23: Resah

712 66 6
                                    

Tun Munira mundar mandir sambil mengigit bibir. Sekejap-kejap, jari runcingnya juga menjadi mangsa gigitannya. Hatinya resah tak tentu hala. Dia bagaikan katak ditimpa kemarau.

Sejak mengetahui bahawa Tuanku permaisuri Tun Seri Jasmin berkenankan anak gadis itu sebagai bakal menantu, hatinya bimbang. Bagaimana dia ingin menyampaikan hal yang sebenar kepada suaminya dan Tuanku permaisuri kelak?

"Ampunkan hamba, Tun, Nurin masih tidak dapat kami temui." lapor salah seorang awang pengawalnya. Awang tersebut baru sahaja pulang daripada pasar rakyat setelah seharian diarahkan mencari kelibat Nurin.

Tun Munirah semakin berang. Tanpa amaran, terus sahaja pipi awang itu ditamparnya dengan kuat!

"Bodoh! Mengapa kau balik terlalu awal? Pasar rakyat masih belum tutup saat ini. Cari lagi sehingga waktu malam. Bawa dia pulang dalam keadaan selamat." jerkah Tun Munira.

Beberapa orang pembantu awang dan dayang di rumahnya berasa kasihan melihat awang yang menjadi mangsa itu. Bukan salah awang itu Nurin hilang. Semuanya salah Tun Munirah sendiri kerana hampir setiap hari mendera gadis itu. Sesiapa pun yang berada di selipar gadis itu pasti akan melakukan hal yang sama.

...

"Dayang, ke manakah tuanku mahkota?" tanya Awang Wadi kepada gadis yang sedang membersihkan kamar Tengku Afkar.

Nurin tersentak seketika. Sudah dipesani kepadanya tadi, agar dia tidak memberitahu ke mana tujuan tengku mahkota itu, termasuk kepada Awang Wadi. Jika tidak, semua mereka akan menerima hukuman. Nurin tidak mahu menjadi, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

"Tu-tuanku se-se-dang be-ber-latih me-me-manah." jawab Nurin seperti dipesani tadi oleh Tengku Afkar.

"Jika Awang Wadi berkata pula; patik melalui kawasan tuanku berlatih tadi, tetapi tidak pula patik melihatnya."

Awang Wadi mengerutkan dahinya. Mulutnya dimuncung sedikit. Mengapa dia tidak nampak semasa melalui kawasan latihan biasa tuanku tadi?

"Patik melalui kawasan tuanku berlatih tadi, tetapi tidak pula patik melihatnya." getus Awang Wadi.

Nurin menelan liur. Perasaan takut segera disembunyikan.

"Katakan begini ..." Tengku Afkar berpesan lagi.

"Se-se-lepas Tu-tu-anku ber-la-latih, tu-tuan-ku a-kan-kan men-zi-zi-ara-hi ma-kam al-mar-hum tu-tu-anku pe-per-maisuri, bo-bondanya.." jawab Nurin.

"Awang Wadi tidak akan mengesyaki Dayang, beta yakin. Sikit pun dia tidak akan curiga kepada Dayang berbicara seperti gaguk ini." ucap Tengku Afkar.

Nurin melihat reaksi Awang Wadi. Di dalam hati, dia berdoa banyak-banyak agar Awang Wadi percaya akan kata-katanya ini, walaupun perbuatannya adalah berdusta. Ini adalah demi sebuah kepercayaan! Tekad hati Nurin.

"Baiklah, jika begitu, patik keluar dahulu. Pesankan kepada tuanku jika dia sudah pulang daripada makam nanti, bahawa Tuanku Sultan ingin bertemu dengannya." kata Awang Wadi.

Nurin mengangguk laju. Selepas itu dia menghela nafas lega. Mujurlah Awang Wadi percaya akan pendustaannya itu. Jika tidak, dia pasti akan terbocorkan rahsia tuanku mahkota. Satu senyuman manis terukir di bibirnya. Mujurlah tuanku mempercayainya, dari situ dia mendapat sedikit keberanian.

"Ampunkan patik, tetapi tuanku mahkota tiada di sini saat ini. Tuanku telah keluar berlatih memanah, sejurus itu menziarahi pula makam bondanya, almarhum tuanku permaisuri."

Suara Awang Wadi dari luar, menarik perhatian Nurin. Dia mengigit bibir, selain Awang Wadi, siapa lagi yang hendak mencari tuanku? Kepalanya dijengukan sedikit. Kemudian, terus sahaja dia masuk semula dengan perasaan ketakutan.

Tun Munira? Tidak. Suami kepada Tun Munira. Nurin segera menuju ke belakang kamar istana Tengku Afkar. Peluh dingin mulai merenik daripada dahinya. Jantungnya berdebar. Ya, Nurin takut! Takut jika didapati sedang bekerja di sini. Pastinya Tun Munira akan mengheretnya pulang. Dan dia akan kembali didera sepuas hati wanita itu.

"Jika tun tidak keberatan, tun bendahara boleh menunggu di balai di atas." cadang Awang Wadi kepada Tun Abu Jabaar.

Tun Abu Jabaar berdecit kecil. Pantang pula jika hajatnya tidak kesampaian dan dia harus menunggu lama. Diperhatikan seketika kawasan istana Tengku Afkar itu.

"Tak mengapalah, lain kali saja patik kemari." ujar Tun Abu Jabaar. Dia berpaling daripada Awang Wadi dan berlalu.

...

"Tuanku, mengapa tuanku hendak merahsiakan diri sebenar tuanku kepada rakyat? Kan lebih baik jika tuanku nyatakan sahaja. Pasti rakyat akan menerima tuanku seperti almarhum bonda dahulu." ujar Tengku Hamzaa.

Ketika ini, Tengku Hamzaa berjalan beriringan dengan Tengku Afkar untuk pulang ke Istana. Senang hatinya melihat sikap Tengku Afkar yang tidak langsung kelihatan dingin kepada Pak Hamid dan lain-lain tadi. Tengku mahkota itu sungguh tulus melayani kerenah rakyat jelata. Jelas sikap keadil dan saksamanya sebagai bakal pemerintah kelak.

Tengku Afkar mengela nafas lega. Mujurlah Pak Hamid dan lainnya tidak terlalu kecewa kepadanya tadi. Senyum tipis terukir. Akan tetapi, apabila menoleh ke sebelah kanannya, senyumnya terus mati.

"Janji jangan dimungkiri." tegas Tengku Afkar.

"Patik berjanji. Tetapi ..."

"Beta belum bersedia. Lagipula ada sesuatu yang perlu beta pastikan sebelum beta menaiki takhta. Jadi, biar semua ini menjadi rahsia dahulu. Mulut tengku jangan seperti tempayan." kata Tengku Afkar. Entah kenapa lancang sahaja bicaranya kepada lelaki itu.

Tengku Hamzaa menghela nafas berat. Batu pun empuk, jangankan hati manusia. Kali ini dia harus bersabar. Mungkin Tengku Afkar belum menerima dirinya lagi. Biarlah masa yang akan menentukan kelak.

...
❁❈ Bersambung.❈❁

※ Terima kasih. Jika terdapat sebarang kesalahan, sila nyatakan dan beri tunjuk ajar. Terima kasih. Komen. Vote. ※

Peribahasa:
Katak ditimpa kemarau - Berkeluh kesah dengan tidak keruan.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua - Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.

Batu pun empuk, jangankan hati manusia - Perkataan yang baik akan dapat menawan hati yang keras / Kesabaran.

Edited 20 Nov 2018

Cinta Sang PuteraWhere stories live. Discover now