43: Nilai Sekupang

616 69 7
                                    

Permaisuri Tun Seri Jasmin mengigit bawah bibirnya sendiri. Sedari tadi dia memerhatikan ketiga-tiga wajah gadis yang sedang menghadiri ujian terakhir bakal puteri mahkota itu.

Suara yang sama terngiang-ngiang di kepalanya,

"Ada seorang ratu yang bakal agung tetapi bakal mati, adapula seorang ratu yang tiada agungnya tetapi menjadi suri. Pilihan diantara dua,"

Sejak kali terakhir Permaisuri itu bertemu Nek Pah, pelbagai perasaan dan suara halus yang didengarinya. Adakala, hampir membuatkan dia jadi gila.

Namun kuasa itulah yang membantunya untuk tetap menjadi Permaisuri. Tuanku Sultan dan Tun Seri Dahlia bermati-matian meminta takhta itu kembali tetapi Permaisuri Tun Seri Jasmin tidak pernah mengimpikan untuk melepaskan takhta yang telah dimiliki. Malah dia mahu mengukuhkan lagi kekuasaan kerabatnya melalui anaknya, Tengku Hamzaa.

❇✳

"Ampun, tuanku," sembah hormat ketiga-tiga gadis terpilih kepada pemerintah tertinggi di negeri itu.

Tuanku Sultan tersenyum lebar melihat ketiga-tiga gadis itu. Harapannya, agar diantara mereka ada yang benar-benar layak menjadi ibunda yang bakal mentadbir negeri bersama anakandanya kelak.

Di sebalik dinding, Tengku Afkar berlagak tenang. Sedangkan di dalam hati sudah rasa ingin mengamuk. Entah mengapa ayahandanya masih mahu mengamalkan sistem tradisional ini. Sedangkan di negeri lain kesemua putera dan puteri sudah bebas memilih siapa bakal pasangan hidup mereka.

Tengku Afkar mula bangun dan ingin berjalan keluar.

"Tuanku, pesanan dari Tuanku Sultan ... jikalau tuanku meninggalkan kamar ini, bakal puteri mahkota adalah pilihan dari Tuanku Permaisuri," kata Awang Wadi yang duduk bersamanya di dalam kamar kecil itu.

Tengku Afkar mendengus kasar. Tidak jadi hendak ke mana-mana. Dia kembali duduk bersila. Jika dia ingin benar mengelak, dia perlu melindungi diri dari rancangan Permaisuri yang ingin menghancurkan masa depannya itu.

Tuanku Sultan mengangguk sambil mengusap janggutnya. Ketiga-tiga gadis itu memberikan jawapan yang baik mengenai soalan dalam dan luar negeri. Masing-masing memberikan buah fikiran yang bernas demi memajukan negeri kecil ini.

Tun Seri Dahlia turut tersenyum berpuas hati. Melihat bayangan Tengku Mahkota di balik tirai juga membuatkan hatinya senang. Nampak gayanya Tengku Afkar juga bersunguh-sunguh kali ini. Senyumannya mati tatkala mata bertembung dengan Permaisuri Tun Seri Jasmin. Dadanya terasa berombak kencang secara tiba-tiba.

Permaisuri Tun Seri Jasmin tersenyum sinis melihat wajah Tun Seri Dahlia. Sesiapapun pilihan mereka, dia perlu mengapuskan kesemuanya agar takhta beralih kepadanya.

"Baiklah, ini adalah soalan terakhir daripada beta. Setiap jawapan akan diambil kira demi memilih bakal puteri mahkota serta bakal ibunda negeri. Jika jawapan yang diberikan memuaskan hati, Tengku Mahkota sendiri akan memilih salah seorang daripada kalian." terang Tuanku Sultan.

Tun Haseen menelan pahit air liur di kerongkongnya. Segala jawapan yang diberikan terdengar lemah berbanding jawapan Tun Syuhara dan Tun Delima Merah.

❇✳❇✳

"Bagaimana caranya untuk tanah di dalam negeri ini kembali maju dan berbuah seperti dahulu?"

"Ampun tuanku, bagi memajukan semula tanah di negeri ini. Patik bercadang agar para cendiakawan membuka sistem pengairan yang lancar untuk pertanian dan penternakan. Seperti yang telah dimulakan oleh beberapa negeri lain, air daripada sungai besar dialirkan ke kawasan sawah dan kebun-kebun rakyat melalui saliran yang tersusun. Hasilnya, tanaman rakyat jelata subur dan dapat membantu ekonomi negeri untuk bertambah maju dan sejahtera." jawab Tun Syuhara dengan yakin dan pasti jawapannya paling bijaksana.

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now