ㆁ20

12.4K 669 18
                                    



Rafiq pov .








Tit .tit. Tit.

Rafiq membuka mata perlahan. Dia memerhati sekelilingnya yang hanya berwarna putih . Semua benda berwarna putih .

" Aku dekat mana ni . "

Tanya Rafiq sendirian . Dia mula bangun dari katil dan memusingkan badan mencari jalan keluar dari imaginasi .

Tiba-tiba semua bayangan bersama Adreana dan rakan-rakannya terpapar pada ruang putih disekeliling . Rafiq mulai pening . Kepala dipegang kuat.

" Argh ! Kenapa dengan aku niyh ? "

" Tolong jangan seksa aku macam ni . Aku nak keluar dari tempat jahanam ni . "

Rafiq menarik rambutnya kuat . Badannya perlahan-lahan jatuh ke bawah . Kesakitan yang tidak terhingga dihadapinya .

Satu tangan yang kecil dan halus menepuk bahu Rafiq dari arah belakang .

Rafiq berpaling untuk melihat wajah yang menepuk bahunya kuat . Satu wajah indah itu ditenung dalam Rafiq . Terbit satu perasaan rindu . Walaupun bukan di realiti , dia tetap mempunyai perasaan itu .

" Ad.. adreana. "

Tubuh Adreana semakin mendekati Rafiq . Tiada jarak di antara mereka . Adreana menghadapnya lalu memegang pipi Rafiq .

Rafiq terpukau . Kedua-dua tangan Adreana yang mengusap pipinya dipegang .

Rafiq memejamkan mata , menghayati sentuhan lembut Adreana .

" Aku rindu kau . "

" Rindu sangat.. "

" Rasa lama sangat berjauhan dengan kau . "

" Jangan . Pernah . Tinggalkan . Aku "

Rafiq berbicara penuh emosi . Bila-bila sahaja air mata boleh gugur namun ditahan sementara . Tiba tiba sentuhan itu menjauhinya . Rafiq membuka mata .

" Aku pun rindu kau juga . Mungkin rindu aku pada kau lagi tinggi daripada rindu kau pada aku . " Adreana tergelak kecil .

" Kau harus bangun , Raf . Bangun dari mimpi ini . Aku akan sentiasa di sisi kau walaupun sebenarnya aku jauh dari semua orang . "

Ujar Adreana tekad lagi . Bayangannya semakin jauh . Tangannya yang digenggam Rafiq ditarik perlahan .

Rafiq mengetap bibirnya .

" Kita akan berjumpa lagi . Jika jodoh kita kuat dan teguh . Percayalah . Kita akan tetap bersama . Selalu ingati aku  ."

Gumam Adreana sebelum pergi membawa diri . Rafiq melihat sayu bayangan itu . Terasa hangat lagi tangan Adreana yang dipegang .

" Aku takkan bangun selagi kau tak muncul di hadapan aku . Itu janji aku ."

Tit .tit .tit .tit. Tit.






🍃🍃🍃🍃










Kayinata Aisyike ft The 4RF

Mereka berlapan menuju ke sebuah bilik seksaan . Berjalan selamba dengan muka dingin sambil memakan gula-gula getah di dalam mulut .

Rayyan memasuki bilik seksaan diikuti dengan mereka di belakang . Dua orang yang duduk berjauhan dan diikat pada kerusi ditatap tiada reaksi .

Rayyan membongkokkan badan . Pipi lelaki kurus tinggi lampai yang penuh dengan calar-balar hasil daripada mereka berlapan ditepuk kuat sehingga terteleng ke tepi .

" Dari semalam aku tanya kau mana sepupu aku dia bawa lari . Susah sangat ke soalan aku ? Bukannya aku suruh kau jawab soalan KBAT pun . "

Kata Rayyan geram . Dia melirik mata ke arah lelaki yang menundukkan kepalanya ke bawah , badan sudah berubah posisi ke depan . Nafas yang dihela lemah kedengaran kuat.

" Tu . Kau nak jadi macam tu ke ? Kena dera teruk baru kau nak bagitahu . Buang masa aku huh !"

Gertak Rayyan sambil mulutnya memuncung ke arah lelaki itu .

Lelaki kurus tinggi lampai menggeleng lemah . Samar-samar pandangan mata ke arah Rayyan .

" Aku tak tahu ! Berapa kali aku nak kata, aku tak tahu ! Kau tak paham bahasa ke ? "  Walaupun dia sudah acap kali dibelasah teruk namun masih boleh menjerit kuat .

Rayyan mengangkat kening sebelah.

" Baik . Kalau kau tak still tak nak jawab , aku tak boleh nak buat apa -apa . Just bersiap sedialah di hari-hari akan datang . " Rayyan melangkah kaki mendekati dinding yang tiada hiasan diletakkan . Kosong . 

Mereka The Badboys memandang Rayyan penuh tanda tanya tetapi tidak bagi rakan-rakan Rayyan kerana mereka hanya menayang riak poker face.

Sudah tahu apa yang Rayyan akan lakukan .

Rayyan menekan dinding itu ke dalam lalu dinding itu memusing 360° . Memaparkan  beratus-ratus senjata tajam disebalik dinding itu yang diletakkan pada kabinet cermin . Dia berjalan semula ke arah jejaka jejaka yang hampir ketakutan itu dan berdiri di antara mereka .

The badboys tergamam. Dalam masa yang sama sedikt kagum melihat pelbagai senjata yang tersimpan kemas di dalam rak .

" Kau nampak apa ada di dinding depan kau ni? Hurm . "

Kedua-dua jejaka itu mengerling sepintas lalu . Malah , tiada balasan langsung yang keluar dari mulut mereka berdua menyebabkan mereka berlapan sakit hati . Namun, melihat riak mereka mulai ketakutan membuatkan mereka senyum menyeringai .

" Aryan , bawakan pen di rak tingkat 2 tu ke sini . "

Arah Rayyan dingin . Tanpa sebarang suara , Aryan mengambil pen itu dan memberinya kepada Rayyan dengan muka yang tiada riak .

Rayyan membuka pen . Rupa-rupanya di dalam pen itu telah diletakkan sebilah pisau kecil tajam yang diukir khas . Sangat tajam kerana bentuk pisau hujungnya halus .

Rayyan memutarkan pisau kecil itu di hadapan lelaki tinggi lampai itu .

" Sebelum tu , apa nama kau ? Takda la . Saja je aku tanya . Mana tahu nanti aku nak balas budi kau dengan ukir batu nisan ke , kan ?" . Rayyan menyinis .

"Amri . "

Jawab lelaki tinggi lampai itu sepatah . Rayyan mengangguk kepala. Naufal mengambil meja bulat yang kecil lalu diletakkan di hadapan Amri . Tangan Amri diangkat dari sisi dan dijatuhkan atas meja .

Rayyan duduk di hadapan Amri . Matanya tajam menikam mata Amri . Tangan yang menggenggam pisau itu dijatuhkan perlahan-lahan sambil menarikan pisau itu di atas meja .

"Cakap kalau kau tak nak kena . "

"Aku takkan cakap lah, bodoh ! Sampai mati pun aku tak akan bagitahu ."

Naufal berdecit. Sampai mati . Huh! Memanglah tak boleh bagitahu , sebab dah mati . Siapa bodoh sekarang ni.

Muka rayyan mula berubah . Geram dengan lelaki di hadapannya yang asyik mendalih jawapan . Susah sangat ke nak bagi kerjasama kepada mereka ? Terus dilajukan pisau itu pada tangan Amri sehingga terhiris kulit tangan Amri dalam .

'Zapp!

"Arghh! "

Wajah Rayyan menyeringai sambil menekan kuat pisau itu pada tangan Amri . Tidak cukup di tangan , pisau itu dihalakan ke arah peha . Ditekan dengan kuat hingga Amri meraung sekali lagi . Darah mengalir di bekas tikaman dengan banyak .

"Ini baru permulaan . Aku dah bertolak-ansur dengan kau tadi tapi kau tolak . Lepas ni jangan harap aku akan berlembut dengan kau. Aku tak akan lepaskan kau . "










Tbc.

VOTE AND COMMENTS AS ALWAYS.

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now