Jisoo memandang tajam Rose. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya. "Bukan ni novel kau ke? " tanyanya pelik.
Kali ini Rose pula yang merasa pelik. "Mana ada. Aku pun baru aje nampak"
Jisoo menggaru kepalanya yang tak gatal. "Habis tu ni buku sapa? " soalnya
"Jennie kot! " Lisa memberi jawapan
"Mana ada. Aku tak minat dengan cerita tak bergambar macam ni. " nafi Jennie.
Jisoo bertambah pelik.
"Dimana kau jumpa novel ni? " risik Lisa
"Dalam kereta Rose. " jawab Jisoo.
Rose mengerutkan dahi. Segera novel itu dirampas lalu dibelek isi kandungannya. Member yang lain hanya menunggu detektif Rose 'membelah siasat' 'mangsa' tersebut.
Mata Rose tertancap pada satu kad kecil yang berbentuk hati. Segera diambilnya lalu dibaca.
Maaf ! Sorry sangat dah buat awak marah. Saya tak sengaja. Semoga awak kembali senyum apabila membaca novel ni.
Salam perkenalan kepada Jisoo!
-Jk-Wajah Rose bersinar2.Dia memandang Jisoo. " Nah ni untuk kau! " maklumnya lalu memberikan kad itu kepada Jisoo. Jisoo mengambilnya lalu dibaca.
" wah dah ada secret admire! " usik Jennie
"Wuishh untungla. " usik Lisa
"Sapa bagi ni? " gumam Jisoo
"Kalau aku kenal mamat ni siaplah dia! " ujar Rose.
"Waeyo? " soal Jisoo
"Sebab dia terlalu pemalu untuk jumpa bestie aku ni. "
Jennie dan Lisa tertawa. Jisoo pula tersenyum2. 'Sapa yang bagi? Macam mana dia tahu yang aku ni suka baca novel? ' detik hati Jisoo.
💎💎💎A few day laters,
Shopping mall." Jen, dress yang kita tempah tu dah siap. So bila nak ambek? " soal Rose sambil meletakkan iphone7 nya ke dalam handbag. Dia baru saja selesai berbicara dengan Miss Jessica Jung selaku pereka fesyen terkenal di Korea.
" Err kita shopping dulu. Pas tu,otw balik, kita pergi sana. " beritau Jennie.
" Huh! " tiba2 Jisoo mengeluh"Kenapa? " soal Lisa
" Aku tak yakinlah malam esok kita dapat bawa lagu tu. Langsung tak yakin! " luah Jisoo sambil membelek2 beg tangan disitu.
"Tapi kita mesti menang pertandingan tu." ucap Rose. "Lagipun, Sistar turut ada kat situ. So? Kita harus yakin dengan diri sendiri. Lagi satu, aku takut kalau Infinite ada disitu. Mesti diorang akan kutuk kita. Kan diorang tu haters! " sambung Rose
"Sshh! " Jennie membuat isyarat senyap.
"Wae? " soal Lisa
"Kau janganlah sebut2 Infinite tu, nanti tiba2 diorang muncul terpacak kat depan kita ni. " luah Jennie sambil mata melirik ke sana sini. Manalah tau kot2 Infinite turut ada disitu. Who knows?
"Arh betul tu. Mulut kau tu masin arh Rose. " sokong Jisoo
Rose tersengih. "Alah chill la. Aku yakin diorang tak da.. Hah! " mata Rose terbuntang melihat sesuatu yang semakin menghampiri mereka. Jantungnya berdegup kencang apabila melihat wajah yang selalu diimpikan sebelum ini.
Jisoo, Lisa dan Jennie kerut dahi.segera mereka menoleh ke belakang. Kali ini bukan jantung yang berdegup kencang tetapi nadi mereka pula seakan2 mahu pecah. Aduh!
" Hai. " sapa Hoya a.k.a dancing group Infinite. Senyuman menawan terbit dibibirnya. Rose sedikit terpesona.
"Lama tak jumpa. Busy sangat erk? " usik Woohyun. Dia mendekati Jisoo. Jisoo pula segera menjauh.
"Korang buat apa kat sini? " soalan bonus dari Lisa
Member Infinite tergelak. " Wei ni shopping mall. Tempat terbuka. Bukan untuk korang je. " perli Sungyeol
Wajah Lisa merona merah.
"K. Nice to meet u guys. But now, we have to go! " ucap Jennie lalu mengajak membernya beredar. Sebelum pergi, Rose sempat menghadiahkan segaris senyuman kepada Hoya tetapi...
"Kau tak payahla nak senyum2 kat aku. Aku takkan syok kat kau lah!" ucap Hoya selamba,mengundang tawa membernya. Rose ketap bibir. Segera dia beredar dari situ.
"Rose tu suka kau lah! " usik Sungkyu
"Kesian dia, kau tak layan. " tambah DongWook
Hoya sekadar tersengih.
" Jawapannya mudah je. Aku tak suka dia. "Member Infinite hanya mampu tersenyum.
💎💎💎
" Korang? Okay tak penampilan aku ni? " tanya Jisoo meminta kepastian kepada membernya. Dia asyik membelek wajahnya di cermin.
Jennie, Rose dan Lisa mengeluh. " Okaylah tu. Kenapa kau risau sangat ya? Tengoklah kami ni, lek and steady. " rungut Rose
Jisoo mencebik apabila mendengar rungutan dari Rose. Kali ini mereka hanya mengenakan dress paras paha dengan pilihan warna sendiri seperti Jisoo memakai dress warna Pink rose ,Jennie berwarna Ungu muda, Lisa berwarna putih susu manakala Rose berwarna biru diamond.
"Jisoo palliya! Kau ni bersiap lambat sangat! " rungut Jennie dengan wajah yang memerah. Lenguh juga kaki dia berdiri menunggu visual mereka bersiap. Berdandan mengalahkan Park Min Young. Hahaks!
"Iyalah. Penat kami tunggu tau! " sokong Lisa
" Alah sabarlah. Aku nak nampak confident kat sana nanti. " balas Jisoo lalu mengambil perfumenya dan disembur ke bajunya.
Setelah Jisoo siap. Mereka segera turun ke porch. Sampai sahaja. Rose segera menekan remote control keretanya. Dia dan membernya masuk ke dalam perut kereta. Rose cuba menghidupkan enjin keretanya, namun hampeh! Tak boleh start!
"Asal wei? " soal Jennie
"Kereta aku tak leh start lah. " ucap Rose sedikit kalut.
" oh.. mwo???!! " tanya Jisoo
Enjoy reading guys.
YOU ARE READING
When Blackpink Love Someone ~~
FanfictionBlackpink telah dicabar oleh media nyanyian untuk menyanyikan lagu Bts. Apakah yang akan terjadi? Tengtereng bacalah Hahaks 💋😂