Bella menuju ke dalam tandas. Perutnya terasa pedih.
"Gastrik kot",bisik Bella sendirian."Bella!!! ",laung Faris dari dapur dengan suara lantang.
Aku terkejut lantas menuju ke dapur, aku takut dia jadi singa lagi kalau aku lambat.
"Ye abang?? ",aku menapak ke arahnya. Aku memandang mukanya yang bengis itu.
"Kau apasal lembab sangat ni? Kau dari mana?kau pekak ke? Aku dok panggil ,kau lambat je datang"
"Bella mintak maaf, Bella kat toilet tadi, kenapa abang? "
"Mak dengan abah tengah dalam perjalanan ke sini. Aku nak kau siapkan makanan untuk makan tengahari. Cepat sikit!!! "
"Ya abang".
Sejak kejadian hari tu, aku dah nekad berhenti kerja. Aku taknak suami aku terus memerus menuduh aku mempunyai hubungan dengan Adam. Jadi aku kat rumah je setiap hari hanya Faris sahaja yang bekerja. Walaupun begitu, layanan dia terhadap aku tidak pernah berubah. Kasar , kasar dan tetap kasar.
Hari ni Faris tak kerja. Dia ambil cuti entah cuti apa. Mentang-mentang dia bos, dia boleh cuti sesuka hatilah. Ciss!
Tekakku terasa loya. Aku segera berlari ke tandas lalu mengeluarkan segala isi perut aku. Barulah aku terasa lega. Kemudian aku menyambung semula kerja-kerja aku. Aku memotong sayur, kupas bawang dan seangkatan dengannya. Hari ini aku menyediakan hidangan istimewa sebab parent's dan mentua aku datang hari ni.
Aku rindu kat diorang. Kalaulah diorang tahu masalah yang menimpa rumah tangga kami sekarang ni, confirm abah lebih cekap menyiasat perkara sebenar. Tapi aku mengambil keputusan untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan diorang. Aku taknak diorang risau.
Aku memasak honey chicken, lamb curry, salad sayur, sambal terung dan makaroni sebagai pencuci mulut. Hampir dua jam aku berdiri kat dapur ni, nak patah rasanya pinggang aku. Aku tak pernah rasa sepenat ini ketika aku memasak kat dapur sebab aku suka masak. Tapi hari ni aku rasa penat dan mengantuk sangat.
"Sedap siot kalau aku landing kat tilam sekarang ni",aku berbicara sendirian.
Tapi aku gagahkan diri juga untuk mengemas rumah dan sebagainya. Kan aku nak jadi isteri mithali.
Sejam kemudian, mereka pun tiba di rumah. Aku nampak mak semakin berseri-seri kulit dia. Muka mak makin flawless dan glowing gitu. Abah pulak still sama macam dulu segak bergaya. Adalah jugaklah sehelai dua helai misai dia yang berwarna putih tumbuh dan terselit di antara misai-misai yang berwarna hitam. Ceh sempat lagi aku tilik misai abah.
Mak mentua aku pulak, aku tengok dah macam diva gojes. Bapa mentua aku pulak makin panjang jambang dia. Boleh rebonding da kot. Aku menyalami tangan mereka dan menghadiahi mereka senyuman yang manis.
Kemudian aku memeluk mak mentua aku dengan erat.
"Makin cantik menantu mama sorang ni",puji Puan Syarifah"Thanks ma, mama pun apa kurangnya, makin meletop Bella tengok",aku membalas pujiannya.
"Amboi, balas balik ye? Ikhlas ke tu dear? "
"Ikhlaslah ma"
"Yelaaa",kami tergelak bersama-sama.
Kemudian aku memeluk mak. Aku memeluk mak dengan lama. Aku rindu sangat dengan mak. Dialah pendengar setia aku bila aku ada masalah, dia juga selalu memberi aku sokongan ketika aku jatuh, dia selalu ada di samping aku ketika aku memerlukan bahu untuk menangis.
Tidak lama kemudian,
Faris keluar dengan senyuman yang amat manis di bibirnya. Tadi dia kat toilet membuat saham besar. Sungguh aku rindu dengan senyuman itu, dah lama tak nampak senyuman dia.
Mataku berkaca, tapi aku tahan, aku taknak air mata aku jatuh. Aku pura-pura menggosok mata aku. Nak coverline lah konon.Kami berbual mesra di ruang tamu. Kami masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing masa zaman kanak-kanak. Aku sebenarnya masih lagi sedih dengan keadaan rumah tangga aku. Tapi aku kuatkan diri jugak untuk berlagak gembira di hadapan diorang tapi sebenarnya dalam hati hanya Tuhan sahaja tahu betapa peritnya aku rasa. Aku kehilangan kasih sayang daripada suami aku sendiri. Tanpa aku sedari ,air mata aku menitis.
"Bella sayang, kenapa nangis ni?",soal Puan Syarifah yang selalu prihatin terhadapku. Faris hanya memerhati aku dari jauh dengan pandangan tajam.
"Takde apalah ma, Bella happy sangat hari ni kita dapat berjumpa sesama sendiri. Yelah mama asyik nak travel",aku cuba menutupi perasaan hiba yang mula menguasai diri.
"Dah dah, lap air mata tu",mak pulak bersuara.
"Eh, dah tiba kita nak makan tengahari ni, hari ni Bella masak special tau",aku bersuara untuk mengubah situasi yang renggang seketika.
"Wah, untunglah suami kamu tu dapat isteri yang pandai masak",bapa mentua aku yang banyak diam kini telah bersuara.
"Tulah pasal Ashraf, pastu bilalah diorang nak bagi kita timang cucu ni, nak masuk dua bulan dah ni, takkan mesin rosak kot",abah mengusik nakal.
Mukaku memanas. "ke situ pulak abah ni",getusku geram tapi aku masih mengukirkan senyuman.
Faris hanya diam membatu. Geram aku tengok. Dulu bukan main bersemangat lagi dia bila bab-bab ni. Mungkin dia masih salah faham dengan aku. Tapi tulah masalah dia, dia ni susah nak bawak bincang, macam mana nak settle.
Aku menyediakan hidangan di atas meja. Mereka kelihatan berselera sekali melihat masakan aku kecuali Faris. Sebenarnya Faris merupakan seorang penggemar masakan aku, tapi disebabkan egonya yang tinggi melangit tu, semua jadi benci.
Aku mengambil tempat di sebelah Faris. Dia berlakon sweet depan diorang siap tolong suapkan makanan lagi kat dalam mulut aku. Walaupun itu semua lakonan dia, sumpah aku sangat bahagia ketika itu. Sedang aku menikmati makanan, pandangan aku menjadi kabur dan menjadi gelap.
................Bau ubat-ubatan mula menyengat hidung aku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku melihat wajah mereka satu per satu. Ya, tu muka yang last aku tengok tadi sebelum aku berada kat sini.
"Bella kat mana ni? ",aku menyoal mereka walaupun aku tahu aku berada kat hospital. Soalan bangang abadi.
"Bella kat hospital", balas abah sambil tersenyum.
"Bella sakit apa? Kenapa abah senyum-senyum macam tu? ",soalku pelik.
"Tercapai jugak hasrat abah nak timang cucu. Congratulation sayang, you're going to be mom. Tapi, doktor cakap Bella perlu banyak berehat dan memerlukan tidur yang cukup.
Aku mengangguk faham. "macam mana aku nak tidur nyenyak kalau malam aku sentiasa ditemani oleh air mata dan bukannya pelukan hangat suami aku",hatiku berbicara sendirian.
Aku melihat wajah mereka semua gembira. Kecuali manusia seorang tu. Serius dan bengis. Siapa lagi kalau bukan Faris.
"Tahniah Faris, awak akan jadi ayah tak lama lagi",mak memuji Faris. Faris hanya tersenyum tawar.
"Terima kasih",balasnya seperti acuh tak acuh
"So, kitorang taknak ganggu korang kat dalam ni, kitorang nak keluar kejap, jadi korang berdua bolehlah berkongsi detik kebahagiaan ini bersama-sama",abah selaku wakil mereka semua meminta diri untuk beredar meninggalkan tempat itu.
Aku hanya mengangguk lemah. Aku menitiskan air mata. Air mata kebahagiaan. Tak sangka aku ada zuriat hasil benih cinta aku dengan Faris. Aku tersenyum bahagia. Aku tidak sabar untuk menimang cahaya mata yang pertam.
"Abang, kita dah ada anak abang , kalau lelaki mesti comel macam ayah dia, kalau perempuan mesti manis macam mak dia".,aku terseyum gembira sambil menantikan respon Faris.
"Sejak bila kita ada anak, tu bukan anak aku sebab aku tahu itu hasil benih kau pergi menyundal dengan jantan lain"
Continue...
Thanks reader MEMP..
Dont forget to Vomment ye.. Sis really appreciate it..
YOU ARE READING
Mr.Ego & Miss Penggoda ✔
RomanceT A M A T.. Satu tragedi hitam menimpa hidup Bella sehingga membuat dia menjadi seorang perempuan psiko. Adakah dia menjadi psiko disebabkan suaminya sendiri atau sebaliknya? "Diamlah betina sundal-Faris Izwan "Kau boleh hina aku ! Kau boleh caci...