Mataku terbuai melihat wajah itu. Oh my gosh ! PC aku ke ni. Rambutnya disikat kemas, wajahnya mempunyai rahang yang jelas. Orang kata lelaki yang memiliki rahang yang jelas adalah tergolong dalam lelaki yang macho. Aku menelan air liur.
Masuklah, yang awak menghayal tengok saya tu kenapa?," dia mematikan lamunanku. Suaranya, pergh husky ! So sexy.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku terpegun seketika. Mana taknya, baru duduk depan pintu dah terasa sejuknya.
Fuh, macam hotel 10 bintang. Aku merenung wajahnya sekali lagi. Aku tatap betul-betul. 10 saat kemudian aku tersentap kerana dia mengherdik aku.
"Hoi perempuan, kalau tenung apa tu?," suara husky itu mula meninggi.
Darah menyelirap naik ke muka. "Dasar ! Muka dah cukup pakej, tapi perangai macam apa je, suka hati nak herdik-herdik orang. Baru nak hayati keindahan ciptaan Tuhan di depan mata," omelku dalam hati.
Untuk masa sebulan ni, kau kena jadi slave aku. Kalau diikutkan tempoh sebulan tu tak cukup nak bayar harga kereta aku yang tercalar tu. Lain kali drive elok-elok, bukan suka hati nak langgar kereta orang. Faham tak," tengkingnya.
"What the heck ! Suka hati suruh orang jadi slave dia," bentakku menafikan apa yang baru didengar sebentar tadi.
"Apa dia? Ulang sekali lagi?,"soalnya sambil merenung tajam mukaku.
Aku gugup seketika. Suaraku tergagap-gagap
"Ergh..t...tak..d...de a...pe."
Hatiku mulai meronta-ronta ingin pulang ke rumah. Nak kena bagitahu mak dengan abah ni.
"Dan satu lagi, kalau perkara ni sampai ke pengetahuan parent's kau, kau siap !!
Mulut tu tak payah nak celopar sangatlah. Sikit-sikit nak report orang tua. Jangan jadi manja.""Kalau kau bagitahu juga, kau tunggulah nasib kau, aku ni bila-bila masa je boleh santau kau, kau ingat aku tak pandai ke santau orang, biar kau jadi bisu," tambahnya lagi. Dia tersenyum sinis memandang wajah pucatku.
Aku tersentak.
"Ui, macam mana dia tahu ni aku nak bagitahu parent's ni. Dia ada telepati ke sampai boleh baca fikiran orang ke." Hatiku mulai gusar.
"Santau? Cis, tak guna betul dia nak ugut-ugut aku macam tu sekali. Habislah kalau macam ni, apa aku nak cakap ni. Kepala ku ligat mencari idea." Aku bermonolong sendirian.
"Satu lagi, kau boleh angkut kain kau pergi rumah ni dan tinggal kat sini. Lepas ni tak payah lagi kau nak ulang-alik dari rumah kau. Jangan buang masa," ujarnya dengan muka yang sinis sekali.
"Kau pandai-pandailah nak cari alasan bagitahu parent's kau. Esok dah boleh mula kerja." Tambahnya lagi.
"Tapi...kita tinggal sebumbung kan? Tak takut ke kena tangkap basah nanti?," soalku risau.
"Pasal tu, aku jarang balik rumah, aku tidur hotel je. Tolonglah, aku ni masih waras, kalau ye pun kena tangkap basah, aku pastikan perempuan tu bukan kau," bentaknya.
Kau tu dah lah tak classy, not my taste la. Dasar kampungan !" Tambahnya lagi dengan nada dan senyuman mengejek.
Aku menelan air liur, hatiku panas membara. Suka hati je dia nak mengata aku, dia ingat dia tu siapa. Ini Bella lah !
"Wahai manusia yang berada di hadapan aku sekarang ni? Kau sedap mulut je kan nak mengata aku, kau tu tak berbudi bahasa langsung dekat orang! Apa punya lelaki kau ni," suaraku meninggi. Aku mengetap gigi menahan amarah.
"Kau diamlah perempuan! Kau nak aku santau kau betul-betul, biar kau jadi bisu? Nak? ,"suaranya meninggi disusuli dengan nada ugutan.
"Lebih baik kau balik sekarang, packing barang-barang kau. Esok dah boleh datang kerja sebagai slave aku," dia ketawa berdekah-dekah.
Dah macam ahli sihir aku tengok dia tu. Aku melangkh longlai menuju ke kereta Viva aku yang kelihatan begitu usang. Mataku cuba menahan empangan dari pecah namun gagal. Tubuhku menggeletar. Perasaan bercampur-baur.
"Cis, mula-mula baik je aku tengok , cakap pun lembut, aku ingat aku dah jumpa Prince Charming aku, tapi aku salah."
"Dia tu macam ada ciri-ciri lelaki dayus je aku tengok. Oh no ! Terlupa pulak mak nak jodohkan aku dengan someone, buat apa pula aku fikir dekat lelaki tak berbudi bahasa tu. Buang masa aku je." Aku bermonolog sendirian
Setibanya di rumah, mak menegur aku dari jauh.
"Dari mana tu? Mak call tak jawab," suara mak yang nyaring itu kedengaran dari jauh.
"Bella cari kerja tadi, yelah musim cuti ni bosan asyik terperap kat rumah, bagus cari kerja dapat jugak duit poket,". Perasaan bersalah mula menyelubungi diri kerana menipu mak. Aku terpaksa, aku taknak kena santau oleh mamat tak berbudi bahasa tu.
"Dah dapat belum kerja?",soal mak.
"Dah, dah dapat dah. Malam ni nak packing barang, esok dah boleh mula kerja," balasku
"Alhamdulillah nak. Kerja apa?," soal mak lagi
Aku terdiam mencari idea.
"Apa aku nak cakap ni. Ding ! Idea muncul. Bella jadi babysitter je mak," jawabku selamba.
"Babysitter? Seriuslah? Berapa umur anak dia? Comel tak?," soal mak bertalu-talu.
"Ye mak babysitter, takpelah janji kerja halal. Wuih gila tak comel, comel sangat mak, umur dia 5 tahun," aku menjawab. Aduhai, susah hati pulak tipu mak balik-balik ni.
"Bella naik atas dulu ya mak, nak mandi, solat semua. Lepas ni nak packing barang."
Mak hanya mengangguk perlahan.
Semasa menaiki anak tangga, aku tergelak kecil sambil bermonolog sendirian.
"Choiii, aku ni jadi mansitter ni bukan babysitter. Comel tu betullah, tapi perangai dia tu tak boleh blah," aku mengeluh mengenangkan peristiwa tadi.
Kepalaku sibuk berfikir kemungkinan yang akan berlaku sebagai slave mamat tak berbudi bahasa tu. Arghh ! Runsing.
Continue...
Ni jer untuk chapter ni..jgn lupa vote ye ..muah..syg korg...
YOU ARE READING
Mr.Ego & Miss Penggoda ✔
RomanceT A M A T.. Satu tragedi hitam menimpa hidup Bella sehingga membuat dia menjadi seorang perempuan psiko. Adakah dia menjadi psiko disebabkan suaminya sendiri atau sebaliknya? "Diamlah betina sundal-Faris Izwan "Kau boleh hina aku ! Kau boleh caci...