Riana bersiul-siul keluar dari tandas. Dia berasa gembira kerana berjaya memperlakukan Bella seperti orang gaji.
"Bella tu pun satu, bodoh betul. Dia ingat dia baik dengan aku, aku akan baik dengan dia lah. Sorry to say. Faris is mine. Eh silap, harta Faris is mine",bisik Riana dalam hati sambil tersenyum jahat.
"Bella!!!! ",panggil Riana
Tiada jawapan daripada Bella. Dia memanggil sekali lagi namun masih juga tiada jawapan.
"Bella, kau pekak ke? ",Riana sudah naik angin menuju ke dalam bilik Bella namun kosong.
Dia mencari sekeliling rumah namun masih juga tidak ditemui. Shafiq juga telah dibawa bersama.
"Mana pulak perempuan ni bawak anak aku? ",getus Riana geram.Dia kemudian memakai baju lalu duduk di ruang tamu. Terbit juga rasa risau di dalam hati kerana kelibat mereka masih belum kelihatan.
Sejam kemudian mereka masih belum balik. Riana cuba menghubungi Bella namun gagal.Dia berasa panik. Dia masuk ke dalam bilik lalu membuka almari pakaian. Separuh pakaian Shafiq telah tiada. Dia kemudian membuka almari pakaian Bella, pakaian Bella juga separuh dibawa pergi.
Riana terduduk di atas lantai sambil mengalirkan air mata.
"Mana anak aku? Dia aspek penting untuk aku singkoirkan Bella"Riana lantas menelefon Faris. Dia menceritakan perkara yang sebenar. Setengah jam kemudian, Faris pun tiba di rumah. Muka dia kelihatan risau.
"Masih belum terlambat, Bella mesti masih berada area sini",Faris cuba menenangkan Riana.
"Perempuan tu culik anak kita bang",Riana menangis teresak-esakLakonannya berjaya mmenipu Faris yang memang bodoh tu.
"Ya dia culik anak kita, jom kita cari diorang sampai jumpa",kata Faris pula. Perempuan tu memang nak kena. Dia begitu risau sekali. Dia lebih risaukan Shafiq berbanding isterinya.
.......
Bella menjaga Shafiq dengan baik sekali. Dia membelikan Faris susu dan banyak lagi barangan bayi. Bukan dia tidak berperikemanusiaan untuk sengaja memisahkan Shafiq daripada ibunya, tapi dia berjanji dengan dirinya yang dia akan kembali semula setelah semua urusan selesai.
Shafiq menangis merindukan belaian ibunya. Bella membelai Shafiq dengan penuh kasih sayang. Dia mengelus pipi Shafiq dengan lembut. Dia mengucup pipi Shafiq dengan lembut. Tanpa dia sedari air matanya perlahan-lahan membasahi pipi.
"Nak, ibu tahu syurga itu pasti milikmu nak. Ibu rindu sangat dengan kamu. Sungguh peritnya hati ibu apabila ibu tahu yang ibu tidak dapat mendengar tangisan kamu lagi, ibu tidak dapat mengelus pipimu, ibu tidak dapat menukarkan lampin kamu, ibu tidak dapat menyusukan kamu seperti ibu-ibu yamg lain",Bella menangis teresak-esak .
"Ibu rindu kamu nak",Bella terus memeluk Shafiq dengan erat untuk melepaskan rindunya terhadap anaknya.
Shafiq seolah-olah faham dengan situasi tersebut berhenti menangis dan tiba-tiba tersenyum memandang Bella. Tambahlah sebak hati Bella.
"Shafiq sayanh, nanti kamu akan kembali dengan ayah kandung kamu, sebab Faris bukan ayah kandung kamu"
Bella menidurkan Shafiq dengan penuh kasih sayang. Dia menyusukan Shafiq dengan susu botol yang dibelinya. Shafiq minum dengan penuh kehausan. Sekejap je dah habis.
"Comelnya Shafiq ni, harap-harap besar nanti tak ikut perangai mak kamu yer"
........
Faris dan Riana seperti orang gila di rumah. Riana meraung-raung menginginkan Shafiq kembali ke pangkuannya.
YOU ARE READING
Mr.Ego & Miss Penggoda ✔
RomanceT A M A T.. Satu tragedi hitam menimpa hidup Bella sehingga membuat dia menjadi seorang perempuan psiko. Adakah dia menjadi psiko disebabkan suaminya sendiri atau sebaliknya? "Diamlah betina sundal-Faris Izwan "Kau boleh hina aku ! Kau boleh caci...