FLASHBACK ☆彡 Soonyoung's POV
"Aku kira sampai 17 ok? gi menyorok cepat" kata Chan yang menutup matanya dan mula mengira. Aku tak nak kalah so,aku pergi ke hutan blakang dorm kami dan menyorok di situ. Takde sorang pun dapat cari aku.
Namun aku ternampak seorang gadis yang rupanya cantik dan menawan berdiri 5 meter depan aku. Baju nya berwarna putih yang rambut nya panjang tapi di tocang dua. Aku mendekati gadis tersebut.
"Awak buat apa kat hutan sorang2 ni? Perempuan tak baik berada di hutan. Bagus awak balik" kataku kepada gadis itu. Dia tidak menjawab sepatah perkataan pun. Tiba2 baju gadis itu yang putih dan bersih bertukar menjadi baju yang lusuh dan dipenuhi dengan darah bahkan koyak rabak di bahagian hujungnya. Aku terpandang wajahnya. Last benda aku ingat adalah muka gadis itu cantik,pucat dan senyum kearah ku namun bertukar menjadi muka yang penuh dengan darah dan terdapat luka di sana sini. Begitu menyeramkan. Disebabkan itu,aku pengsan dan tak ingat apa yang berlaku selepas itu. Ni ke akibat aku tak percayakan hantu?
END FLASHBACK ☆彡 Jun's POV
Soonyoung. Soonyoung. Soonyoung. Mana dia?! Hati aku tak tenang fikir pasal dia je.
"Jun,dahlah tu. Makan ni nanti kau sakit plak" ajak Jeonghan-hyung. Aku takde selera nak makan. Aku menggeleng kepala.
"Jun,makanlah" aku mengabaikan suara2 yang mengangguku. Soonyoung-ah,mana kau?
☆彡 Soonyoung's POV
Aku tersedar. Tapi aku tak tahu aku kat mana. Bunian sorok aku maybe?
"WOII,LEPASKANLAH AKU NI. TAULAH AKU NI HENSEM SAMPAI BUNIAN PUN NAK SOROKKAN AKU. SASAENG KE???" jeritku. Tempat tu gelap. Takde satu cahaya pun terlihat. Aku cuba memandang sekeliling.
kreeekkkk
Bunyi pintu dibuka. Yes ada cahaya! Tapi kenapa takde orang yang masuk?
"Kalau kau sasaeng pun,lepaskanlah aku. Kau nak tengok comeback SEVENTEEN tanpa aku?" kataku. Memang takde satu pun respon. Tanpa aku sedar,aku bukannya diikat pun. So,aku bukan kena culik. Aku bangun dan pergi keluar dari tempat misteri tu.
"SOONYOUNG-AH!!" siapa panggil aku? Aku belum mati lagi,rileks. Aku berjalan ke arah suara itu. Berlari,bagus lagi.
☆彡 Jun's POV
"SOONYOUNG-AH!!" jeritku. Aku ternampak susuk tubuh yang amat aku kenali. Soonyoung! Dia berlari kearah aku. Tapi,aku ternampak benda lain. Yang bergayut antara dua pokok itu.
"SOONYOUNG-AH,CEPAT SIKIT WEYHHH!!" jeritku lagi. Pergerakkannya semakin laju. 'Benda' yang bergayut itu menghadap depan,bukan menghadap aku. Setelah sampai Soonyoung,'benda' itu memusing kepalanya. Aku menjerit dan membawa Soonyoung masuk ke dalam rumah.
"Hyung,Soon-soonyoung" kataku tercungap2. Semua mereka berlari kearah kami berdua. Terdapat kesan cakar di lengan Soonyoung.
"Yah bodoh! Siapa suruh sorok kat hutan,ni padah dia" kata Jeonghan dengan sedikit marah. Soonyoung,masa ni boleh lagi dia senyum. Jeonghan dan Minghao membawa nya ke bilik milik kami. Maybe untuk pulihkan luka nya.
☆彡 Sambung ☆彡
☆彡 Vote
☆彡 Comment
☆彡 Maaf kalau bosan dan tak menyeramkan
☆彡 Ada ke'tak logik'an dalam chapter ni