ㆁ17

12.6K 668 27
                                    


" Best men will win "

Rafiq tersenyum senget sambil memandang Akif . Dia melangkah ke tengah ruang bilik tidur . Dengan selamba membuka butang baju bermula dari atas . Begitu juga Akif yang sudah shirtless di hadapan Adreana .

Gadis itu ternganga . Tangan dia menutup kedua-dua mata daripada melihat dua jejaka di hadapan . Sungguh memalukan !

" Come here , boy ! You start first ."

Rafiq menjeling sekilas . Dia mula membuat sedikit lompatan rendah agar urat saraf tidak mudah kejang . Adreana terus melangkah keluar dari bilik .  Teringatkan sesuatu .

Satu tempat yang mahu dia tuju dari tadi lagi . Akif dan Rafiq langsung tidak perasan akan kepergiaan Adreana . Sibuk sangat berlawan .

Mereka berdua berentap .

Tidak menunggu lama , Rafiq lekas menumbuk muka Akif dan dia menendang perut Akif sampai jatuh tertiarap . Lawannya mengeluarkan bunyi batuk yang kuat . Sedikit darah terkeluar dari mulut .

" Baru beberapa minit , kau dah lemah ." Rungut Rafiq . Tiba-tiba rasa tak syok , mudah sangat lawan dia tumbang .

Akif smirk . Dia bangun lalu menolak Rafiq kasar sehingga pecah cermin . Leher Rafiq dicekak dan dihempas ke atas lantai yang berterabur dengan kaca-kaca .

ARGHHH !

Rafiq mengaduh .

" Don't try talk too much . Inilah padahnya . Riak dengan kelebihan yang kau ada . So , mari kita habiskan pertarungan ni . Aku tak suka buang masa ."  Akif mengerling laci meja yang berdekatan dengan katil saiz kingnya.


Melihat Akif sedikit hilang tumpuan , Rafiq menarik kaki Akif hingga dia jatuh terbaring . Serpihan kaca dia capai lalu menoreh sedikit kulit kaki Akif membuatkan lelaki itu merintih sakit . Dia mengangkat tangan yang memegang kaca .

" Kadang- kadang aku boleh jadi psiko macam ini ."

Zapp !

Ditoreh tangan kanan dan tangan kiri Akif pula . Pergerakannya pantas . Tak mampu Akif nak lepaskan diri .

" Dan kadang-kadang aku boleh bunuh orang yang aku benci . Tiada simpati . Tiada maaf bagimu . " Gumam Rafiq bersuara perlahan .

Dilepaskan kaca pada tangan . Kemudian terbaring di sebelah Akif . Merasakan dirinya dalam kepenatan, mata ditutup seketika .


Akif membuka mata . Biarpun kekuatan badan sedikit hilang , tangan Akif bergerak perlahan mencapai laci meja . Dibuka perlahan lahan agar tidak menghasilkan bunyi . Satu benda dicapai sambil tersenyum sinis.

' Kita belum menang lagi budak ' getus hati Akif perlahan . Badannya berguling ke arah Rafiq seraya meletakkan benda itu pada leher Rafiq . Hampir mengena kulit Rafiq .

Belum sempat mahu menyuntik , Rafiq cepat tersedar. Dia mahu bangun dari terbaring atas lantai tapi terjatuh kembali apabila Akif dengan jayanya menyuntik sesuatu cecair itu masuk ke dalam badan Rafiq.

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now