Bab 12🍂

61.4K 649 13
                                    

Setibanya tempat yang dijanjikan. Aku duduk menunggu Lia di sebuah kafe Ria yang biasa kami kunjungi. Beberapa minit kemudian, batang hidung Lia telah kelihatan.

Dia lantas menuju ke arahku lantas nemeluk aku dan berlaga pipi. "Rindu giler kat kau beb"

"Aku pun rindu kat kau juga"

"Macam mana kehidupan berumahtangga? Okay tak?"

"Umm, ok je"

"Weh, ko jangan cuba nak tipu aku, kita dah lama berkawan beb, aku tau dari riak muka kau tu, kau sedang menipu"

"Betullah"

"Aku kira satu sampai tiga, kalau kau tak bagitahu aku, mesti kau dah tak sayang aku. Sorrylah beb, aku bukan nak menyibuk pasal hal rumah tangga kau, tapi mana tau aku boleh tolong"

"Sebenarnya................" . Aku menceritakan kepada Lia dari A sampai Z. Lia cuma mengangguk-angguk entah dah berapa kali dia mengangguk.

"Oh macam tu. Berat masalah kau ni, tapi takpe aku cuba tolong"

"Yeke? Macam mana?",soalku teruja.

"Nanti aku bagitau kau, kita makan dulu, pastu kita pergi ke tempat tu, mana boleh bagitahu awal-awal, nanti kau taknak pegi."

"Yelah,awas eh kalau kau guna taktik kotor"

"Pulak dah"

............

Selesai sahaja makan, aku dan Lia menuju ke destinasi yang ditunjukkan Lia. Banner besar tertulis di depan kedai. "Atikah Beauty Care".

"Oh pusat rawatan kecantikan rupanya",aku mengangguk faham.

"Tika, uruskan customer kau sorang ni ye",Lia memberi signal kepada Atikah, empunya pusat rawatan itu.

"No problem ",Tika membalas dengan simbol ok di tangan.

"Cik, sila ikut saya ke dalam tu",ajak Rina pekerja mahir di dalam pusat rawatan kecantikan itu.

"Puan Bella",aku membetulkan gelaran itu.

"Oh, dah kahwin rupanya, muka Puan muda sangat",dia tersengih.

"Ye",aku membalas sengihannya.

Apabila tiba dia dalam bilik khas itu, aku diurut dengan minyak kelapa dara dan banyak lagi minyak urutan. Pergh, nyaman sekali rasa kena urut. Tapi tak boleh lawan urutan suamilah. Hehehe. Eh, teringat pulak tangan Faris masa urut tetek aku dulu",aku tersengih sendirian mengenangkan urutan suami. Ketagih ni.

Selesai proses mengurut kini tibalah ke rawatan muka. Pelbagai jenis herba yang disapukan ke muka aku, kononnya untuk awet muda dan menanggalkan kulit mati supaya muka kelihatan lebih cerah dan gebu.

Serius aku cakap, lepas rawatan muka tu, aku rasa muka aku ringan dan bersih je. Kalau nyamuk hinggap pun confirm tergelincir. Hehe.

Lia yang duduk di kerusi hujung tak habis-habis memuji aku.

Semua Lia yang bayar. Aku terhutang budi dengan Lia. Tadi masa aku nak bayar kat kaunter, pekerja cakap Lia dah bayar. Lia sangat baik terhadap aku. Aku sangat beruntung ada kawan macam Lia.

Selesai membuat urutan dan rawatan muka, Lia membawa aku ke sebuah salon yang terkemuka.

"Ni apa pulak? Nak buat apa.kat sini",soalku

"Kalau pergi salon mestilah berkaitan dengan rambut, takkanlah nak berurut pulak. Aku lempang gak kau ni Bella",balas Lia.

Aku menepuk dahiku. Terasa bangang di situ. "Haha, yelah"

"Kau jangan risau, salon ni buat 50% diskaun, tak mahal, aku payung kau. Tulah ramai orang pegi sini.

"Kat salon ni, ada satu syampu misteri. Kenapa dia kena gelar syampu misteri? sebab kalau kau sekali guna syampu tu, rambut kau akan lembut, wangi, dan mudah diurus. Dia wangi sebulan tau biarpun kau tak cuci. Kalau kau guna syampu lain, wangi syampu misteri tu takkan hilang.

"Wah, amazing!"

"Mestilah, setakat ni belum ada satu orang tahu apa bahan misteri yang terdapat dalam syampu tu. Syampu tu susah nak dapat kat salon lain, kat sini je yang ada.

"Oh",aku mengangguk faham.

Kemudian ,pekerja salon itu pun mencuci rambut aku menggunakan syampu misteri itu.

Betullah cakap Lia, rambut aku terasa lembut dan wangi. Kalau terhidu pun boleh tergoda.

Selesai sahaja Lia membayar, kami pun melangkah keluar dari salon itu.

"Kau dah penat ke?",soal Lia

"Bolehlah"

"Kalau macam tu, ada satu tempat lagi, last okay. Pastu kau boleh balik rumah jumpa sang suami"

Kami pun menuju ke tempat yang dimaksudkan Lia. Kat Shopping Complex la, kat mana lagi.

Lia mengajak aku di tempat menjual pakaian tidur. Bermacam-macam pakaian tidur yang ada. Yang aumm pun ada.
Lia kemudian mengambil 5 pasang baju tidur yang begitu seksa pada pandangan aku.

"Gilalah, seumur hidup aku, aku tak pernah pakai macam ni",bisikku pada Lia.

"Kau nak tambat hati suami ke tak ni?",soalnya.

"Yelah"

Bukan baju tidur je, semua baju rumah yang seksi habis dia sapu. Short pants entah ada berapa pasang dia beli aku tak tahu.
Aku tengok je. Lagipun saiz kitorang sama, senanglah dia pilih.

...........................

Aku pun menghantar Lia ke Kafe tadi, yelah kereta dia kat sana, dia yang drive kereta aku tadi.

Sebelum Lia turun dari kereta aku, dia mengeluarkan satu bungkusan dari handbag dia. Lalu menyerahkan bungkusan itu kepada aku.

"Nah"

"Apa ni"

"Tengoklah sendiri"

Aku pun membuka bungkusan itu, ada krim dan satu lagi entah pil apa.

"Krim apa ni"

"Krim tu kau sapu kat tetek kau sekali sehari sebelum tidur. Dia akan membantu pembesaran dengan berkesan selama seminggu. Tu bukan pil, tu jamu. Kau telan sebiji sehari. Jamu tu membantu untuk membuat bontot kau lebih montok dan miss V kau jadi ketat je. "

"Ngok lah kau ni, benda ni pulak kau bagi aku, aku nak tetek aku besar sendiri dengan urutan suami, tapi thanks yer. Nanti aku pakai",aku tersengih nakal.

"Yelah, tu bantuan je, supaya suami lebih kerap mengurut",Lia membalas.Kami ketawa terbahak-bahak.

"By the way, thanks for today. Thans sebab kau sudi bersusah payah keluarkan duit kau semata-mata nak bantu aku."

"Small matter, duit boleh dicari babe"

"Dahlah, aku nak balik dulu, bye",Lia melambaikan tangannya sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya.

Aku pun balik ke rumah, banyak misi yang perlu diselesaikan. Hehe.

Sesampainya aku dirumah, belum ada lagi batang hidung si suami. Nasib aku sampai dulu sebelum dia",aku menghela nafas lega.

Seperti biasa, aku akan membersihkan diri dan menyediakan makan malam.










continue.....

Thanks reader. Jgn lpe vote yer. Agaknya tercapai dok misi Bella tu..hehehehe...spt biasa, sory lau typo. hehehehe...





Mr.Ego & Miss Penggoda ✔Where stories live. Discover now