ㆁ15

14K 729 13
                                    

' BANG ! BANG! '

Tiba-tiba lelaki itu jatuh terbaring ke atas tanah. Qaisya dan Isyae memandang statik ke arah lelaki yang ditembak. Mereka Tidak perasan akan gerangan seorang lelaki yang perlahan-lahan menuju ke arah mereka.

Qaisya yang tidak puas hati masih  menendang perlahan perut anak buah daniel Akif . Isyae mengeluh lega.  konco daniel sudah tidak bernyawa .

Qaisya menyenggol siku Isyae apabila tapak kasut lelaki yang menyelamatkan mereka berada di hadapan mereka. Mereka berdua mendongak melihat seorang lelaki tersenyum sinis sambil tangannya menurunkan pistol ke sisi.

Isyae memandang lelaki itu tanpa riak. Tangan dimasukkan ke dalam poket jacket hitamnya. Qaisya pula menilik muka lelaki itu penuh kusyuk. Dia mengerutkan kening memikirkan wajah yang seakan familiar baginya. Lelaki itu perlahan-lahan menapak ke hadapan .

" Tak sayang nyawa ke? Nak mati muda ? "

Sinis sahaja percakapan lelaki itu.Dia memandang sekilas pada telinga Isyae dan Qaisya. kedua-duanya memakai bluetooth yang elok tersemat .Qaisya mengetap bibir. Kerana dia geram, terus diacukan pistol yang dia pegang kemas dari tadi di tepi kepala lelaki itu.

" Qaisya . Put down your gun ."

Isyae menjatuhkan tangan Qaisya yang ke bawah. Matanya masih memandang ke arah lelaki itu. Wajah menahan amarah Qaisya dipandang.

" He's not dangerous guy. "

Ujar Isyae lagi. Wajah Qaisya yang berkerut ditatap lama .

" Okay, aku percaya . " Ujar Qaisya dengan nada yang tegas. Kemudian dia berkata lagi.

" Tapi.. -"

" Kau kena hati-hati dengan mamat ni tau. Mana lah tahu kan, mamat ni dari hutan penuh dengan haiwan ke lagi lagi salah satunya monyet gila. Kay la,  Aku blah dulu."

Selamba dia berkata-kata. Qaisya menepuk bahu Isyae sebelum melangkah pergi. Isyae menoleh ke arah lelaki itu a.ka Ishaan, tak sangka dia hanya membalas dengan mimik muka.

" Nak ketawa , ketawa sahajalah . Tak perlu nak simpan ketawa . Mulut kawan kau tu boleh tahan sinis jugak eh . ? "

Ishaan teringat dengan gelagat Qaisya sebentar tadi sambil mengetap bibir . Dia rasa mahu cili sahaja lagaknya.

" Kau tengoklah , kawan aku kut . "

Balas Isyae . Kemudian, tangan Ishaan ditarik memasuki ke dalam rumah Akif tanpa ragu-ragu . Ishaan menggeleng hairan .

Adreana pov.

Adreana melangkah perlahan dengan berhati-hati di dalam rumah sambil memegang erat pistol di tangan. Sesekali pistolnya diacu secara rawak dalam rumah itu.

Suasana gelap . dia mengambil telefonnya dari poket jacketnya lalu membuka ikon torch light.  telefonnya dihalakan ke semua arah bagi mencari suis lampu yang dekat dengannya.

Suis lampu ditekan . Suasana yang gelap sebentar tadi menjadi terang benderang. Pistolnya disisip pada seluar.

" Lampu ada tetapi tak dipasang . Salah satu amalan menjimatkan kos elektrik. . "

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now