ㆁ14

16.3K 724 12
                                    

Daniel Akif detected.

The badboys bersorak . mereka berjaya trace Daniel Akif yang tinggal di kawasan yang jauh dan sunyi.

The Scarlet Reds dan Kayinata Aishike menuju ke arah the badboys. Mereka pantas membuat strategi untuk masuk ke dalam kawasan Daniel Akif kerana Daniel Akif seorang yang bukan calang-calang orang.

Dengan kadar segera, mereka semua mengambil senjata-senjata yang diperlukan lalu memasukkannya ke dalam sebuah beg besar. Tidak lupa dengan beberapa bom gas pemedih mata untuk menghentikan pengawasan semua bodyguard Daniel Akif.

Mereka semua melangkah ke kereta yang dipandu oleh Rayyan diikuti dengan kereta Adreana dan Reezril di belakangnya.Tanpa disedari, mereka diperhatikan sebuah kereta yang mengikuti mereka dari belakang.

Kenderaan diletakkan di seberang rumah Daniel Akif yang bersebelahan dengan pokok besar. Masing-masing sudah bersiap sedia dengan pistol yang disisip pada tepi pinggang. Rayyan memberi isyarat mata kepada Adreana.

" Ad, kau panjat tembok rumah tu. Hati-hati ramai berjaga malam ni ."

Adreana mendongak memandang tembok tinggi itu kemudian mengerutkan dahi.

" Kenapa gelap je rumah dia ni. Ada ke tak da orangnya. Dahlah suram, sunyi pulak tuh . " Omel Adreana dengan mimik muka yang sengaja dibuat.

Naufal merenungnya tajam.

" Ini perangkap diaorang. Dah jangan nak ganti mak nenek yang kedua pulak. Cukup Rayyan je sorang yang jadi mak nenek. "

Kata-kata itu menyebabkan Rayyan berpaling memandang ke arahnya. Adreana pula sudah berjalan ke hadapan memerhati tembok tersebut dengan jelas. Naufal, Aryan dan Adam tangkas memasang alat-alat senjata sniper di bawah pokok.

" Aku nak korang berdua belasah bodyguard dekat luar rumah sampai lunyai. "

Rayyan memuncungkan bibirnya . menghala ke arah kawasan bodyguard itu. Qaisya ternganga. Isyae pula membulatkan mata .

" Kau nak kitaorang belasah diaorang?"

" Belasah la macam mana pun. Kudrat diaorang tu macam kacang je. "

" Tak masalahnya kau tahu tak kudrat diaorang 2 kali ganda dari kitaorang ni . "

Isyae dan Qaisya menjeling sekilas. Rayyan hanya mengangkat bahu. Mereka mengalihkan pandangan ke arah The badboys.

" Tu diaorang pula buat apa? Goyang kaki ? ke goyang pinggang ? "

Qaisya bertanya Rayyan. Jarinya menghala ke arah the badboys. Isyae hanya diam. Dia ralit memandang pistolnya itu. Rayyan sekadar mencebik bibirnya .

" Kerja diaorang menghadap komputer. Setiap orang jalankan tugas masing-masing. Kau pula jangan nak jealous dengan orang lain."

Qaisya segera bersuara .

" Kau ada nampak muka aku kesah. "

Dengan mimik muka annoying dipaparkan pada Rayyan.Rayyan yang mahu bertelingkah dengan Qaisya terhenti apabila suara Aryan kedengaran.

" Okay guys. Do the Best. Fighting ."

Aryan memberi semangat pendek. Masing-masing menganggukkan kepala. Tali sniper digantung pada leher. Mereka semua melangkah menuju ke Adreana kecuali The badboys .

Isyae terasa diperhatikan . langkah terhenti . Dia menoleh ke kiri memandang seseorang yang berada di bawah lampu .Tiba-tiba dia menyimpulkan senyuman apabila lelaki itu melambaikan tangan kepadanya. Teringat peristiwa kelmarin sewaktu mereka berlawan di dalam kelab malam.

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now