☆彡 Third Person's POV
Soonyoung atau lebih dikenali sebagai Hoshi,langsung tak mempercayai 'benda' yang berada di rumah itu. Dia seorang yang ceria,tak mudah takut. Suatu hari,mereka semua bermain di luar rumah. Berdekatan dengan kolam renang dan taman.
"Aku kira sampai 17 ok? gi menyorok cepat" kata si maknae itu. Mereka bermain sorok2. Disebabkan over happy,mereka lupa apa yang ada kait dengan dorm mereka. Hanya Soonyoung,Mingyu,Chan,Jun dan Minghao saja yang bermain while yang lain berada di dalam rumah.
☆彡 Joshua's POV
Aku dan Jeonghan berada di bilik practice. Aku teringat dengan apa yang aku nampak pada first day kami kat dorm baru itu. Aku mengendahkan perasaan itu dan sambung bermain dengan guitar ku.
"Josh,agak2 apa tarian baru kita untuk comeback ni? Harap tak susah" kata Jeonghan. Aku tersenyum. Dia je yang taknak choreo yang susah2. Makin lama,makin ramai member kami masuk ke dalam bilik practice itu kecuali yang bermain di luar.
Piano dimainkan oleh Jihoon. Bunyinya amat menenangkan tapi ada sesuatu yang mengganggu. Bunyi kotak music.
"Korang dengar tak bunyi tu?" tegurku. Semua mereka mengangguk kepala. Aku cuba petik guitar dengan kuat supaya kami semua tidak mendengar bunyi kotak music itu lagi namun tak berhasil. Malah bunyi kotak music tu yang makin kuat.
"Seungcheol,Wonu,Jihoon, korang tiga check kat kawasan sana. Seokmin,Vernon dan Seungkwan sana. Aku dan Jeonghan sini" arahku kepada mereka. Mereka semua bergerak.
Selepas beberapa minit,
"Hyung,Won jumpa" kata Wonwoo sambil menunjuk sebuah kotak yang mirip kotak music. Kami semua berkumpul ditengah2.
"Siapa berani buka?" tanya Wonwoo kepada kami semua. Seungcheol mengangkat tangannya. Baru sahaja dia nak buka kotak tersebut,tiba2 Jun datang.
"Hyung!!" semua kami terkejut dengan suaranya. Dia nampak cemas.
"Soonyoung..Soon...Hi-hilang" semua kami berdiri setelah mendengarnya. Aku mengambil keputusan untuk bertanya nya sesuatu.
"Macam mana dia boleh hilang? Kalau dia sorok pun mesti dia tahu jalan balik ke rumah kan?" tanyaku kepada Jun.
"Kemungkinan dia menyorok di hutan belakang. Dia tu bukan jenis yang suka kalah hyung" tercungap2 Jun bercakap kerana letih berlari. Aku menoleh belakang. Kotak music tu hilang juga.
"guys,kotak music tu mana?" tanyaku kepada diorang. Semua mereka mengangkat bahu. Aku mengabaikan kotak itu dan berlari ke tingkat bawah. Mingyu,Chan dan Minghao duduk di sofa dengan perasaan yang risau.
"Soonyoung.." kataku dengan nada yang perlahan. Aku pergi ke taman dan mencari2nya.
"SOONYOUNG-AH" jeritku. Tak ada satu pun respon. Hari semakin gelap. Susuk tubuh Soonyoung belum dijumpai. Kami semua berkumpul di ruang makan. Manager kami berjalan ke hulur-hilir memikir tentang Soonyoung. Mana Soonyoung?
☆彡 Sambung ☆彡
☆彡 Vote
☆彡 Comment
☆彡 Chapter ni pendek je, dan maaf kalau bosan dan tak menyeramkan