ㆁ27

11.2K 581 2
                                    



Adreana pov.

Adreana mengingati kembali sesuatu perkara yang membuatkan dia melarikan diri dari Akif . Dia termenung sejenak di ruang tamu. Kalau ikutkan hati, dia mahu tinggal di rumah Akif lebih lama. Namun, mengingatkan amaran musuhnya. Mungkin ini peluang dia untuk melarikan diri.

Pada detik tengah malam sewaktu di rumah Akif , dirinya yang terasa dahaga terus menuju ke dapur .

Peti ais dibuka dan air mineral sejuk dituang ke dalam gelas . Tanpa dia perasan , seseorang memandang Adreana penuh tajam . Satu suara garang mengejutkannya dari belakang .

" Lewat kau tidur . "

" Tiba-tiba tekak aku rasa dahagakan air .Jadi , aku masuk dapur ."

Adreana membasuh gelas kaca setelah menggunakannya lalu berpaling . Dia tersentak apabila Najmi mengepung kedua-dua tangannya pada dinding . Najmi menatap Adreana penuh makna .

" Kau ingat aku ? "

Adreana mengerutkan dahinya . Matanya menscan wajah Najmi lama dan tiba-tiba matanya membulat . Najmi tersengih sinis .

" Aku dapat rasa yang kau ingat muka aku . Kau nak tahu tak ? Bila aku masuk rumah ni , kau orang pertama aku cari . "

Tangan Najmi yang mengepung dirinya ditepis geram . Tetapi tidak berkesan. Kekuatan Najmi dua kali ganda daripada dia.

" Kenapa aku orang pertama yang kau cari ? "

Najmi tersenyum senget . Rambut Adreana diusap lembut namun hanya seketika . Najmi mula beralih arah . Tangan dia bertindak mencekik leher Adreana membuatkan Adreana cemas dan dia menampar tangan Najmi agar melepaskannya .

" Sebab aku nak tuntut kematian ayah aku , bodoh ! Sebab kau , ayah aku mati ! " Najmi mula merungkaikan tangannya apabila melihat muka Adreana pucat .

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now