ㆁ18

12.7K 688 77
                                    


Esoknya , semua sahabat Rafiq sudah berada di dalam bilik kecuali Qaisya kerana dia mengalami luka yang banyak dan perlu direhatkan untuk sementara waktu.

" So how Rafiq's condition ? Dia okay kan? "

Tanya Aryan cuak apabila doktor peribadi mereka selesai memeriksa keadaan Rafiq.

Mereka mengingati kembali hal semalam . Kayinata Aisyeike terus bergegas mencari Rafiq setelah Adreana dibawa lari oleh Akif .

Rafiq yang terdampar di atas lantai diangkat oleh Naufal dan mereka tiba di perkarangan rumah terbit fajar tadi . Mereka semua kembali mengalihkan perhatian . Dr.Izzat mengeluh .


" Dia koma . "

Aryan tersentak .

" What ? How Rafiq boleh koma ? Rasanya dia tak ada terjatuh pun ." Jerit mereka serentak .

" Yes memang tak terjatuh tapi Rafiq ni dah kena suntik dengan satu cecair yang pasti ianya sangat bahaya . Kemungkinan koma dia berlarutan. Kamu sebagai kawan-kawan dia banyakkan berborak dengan dia. Luah isi hati . Selalulah kamu semua doakan dia dan Aryan behave dengan percakapan kamu tu . InsyaAllah Rafiq akan sedar tidak lama lagi . "

Dr.Izzat menepuk belakang badan Aryan perlahan sebelum keluar dari bilik tersebut . Reezril menyandarkan kepalanya pada dinding . Cap yang berada di atas kepala dibuka lalu diletakkan pada wajahnya .

" Kalau la aku tahu dia nak pergi serang Akif malam semalam , aku takkan bagi dia keluar dari kereta . Aku takkan . " air mata mengalir sedikit dikesat kasar .

" Semua salah aku . Semua salah aku ." Dia menumbuk bahunya banyak kali . Faqiy yang duduk tadi terus bangun . Bahu Reezril dicengkam kuat.


" Ini bukan salah kau . Ini semua takdir . Takdir yang sudah tertulis. Kita hanya merancang . Ingat tu . " cengkaman dilepaskan seraya berlalu keluar dari bilik .

Semua terdiam.

Mereka hanya mendengar tanpa membalas . Suasana menjadi hening . Tidak lama kemudian , semua keluar meninggalkan bilik kecuali Rafiq yang terlantar atas katil bersama Isyae dan Reezril.

Isyae mengeluh . Dialah yang menyuruh mereka keluar menggunakan isyarat mata .





🍃🍃🍃🍃





Reezril & Isyae Pov .

Isyae yang berdiri di hadapan Reezril terus mendekatkan diri rapat pada Reezril .

Kepala Reezril diusap lalu diletakkan kepala Reezril di atas bahu . Dia dapat rasa ada cecair hangat  membasahi bajunya tetapi dibiarkan . Ditepuk badan Reezril perlahan.

" Peluk aku . "

" Hurm . "

" Peluklah aku , Reez . Aku tahu kau tengah sedih . "

Teragak-agak Reezril mahu memeluk pinggang Isyae . Isyae yang dapat tangkap situasi Reezril langsung menggengam tangan Reezril  . Kemudian, diletakkan pada pinggangnya.

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now