3: Tun Bendahara Baru

1.6K 139 58
                                    

Tuanku Sultan memicit-micit pelepisnya. Gering hulu mula menyerang kembali. Sejak kemangkatan Tuanku Permaisuri beberapa bulan yang lalu, kesihatannya kembali merosot.

"Tuanku, ini air teh jasmin ..." Tun Seri Jasmin menghulurkan secawan air kepada Tuanku Sultan. Gembira hatinya saat ini, sudah lama Tuanku Sultan tidak bertandang ke istananya kerana sibuk sahaja melawat istana Tun Seri Dahlia yang sedang hamil itu.

Tun Seri Jasmin begitu sakit hati kepada Almarhum Tuanku Permaisuri, berani-beraninya Tuanku Permaisuri itu meminang dayang kesayangannya, Tun Seri Dahlia menjadi isteri ketiga Tuanku Sultan? Tanpa berbincang dengannya selaku isteri kedua Tuanku? Nasib baik Tuanku Permaisuri itu sudah mangkat, secara tidak langsung, boleh sahaja dia menaiki takhta seterusnya sebagai Tuanku Permaisuri, malangnya, Tuanku Sultan belum merasmikan lagi kedudukannya itu.

"Terima kasih, Seri Jasmin." ucap Tuanku Sultan, minuman dari isteri keduanya itu diteguk sekali.

Tun Seri Jasmin tersenyum-senyum.

"Katakan saja, apa yang ingin Seri Jasmin katakan," ujar Tuanku Sultan. Kebiasaannya, Tun Seri Jasmin akan membuat sesuatu yang baik, demi mendapatkan sesuatu darinya.

"Bagaimana Tuanku ingin memerintah negeri kiranya jawatan Tun Bendahara belum lagi terisi?" tanya Tun Seri Jasmin.

"Beta belum ada calon sesuai bagi jawatan itu. Mengapa Seri Jasmin bertanya?"

"Patik ingin mencadangkan seseorang yang sesuai bagi jawatan itu. Bukannya patik ingin masuk campur urusan pemerintahan, akan tetapi, terdapat desas desus dari golongan pembesar mengenai hal ini." bicara Tun Seri Jasmin.

"Oleh itu? Siapakah cadangan Seri Jasmin ini?" tanya Tuanku Sultan. Dia seakan sudah boleh mengagak calon yang bakal disebutkan oleh Tun Seri Jasmin ini.

"Bukan orang lain, kekanda patik juga, Tun pembesar daerah. Sudah banyak kali dia berjasa kepada pemerintahan Tuanku, patik rasa selayaknya yang mengambil jawatan itu kini hanyalah dia sahaja." jawab Tun Seri Jasmin.

Tuanku Sultan mengangguk kemudian senyap seketika. Janggut tipisnya diusap.

"Beta akan bawa hal ini ke perjumpaan pembesar kelak." putus Tuanku Sultan.

"Baik, tuanku." Tun Seri Jasmin tersenyum kemudian berundur dari kamar Tuanku Sultan.

...

Tun Abu Jabaar tersenyum panjang hari ini. Semalam adindanya, Tun Seri Jasmin telah membawa khabar baik buatnya. Biapun belum pasti lagi akan khabar itu, akan tetapi dia sudah yakin dapat memiliki jawatan yang diidam-idamkannya selepas jawatan itu kosong selama hampir setahun.

"Daulat tuanku." seluruh pembesar kerajaan memberi tunduk hormat kepada Tuanku Sultan yang sedang berjalan lalu duduk di atas singgahsana.

"Seperti yang kalian sedia maklum, perjumpaan kali ini lebih mustahak isinya. Errhm.." Tuanku Sultan bersuara sedikit serak, entah kenapa tekaknya seperti semakin kasar di dalam.

"Ampun tuanku, jika tuanku dalam keadaan tidak sihat, kita batalkan sahaja perjumpaan kali ini." kata Tun Pembesar pendidikan.

"Daulat tuanku, sejahteralah tuanku." Pembesar lainnya menyembah sumpah.

Tun Abu Jabaar tersentak. Tidak! Perjumpaan ini harus diteruskan.

"Tidak mengapa, beta masih boleh meneruskannya." titah Tuanku Sultan.

Tun Abu Jabaar menarik nafas lega.

"Apakah pendapat kalian, berkenaan jawatan Tun Bendahara yang telah kosong ini?" tanya Tuanku Sultan.

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now