnya.
Sudah masuk tiga hari aku ditahan wad dan aku dijaga sepenuh masa. Aku tidak disuruh untuk keluar daripada hospital takut perkara yang sama berlaku lagi. Sya berulang kali menjenguk aku di hospital. Dia selalu datang bersama anaknya, Syah. “Akak macam mana hari ni? Dah okay tak?” “alhamdulillah akak dah okay sikit. Eh, aku nak tanya ni.” “tanya apa?” “err. Takpalah.” “kau suka kan buat aku tunggu. Buat aku tertanya- tanya macam ni. Akak tak pernah berubah tau.” “macam kau. Suka nak usik orang. Hahaha.” Teenna dengan Emma mungkin takkan menjenguk buat masa ni. Tu pun sebab akuu masih lagi hilang ingatan. Ada beberapa perkara atau orang aku lupa. Masa tu aku masih tak ingat apa yang berlaku sebelum tu. Sedar je aku aku dah terlantar atas katil hospital. Sya pun selalu juga bertanya kalau- kalau aku ingat apa- apa. “Kak, akak kenal budak ni?” Sya menunjukkan gambar dua orang budak yang serupa. Kembar. “eh, ni gambar kita la.” Sya memandang aku seperti ingin bertanya berpuluh ribu soalan. “Ah, yalah. Kitalah ni. Akak tahu bila kita bergambar ni?” “erm. Agaknya masa umur enam tahun kot. Kenapa?” “hmm. Akak. Nilah anak akak. Yang ni Lisaa, ni pulak Nishaa. Kejap lagi diorang sampai. Dengan Abang Zam.” “Abang Zam? Tu siapa pula?” “suami Akak.” “dah sejak bila pula aku kahwin? Ada anak lagi. Bila eh?” “tujuh tahun yang lepas.” “eh, Abang zam dah sampai. Takpalah. Sya keluar dulu ya?” “yalah. Terima kasih ya, Sya.” “sama- sama. Bawa bincang baik- baik ya?” “minta tolong bawa Lisaa dengan nishaa keluar dulu.” “yalah. Meh sini korang berdua. Kita pergi beli aiskrim jum!” Sya pun membawa keluar dua orang anak itu.
“Awak tak ingat saya?” “tak.” “okay. Awak kenal tak dua orang budak tu tadi?” “kenal.” “kenapa awak kenal mereka tapi tak kenal saya?” “Syasya baru bagitahu. Dia tunjuk gambar. Tapi saya tak tahu yang mana satu.” Abang Zam terus keluar tanpa berkata apa- apa tentangnya. Aku melihat keluar tingkap berdekatan dengan Abang Zam dia sedang berjumpa dengan seorang doktor. Aku pun cuba untuk mendengar perbualan mereka melalui sebalik pintu. “habis tu, apa aku nak buat ni, Warid? Biar je dia macam tu?” “mungkin akan ada satu masa nanti dia akan ingat. Harap kau bersabar je. Nanti aku akan usahakan dengan doktor yang lain cari cara untuk selamatkan Sara.” “tapi, berapa lama lagi tempoh yang dia ada?” “aku tak boleh jamin tempoh yang dia ada. Tapi buat masa sekarang mungkin tak lama lagi. Mungkin juga dia akan bertahan dengan ubat- ubatan yang aku bagi kat dia. Asalkan dia ikit apa yang aku cakap.” “baiklah. Terima kasih , Warid.” “sama- sama.” Aku terdiam dan tak mampu untuk berbuat apa- apa. Tempoh yang aku ada mungkin tak lama? Apa maksud dia? Aku cuba mengingat perkara yang sepatutnya aku ingat.
Beberapa hari kemudian, aku dibenarkan untuk keluar dari hospital selama beberapa hari. Masa tu aku dah ingat apa yang berlaku sepanjang masa sebelum aku pengsan. Akhirnya aku tahu kenapa Abang Zam betul- betul rasa bersalah ketika dia menjaga aku semasa aku hilang ingatan. Itu pun Abang Zam masih tak tahu lagi aku dah ingat. Yang tahu Cuma Sya seorang je. Aku nak tengok tindakan dia sepanjang masa. Aku nak bukti yang aku boleh tengok sendiri atas apa yang berlaku. Mesej misteri tersebut kerap masuk ke whatsappku. Semua aktiviti Abang Zam telah dihantar melalui mesej tersebut. Nampaknya ia salah satu sumber yang aku boleh dapat. Tapi kesemua sumber menunjukkan perkara yang tidak menyenangkan. Aku sendiri pun tertanya juga adakah perkara ni sebenarnya tertanya juga. Dia nak apa sebenarnya sampai dia boleh hantar semua benda ni kat aku? Aku merahsiakan perkara ini supaya takda perbalahan yang berlaku. Mungkin? Aku cuba untuk menyimpan rahsia selama mana yang aku mampu.
YOU ARE READING
Bidadari 'NERD' dari Syurga
Romance[COMPLETED] Sheryl Zarith Maisara merupakan seorang wanita yang 'nerd' yang telah jatuh cinta dengan seorang jejaka yang telah mencuri hatinya. Tanpa dia sedari jejaka tersebut juga telah jatuh cinta kepadanya. Tapi mereka melanjutkan kisah cinta me...