Bab 8🍂

40.6K 721 10
                                    

Faris POV's

Bunyi kaca mengejutkan aku. Apa lagi perempuan ni buat",getus hatiku geram.

"Hoi perempuan, bunyi apa tu? Kau memang tak reti nak buat kerja elok-elok ke? Semua benda kau mak musnahkan. Aku tambah lagi bayaran kau nak?",aku meninggikan suara aku.

Aku pelik kerana tiada jawapan dari Bella. Selalunya ada je dia cepat-cepat kalau aku bersuara. Aku panggil sekali lagi. "Hoi perempuan!! Kau pekak ke apa? Orang panggil jawablah. Namun tiada sebarang respon atau jawapan. Tiba-tiba Isha datang berlari-lari anak menuju ke arahku. Mukanya kelihatan seperti sukar untuk ditafsirkan.

"Uncle Faris kenapa akak Bella tidur kat lantai dapur?",suara Bella mengejutkan aku.

"Hah?",aku tersentak seketika.
Aku bingkas bangun lalu menuju ke dapur. Sekujur tubuh sedang terbaring kaku di atas lantai.
Aku menggerakkan badannya namun tiada respon dari dia.

Aku menggerakkan dengan lebih kuat lagi namun masih lagi tiada respon dari dia. Aku segera mengangkat badannya lalu membaringkannya di sofa. Aku segera menelefon doktor Sofie untuk datang.

20 minit kemudian, Dr.Sofie pun tiba di rumah. Dia memeriksa nadi dan keadaan Bella. Muka Bella kelihatam amat pucat sekali. Perlahan-lahan Bella membuka mata. Pandangannya masih kelihatan samar-samar. Dia menoleh kiri dan kanan, setelah itu dia bingkas duduk namun Dr.Sofie menahannya.

"Kat mana ni?",dia menyoal Dr.Sofie.

"Tenang cik, ni kat rumah je ni. Dr.Sofie memberikan senyuman kepada Bella. Bella membalas senyuman itu. Senyuman yang sangat manis pada pandangan aku.

"Kenapa saya berbaring kat atas sofa ni?",soalnya.

"Jangan banyak fikir, dengar je apa Dr.Sofie cakap",sampukku

"Berdasarkan pemeriksaan saya, cik sebenarnya tak cukup tidur dan terlalu penat. Untuk seminggu ni, cik kena berehat, jangan penat sangat. Otak dan badan perlu berehat barulah kita bertenaga",pesan Dr.Sofie kepada Bella. Ubat ni, jangan lupa makan tau",pesannya lagi.

Bella hanya mengangguk lemah. Muka pucatnya menghurung rasa bersalah aku.

Aku menelan air liur. Perasaan bersalah muncul dalam diri. Adakah dia terlalu penat disebabkan harga untuk setiap kerja yang aku letakkan tidak berpatutan?",aku berfikir sejenak.

Bella kemudian bangun lalu menuju ke dalam bilik.

"Saya nak berehat kejap,nanti saya sambung buat kerja, tuan jangan risau, saya tak pernah lupa hutang saya",dia bercakap tanpa memandang muka aku.

"Hmm",balasku ringkas.
_________________

Bella POV's

Aku perlahan-lahan membuka mata, kepala aku terasa sangat sakit dan berdenyut-denyut. Waktu telah menunjukkan pukul 5 petang. Aku terkejut. "Alamak mesti Encik Faris marah aku ni",getusku dalam hati.

"Aku kena bersihkan rumah, aku belum lap cermin lagi hari ni. Berbekalkan kepala yang sakit, aku gagahkan diri untuk menuju ke bilik air. Aku ingin mengelap cermin di bahagian hadapan.

Aku mengangkat baldi yang berisi air yang dicampurkan sedikit sabun di dalamnya. Di ruang tamu kelihatan Encik Faris sedang tajam merenung aku. Aku tunduk takut. Kemudian barulah aku berani bersuara.

"Saya minta maaf, tuan, saya tak sengaja tidur lama sangat",aku tidak berani memandangnya. Suaraku masih tergugup-gugup.

"Siapa suruh kau buat kerja ni? kau ni tak reti bahasa Melayu ke? Dr.Sofie cakap apa tadi? Kau dah lupa ke? Dia suruh kau berehat seminggu kan",tengkingnya.

Mr.Ego & Miss Penggoda ✔Where stories live. Discover now