9: Latihan

950 101 12
                                    

Perjalanan mendaki sebuah gunung bukanlah perjalanan mudah. Cuaca hari ini juga seakan tidak memahami. Sejuk menusuk hingga ke isi tulang benulang. Semakin tinggi gunung yang didaki, suhunya juga makin menurun.

"Hurr," Tengku Afkar berkali-kali mengosok kedua tapak tangannya bagi menghasilkan haba.

Di hadapannya, Salam, Tengku Eijaz dan Tengku Nadhir berlagak biasa sahaja. Langsung tidak terkesan akan kedinginan pagi yang mencengkam ini.

"Tuanku, ambil ini." Awang Wadi menghulurkan lagi sehelai pakaian. Tengku Afkar dengan segera menyarungkan ke badannya agar kembali panas.

"Jauh-jauh memancing haruan,
Haruan penawar luka dalaman;
Jika kedinginan ini pun tak tahan,
Apa lagi dalam pemerintahan?(a) " sindir Salam di dalam pantunnya.

Tengku Afkar terasa lalu membuka pakaian lapis itu dan diberi semula kepada Awang Wadi.

"Ceh." decitnya perlahan.

"Kecil-kecil cili padi,
Makin kecil makin pedas;
Hal kecil jangan tak peduli,
Lama-lama menjadi ganas.(b)" Salam memberi pantun lagi.

Tengku Nadhir dan Tengku Eijaz menahan ketawa. Padan muka Tengku mahkota sombong itu. Fikir mereka.

Tengku Afkar mengigit bibir bawahnya sambil mata menjuling ke atas.

"Itu cara pengajaran Salam. Tuanku dengari sahaja." pujuk Awang Wadi.

Tengku Afkar melepas keluh. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan sikap Tok guru 'pilihannya' ini.

Salam membawa mereka berempat ke jalan yang semakin sukar pendakian. Bukannya mereka melalui kawasan yang kurang semak samunnya. Malah mereka melalui pula kawasan yang terdapat batang-batang pohon besar yang telah lama tumbang dan ditumbuhi oleh kulat cendawan.

Tengku Afkar merasa tidak selesa. Sesekali tangannya menampar muka, leher, dan betisnya sendiri. Nyamuk, pacat, lalat hutan dan sebagainya menyerang kulitnya.

"Sampai bila kita harus berjalan? Jauh lagikah puncaknya?" tanya Tengku Afkar.

Salam menoleh sekilas dan kemudian berpaling tanpa jawapan.

"Huh!" Tengku Afkar mengeluh lagi. Menyesal pun ada, tetapi tiada gunanya dan dia harus bersabar.

Lebih kurang tiga jam kemudian Salam menghentikan perjalanan. Tangan kirinya menyuruh mereka semua berwaspada. Tangan kanan dibawa ke bibir sambil mata melilau ke sekeliling.

"Shuss!" bisik Salam.

Bunyi-bunyian unggas semakin kuat kedengaran. Tengku Eijaz dan Tengku Nadhir siap membuka silat. Begitu juga Awang Wadi. Bagai ada sesuatu yang akan keluar 'bertemu' mereka. Tengku Afkar termangu-mangu sambil mengaru kepalanya.

"Mengapa berhenti?" soalnya.

Salam dan lain-lain laju memandang tajam kepadanya. "Ceh!"

Tiba-tiba, sejurus itu sekumpulan manusia bertopeng dan memakai pakaian daripada dedaun dan kulit kayu keluar dari persembunyian!

"Lawan!" satu ungkapan dari Salam dan kumpulan bertopeng itupun mula menghampiri untuk menyerang!

Salam, Tengku Eijaz, Tengku Nadhir, dan Awang Wadi laju sahaja menumpaskan lawan mereka satu-persatu. Tengku Afkar pula berkerah tenaga. Pertama kali dia menghadapi serang hendap yang sebenar!

Tanpa disedarinya, ada beberapa orang kumpulan bertopeng itu cuba untuk menyerangnya daripada belakang.

"Hiyah!"

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now