Aku tersentap dengan kenyataan yang baru dari keluar mulut Faris. Hati siapa tidak terluka apabila suami sendiri tidak mengakui zuriatnya sendiri.
Air mataku mengalir deras. Hatiku teramat sakit.
"Sampai hati abang tak mengaku zuriat abang sendiri",hanya itu yang mampu terucap di bibirku pada ketika ini. Perasaan luka di hati mula menguasai diri.
"Hei, hei, dengar sini Bella Adriana... Anak dalam kandungan kau tu bukan anak aku. Aku ulang sekali lagi, BUKAN ANAK AKU !!! Kau saja cakap itu anak aku sebab kau nak cover malu kau tu kan? Supaya anak haram ni aku tanggung kan?",tengking Faris perlahan kerana takut didengari oleh orang lain.
"Sumpah abang, sayang tak tipu, anak dalam kandungan ni anak abang, hasil benih abang sendiri!! Tolonglah percaya",aku merayu sambil memegang lengannya yang sasa itu.
"Lepaskan tangan aku lah, aku jijik kau !! Jangan sesekali sentuh aku lagi!! ", Faris menarik tangannya dengan kasar.
Dia lantas meninggalkan aku sendirian di tempat itu. Aku menangis teresak-esak. Sungguh aku rindu pelukan suami aku pada saat ini. Tapi apakan daya, suami aku sangat membenci aku atas perbuatan yang aku tidak lakukan.
Layanan suami aku sangat meninggalkan luka yang amat dalam dan perit di dalam hati. Tapi aku tahu aku seorang wanita yang tabah. Aku tahu jugak, aku pasti boleh melalui semua ini.
Aku berbaring lalu memejamkan mata dan akhirnya aku terlelap dalam keadaan hati yang berduka.
..........................
Pejam celik pejam celik, usia kandunganku kini mencecah tiga bulan. Perutku mula memboyot. Aku mengusap perutku perlahan.
"Anak, walaupun ayah tak mengakui ini zuriat dia, tapi ibu yakin, suatu hari nanti kebenaran pasti terungkap",tanpa aku sedari , air mataku mengalir jatuh.Faris semakin lama, semakin membenci aku. Dia selalu balik lewat malam walaupun dia tidak bekerja. Dia selalu menengking aku walaupun kesalahan yang aku lakukan hanya kesalahan kecil.
Sejak kebelakangan ini, hati aku mudah sangat terusik. Aku menjadi seorang yang sangat mudah tersentuh.
Bukan itu sahaja, alahan terhadap bau badan Faris membuatkan aku berasa loya. Pernah sekali aku termuntah di atas tilam dan Faris menengking aku. Aku hanya mampu bersabar.
Petang itu, Faris tidak keluar. Dia hanya duduk di rumah sambil menonton televisyen. Aku menuju ke dapur untuk membancuh kopi kegemarannya walaupun aku tahu dia tidak akan minum. Aku tetap bersabar, aku yakin suatu hari nanti, hati batunya akan menjadi selembut sutera.
Sedang aku membancuh kopi, aku tetiba teringin nak makan ikan bakar. Air liurku tetap kecur walaupun aku dah lap berkali-kali.
"Sedapnya ikan bakar" aku berbicara sendirian. Aku menuju ke ruang tamu dan meletakkan air kopi di meja kecil. Aku mengambil tempat untuk duduk di tepinya. Bau badannya membuatkan aku ingin mengeluarkan segala isi perut aku.
"Werkkkk",muntah yang keluar mula membasahi seluar Faris. Mukanya bengis memandang aku. Satu renungan tajam diberikan kepadaku.
"Apa kau dah buat ni?",tengkingnya.
"Sayang minta maaf, sayang tak sengaja",suaraku terketar-ketar.
"Kalau kau marah aku, cakap dengan aku, tak payah nak muntah kat atas seluar aku pula"
"Sayang tak sengaja. Sayang tak tahan bau abang"
"Siallah. Woi, kalau kau tak tahan bau aku, kenapa kau duduk sebelah aku? Takde tempat lain ke nak duduk. Aku dah cakap, aku jijik dengan kau, kenapa kau berani lagi dekat aku? "

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Ego & Miss Penggoda ✔
RomanceT A M A T.. Satu tragedi hitam menimpa hidup Bella sehingga membuat dia menjadi seorang perempuan psiko. Adakah dia menjadi psiko disebabkan suaminya sendiri atau sebaliknya? "Diamlah betina sundal-Faris Izwan "Kau boleh hina aku ! Kau boleh caci...