"Te-tengku ma-mah-ko-kota?" Nurin membeliak mata. Hatinya rasa berdebar melihat pemuda yang menyatakan identitinya ini dekat dengan dirinya.
Tengku Afkar berdecit. Kelihatan beberapa pengawal sedang menuju hampir ke kawasan tempatnya berada! Jika dia didapati membuat cubaan keluar daripada Istana, pasti dia akan menerima hukuman berat daripada ayahandanya.
Tanpa membuang masa, dia cepat-cepat menarik tangan gadis gaguk itu dan berlari daripada kawasan itu. Tangga yang bersandaran sempat lagi dijatuhkan ke luar pagar Istana bagi menghapuskan bukti.
Nurin terkejut akan tindakan tengku mahkota ini. Akibat rasa bersalah dan takut. Diikuti saja langkah tengku mahkota yang membawanya lari dari situ.
"Di manakah suara tadi?" tanya salah seorang pengawal istana. Lembing panjang siap di tangan mereka.
"Yang hamba dengar, ianya dari sekitar sini." balas salah seorangnya.
Tengku Afkar menyuruh gadis di sebelahnya berdiam. Tangannya erat mengengam tangan gadis itu agar tidak lari daripadanya. Manalah tahu jika gadis itu masih ingin melaporkan perbuatannya tadi.
Beberapa pengawal mula meninggalkan kawasan persembunyian mereka. Setelah pasti tiada lagi pengawal yang membawa lembing itu, Tengku Afkar menghela nafas lega!
"A-am-pun, sa-sakit." rintih Nurin. Tangannya tersa kebas dek gengaman kuat. Sejak tadi dia diam cuba menahannya. Bimbang jika benar pemuda ini ialah tengku mahkota.
Tengku Afkar yang baru tersedar, segera melepaskan tangan gadis itu. Dijelingnya wajah gadis yang meniup-niup tangannya tanpa rasa bersalah.
"Mengapa tuan hamba berada di sana dan menganggu rancangan beta?" tanya Tengku Afkar. Dia berpeluk tubuh. Nyaris sahaja dia menerima hukuman berat tadi.
"A-am-pun, ha-hamba me-men-ca-cari pe-peker-ja-an." jawab Nurin sambil bertunduk kepala.
"Lalu? Mengapa menganggu pekerjaan beta?" marah Tengku Afkar.
Nurin terhinjut bahu. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Takut sekiranya dia dihukum kerana telah menganggu pekerjaan kerabat diraja.
"Ha-hamba tak-tak se-seng-aja, a-a-ampun." jawab Nurin sambil teresak-esak.
Tengku Afkar mengeluh nafas berat.
"Cakap sikit terus mengangis? Cengeng sungguh!"
"Tuanku, apa yang tuanku buat di sini?" tegur Awang Wadi. Dia bersama seorang dayang berjalan menuju ke arah Tengku Afkar.
Tengku Afkar mengeluh lagi. Memang tidak jadilah rencananya hari ini. Semua ini gara-gara gadis cengeng ini.
"Ah .., beta hanya berjalan-jalan mencari angin." balas Tengku Afkar acuh tak acuh.
Nurin semakin ketakutan. Pastilah kini dia telah menganggu pekerjaan kerabat! Dan sudah pasti dia tidak akan diterima bekerja sebagai dayang istana. Musnahlah cita-citanya dan kembali ke rumah Tun Munirah.
"Mengapa dayang baru ini juga bersama tuanku? Sejak tadi kami mencarinya." ucap seorang dayang yang bersama Awang Wadi itu.
"Hah? Inikah dayang baru itu?" tanya Tengku Afkar sambil mengerling kepada gadis di sebelahnya ini.
Nurin terkulat-kulat tidak mengerti. Adakah impiannya tercapai menjadi dayang istana ini?
"Benar tuanku, dayang baru ini yang akan bertugas di istana tuanku. Sejak tadi kami mencarinya ingin memberitahukan hal ini. Adakah dayang telah melaksanakan tugasnya?" tanya dayang itu kepada Tengku Afkar.
Tengku Afkar mengaru kepala. Semakin sukar nampaknya rencana masa depannya. Sudah pastilah perbuatannya tadi akan dilaporkan kepada ayahandanya. Dia harus lakukan sesuatu.
Nurin semakin terkujat. Berkerja di dalam Istana memanglah menjadi impiannya ... akan tetapi, bekerja di istana tengku mahkota ini? Sudahlah tadi dia telah dimarahi. Bagaimana nantinya? Hatinya ingin menolak pekerjaan ini, tetapi, dia tidak sanggup juga ingin kembali ke rumah ibu saudaranya. Jika difikirkan, situasinya ini umpama diluah mati emak, ditelan mati bapak.
✳✳✳
Nurin berdebar-debar menghidangkan air teh di atas meja kecil di kamar tengku mahkota. Cawan seramik buatan negeri China itu bergetar sedikit. Perasaannya masih takut-takut. Manalah tahu, tiba-tiba tengku mahkota ini ingin menghukum atas kesalahannya yang tadi?
Tengku Afkar berpura-pura tidak memerhatikan gadis itu. Bibirnya digetap. Bagaimana jika dia ingin membawa gadis ini bersubahat? Senanglah nanti jika dia ingin keluar tiba-tiba. Fikirnya.
"Tu-tuanku-ku, a-air." kata Nurin.
"Hurm." hanya sepatah itu yang dibalas Tengku Afkar.
Nurin mula mengorak langkah berundur dari kamar itu. Selesai tugasnya, dia harus segera keluar. Itu adalah peraturannya.
"Nanti ... beta ingin bercakap sebentar." ujar Tengku Afkar.
Nurin menghentikan langkahnya. Bibirmya dikemam. Hatinya kembali merasa takut.
"A-am-pun, tu-tuan-ku-ku. Ji-jika ha-hamba, me-men-ganggu-gu u-uru-san tu-tuan-ku ya-yang ta-tadi, ha-hamba me-me-mo-hon a-am-pun. Ha-hamba ti-tidak se-seng-aja." panjang lebar ucapan Nurin. Nafasnya cuba diatur satu persatu. Takut jika terkena asma jika bercakap terlalu panjang.
Tengku Afkar mengerutkan dahi. Cuba mencerna satu-persatu ungkapan gadis gaguk ini. Rasa sakit hati pun ada. Mengapa saja dayang di istananya diberi dari jenis yang ini? Hendak dihina rasa berdosa pula jika menghina ciptaan Tuhan, akan tetapi, rasa kasihan tetap terbit dalam hatinya.
"Be-beta, Ish! Beta bukan hendak menghukum. Beta ada satu permintaan kepada dayang." usul Tengku Afkar. Sempat lagi dia menampar mulutnya sendiri kerana terikut sedikit bicara gadis itu.
"Pe-per-mintaan a-apa? A-akan ha-hamba cu-cuba la-lak-sa-sanakan. A-asal-kan ha-hamba ti-tidak di-di-bu-buang ke-kerja." balas Nurin.
Tengku Afkar tersenyum tipis. Nampak tampan saja senyuman yang terukir itu. Hati Nurin berdetak sedikit.
"Senang saja. Jika selepas ini beta hendak keluar daripada istana, dayang akan simpan rahsia beta." kata Tengku Afkar.
"Alah, beta keluar bukan hendak membuat onar. hanya ingin bertemu rakyat beta. Siapa lagi yang akan peduli akan rakyat beta kalau bukan beta?"
Tengku Afkar mula berbicara akan cita-citanya dan rancangannya sebelum menaiki takhta. Satu persatu dijelaskan, agar gadis itu faham akan tindakannya yang tadi. Juga dipesani agar perkara itu tidak sampai ke pendengaran sesiapa, termasuk Awang Wadi. Jika tidak, semua yang bertugas di bawah istananya akan diberikan hukuman oleh Tuanku Sultan.
Nurin memandang tidak lepas wajah Tengku Mahkota yang kelihatan teruja itu. Senyum tipis terukir. Entah mengapa, dia rasakan dirinya benar-benar dihargai jika ada yang percaya akan dirinya ini. Selama ini, tidak pernah dia dipercayai oleh sesiapa, hatta ibu saudaranya sendiri, Tun Munira. Hampir setiap hari Tun Munirah menuduhnya mencuri itu ini. Sedangkan tidak pernah dia mencuri apa-apa kepunyaan wanita itu.
Tanpa sedar, air mata gembiranya mengalir setitik dua bersama senyuman di bibir manisnya.
"Haih? Beta bukan hendak menghukum, mengapa dari tadi hendak menangis saja?" tegur Tengku Afkar. Hairan akan sikap gadis ini.
"A-am-punkan ha-hamba. Ha-hamba cu-cuma te-teruja a-akan ci-cita-ci-cita tu-tuan-ku-ku i-itu." balas Nurin. Air mata segera dilapkan.
"Jadi? Dayang setuju akan permintaan beta ini?" tanya Tengku Afkar lagi.
Nurin mengangguk laju. Akan dipegangnya kepercayaan itu sampai bila-bila. Tekadnya.
"Ya, ha-hamba se-setuju. Ha-hamba be-berjan-ji a-kan me-merahsia-kan se-semua-nya." jawab Nurin.
Tengku Afkar tersenyum lagi. Rancangan satu sudah gagal. Akan tetapi, rancangan dua sudah terlaksana satu-persatu.
❁❈ Bersambung ❈❁
※ Jika terdapat sebarang kesalahan penulisan atau kekeliruan penceritaan, sila maklumkan dan beri tunjuk ajar. Terima Kasih. Komen. Vote. ※
25 Nov 2017Edited; 20 Nov 2018 . 20:42
YOU ARE READING
Cinta Sang Putera
Fiksi Sejarah❁❈#1 in Historical Fiction❈❁ ❁❈ Covers Thanks To Friends and Readers ❈❁ ❁❈ Puisi : Cinta Sang Putera ❈❁ Ada cerita lama terkisah, Kisah bermula dari istana, Hampa datang bersama gelisah, Kisah duka putera dan cinta. Raja adil disanjung rakyat, Rakya...