' You always be my queen in my heart .'
______________Adreana membuka matanya sedikit demi sedikit . Cahaya yang menyelusuri dari tingkap menyebabkan dia terbangun dari pengsan yang berpanjangan . Matanya memandang sekeliling .
" Bilik siapa ni ? "
Adreana cuba mengangkat tangannya tetapi gagal apabila tangannya diikat ketat pada kerusi . Bibir diketap menahan kesakitan.
Tiba-tiba pintu terkuak dari luar. Adreana mendongak dan memandang tepat ke mata yang sedang menyinis ke arahnya .
" Lepaskan aku .."
Ronta Adreana gigih sehingga dia terjatuh ke lantai bersama kerusi yang diikat pada badannya . Serentak dagunya diraih seseorang yang sedang mencangkung di hadapannya.
" Lepaskan kau ! Mudahnya kau cakap . Kau nak pergi dekat Rafiq balik kan ?! "
Adreana menggeleng . Cengkaman tangan Akif pada dagunya membuatkan dia merintih perlahan .
" Apa yang kau nak lagi daripada aku ! "
" Kahwin dengan aku . "
Adreana tertawa sinis. Ingin saja dia meludah ke arah muka Akif kerana geram dengan ucapan selamba dari lelaki itu .
" Tak ingin aku nak berkahwin dengan syaitan macam kau ! "
Lantas pipinya terpaling ke tepi setelah ditampar hebat oleh Akif . Darah yang mengalir di tepi bibir dikesat kasar Akif . Telinga Adreana didekatkan dengan bibirnya .
" Kau kena kahwin dengan aku . Kalau tak , nyawa ayah kau -- kawan-kawan kau akan aku tamatkan . "
Adreana mengetap bibirnya . Ugutan dari Akif bukan main-main bagi dirinya . Kepalanya dikalih untuk menatap wajah dingin Akif .
" Kalau itu yang kau nak .. Aku terima ."
Akif tersenyum puas . Dia menoleh ke arah pintu. Daniel yang bersandar pada pintu , Akif gamit ke arahnya .
" Call tok kadi . Suruh dia datang secepat mungkin . "
Daniel mengangguk . Sempat dia menjeling tajam ke arah Adreana yang menunduk dari memandang mukanya sebelum keluar dari bilik tersebut .
Tali pada kerusi terurai setelah Akif melepaskan dirinya . Baru Adrena hendak bangun , badannya didakap erat oleh Akif . Dagu Akif dilabuhkan pada bahu Adreana .
" You are mine ..even just for a while ."
Sengaja dia berbisik perlahan . Adreana tercengang apabila bajunya basah . Kepala ditoleh ke tepi dan sangkaannya benar . Akif menangis ! Tanpa dipinta , tangannya mula mengusap kepala Akif . Ini bukan lakonan tetapi ikhlas dari hati nan murni .
Setelah Akif mengangkat wajahnya , Tangan Adreana pantas mengesat air mata Akif . Wajah pucat Akif ditatap .
" Aku akan terima kau seadanya sebagai bakal suami aku . Walaupun kau telah mengorbankan nyawa orang aku sayang. "
" Aku minta maaf sebab aku bunuh mama kau . Maaf atas segalanya . "
Adreana tertawa kecil . Sekarang dia pula yang mahu mengeluarkan air mata . Sebak mendengar ucapan kemaafan dan kerinduan kepada mamanya . Tangannya diraih Akif dan keluar dari bilik tersebut .
Lalu Akif membuka pintu biliknya . Dia menolak Adreana ke dalam .
" Pergi siap . Aku dah letakkan baju kau atas katil .
Lantas pintu itu tertutup . Adreana memerhati sekeliling . Baju perkahwinan di atas katil dipandang lama dan diusap .
*****
YOU ARE READING
Badboys Vs Mafia Girls | complete
Action" You know what? Badboys has the good lips . Do you wanna taste it ? " *smirk* -The 5RF ft The Scarlet Reds- " What the hell , man ! Kau baru cabul bibir aku . It's my first kiss ! Aku benci kau ." 𝑩𝒂𝒅𝒃𝒐𝒚𝒔 𝒂𝒍𝒘𝒂𝒚𝒔 𝒃𝒆𝒊𝒏𝒈...