ㆁ16

13.6K 725 32
                                    


" Err..A..ku..Ermm..Sa..y..a..err..I..I " Adreana tergagap-gagap memberi jawapan sambil matanya melilau mencari peluang untuk melepaskan diri.

" I apa hurm ? "

Akif yang perasan dengan gelagat Adreana itu terus mengetatkan lagi pegangannya pada pinggang Adreana.

" I..I..Tolong lepaskan aku la.." Ronta Adreana yang cuba melepaskan pelukan Akif .

" Never . Never. And never. Inilah balasan sebab berani masuk dalam rumah aku . Hurm.." Gumam Akif .

Dia merenung anak mata Adreana . tangannya mengeluarkan pistol yang Adreana sisip pada pinggang seluarnya .

Adreana memejam matanya rapat . Pistol yang dia capai pada pinggang seluar Adreana, diletakkan di atas meja kerja.

Akif meliarkan tangannya pada badan Adreana , mencari lagi senjata yang disorok Adreana . Malangnya , tidak jumpa.

Melihat reaksi Adreana , sudah cukup untuk membuatkannya tersenyum sinis . Tangannya mula beralih ke rahang pipi Adreana . Ditepuk perlahan pipi gadis itu .

" Where's your hero ? Not coming to save you ? So pity sweetheart . " Kepalanya digeleng sedikit . Senyum senget menghiasi di bibir merah .

"-oh ya , kau datang sini bukan berseorangan kan ? Kau datang dengan geng ? Untuk apa ? Untuk balas dendam terhadap aku ? Atau korang cari kunci kereta mewah tu ? "

Bisik Akif pada telinga . Sempat lagi telinga Adreana ditiup . Membuatkan Adreana berasa geli .

" Kau tak nak cakap ? Hurm..Apa patut aku buat dekat kau ni supaya senang nak cakap ? "

Kepalanya disengetkan sedikit . Matanya tertumpu pada bibir Adreana . Kemudian , memandang mata Adreana yang masih terpejam .

"Atau kau nak aku tunjukkan sesuatu yang menarik untuk kau lihat ? "

Tangannya memaut pinggang Adreana dilepaskan perlahan-lahan . Adreana cuba mengambil peluang . Namun , Akif memegang erat kedua-dua belah tangannya kembali . Tangan Adreana tidak akan dilepaskan sama sekali .

Dia membawa Adreana ke hadapan tv . Remote yang diletakkan di atas sofa berbentuk L dicapai lalu ditekan butang 'on' . Membulat mata Adreana apabila melihat skrin tv . Akif dari tadi memandang Adreana , mengangkat keningnya sebelah .

" How? Menarik bukan ..?"

" Jauhkan diri awak daripada mereka . And please don't touch them . I'm begging to you ."

Bergetar suara Adreana kerana apa yang dilihat Adreana pada skrin tv ialah rakan-rakannya yang tidak sedarkan diri dikurung dalam sebuah bilik . Diikat pula pada kerusi . Adreana lemah seakan mahu jatuh namun disambut Akif .

Akif ketawa sinis .

" So girl, i repeat again.. With me or you and all your friend die..? " Soal Akif lembut .

" Aku..erm..saya.."

" yess..??"

" Ermm..sayaa.."

Ragu-ragu Adreana bersuara . Renungan tajam dari Akif mampu membuatkannya goyah . Dia menarik nafas dalam-dalam .

"saya..bersama..awak.. "

Gumam Adreana perlahan . Terpaksa akur dengan Akif . Kalau dia menolak, hidup rakan-rakannya pasti musnah . Demi mereka , dia sanggup berkorban . Akif mahu tersenyum panjang tetapi terus mati apabila terfikir sesuatu .

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now