Rose merasa gunung karakatoanya bakal meletus sebentar lagi apabila terbaca sms yang baru saja diterimanya. Masuk kali ini, sudah 10 kali Rose menerima mesej yang mengatakan SUGA CURANG ! Argh! Sapa ka gerangan orang yang ingin menghancurkan hubungannya dengan Suga? Tak berperikemanusiaan sungguh."Rose. Kau asal? " tanya Jisoo
Rose mendengus kasar lalu memberikan Jisoo handphonenya.
Jisoo yang tak tau apa2 terus saja menyambut huluran itu lalu membaca sms yang tertera. Seketika dia menggeleng. "Kau janganlah percaya sangat. Mana tau ada orang yang dengki dengan kau dan dia guna cara macam ni untuk hancurkan hubungan korang. " nasihatnya sambil menghulurkan handphone Rose.
"Kau ingat aku nak percaya ke? Aku tak kan percaya lah. Yang paling aku geram sangat ni. Sapa orang yang nak hancurkan hubungan aku dengan Suga! " tanya Rose.
"Kalau iya pun kau marah, kau ambek la handphone kau ni. Kau dah tak nak ke? Kalau tak aku nak gadai. " tegur Jisoo.
Rose cebik bibir lalu merampas handphonenya. Jisoo hanya tersengih.
"Nasihat aku lagi, kalau number ni call kau ke. Hantar mesej mengarut ke. Kau jangan layan. Lainlah kalau kau nampak sendiri Suga ngan perempuan lain. Itu baru boleh percaya okay. " ucap JisooRose hanya menganggukkan kepala.
🌹🌹🌹
Deringan handphone sedari tadi membuatkan Suga mendengus. Dia tau gerangan orang yang menghubunginya itu. Kesabarannya yang ada mula terhakis sedikit demi sedikit. Tak faham bahasa ke minah ni?!
"Suga. Handphone kau bunyi tu. Pick up la. Bising tau tak! " marah Namjoon
Suga menghela nafas panjang lalu membawa handphonenya pergi ke halaman rumah. Setelah itu, dengan segera dia mengangkat phonenya itu.
"Hello! Kau nak apa lagi arh? Aku dah kata jangan call aku kan? Nanti ada masa terluang aku datang jumpa kau!" ujar Suga kepada si pemanggil" I tak kira, I nak you datang rumah I juga. Dalam masa 30 minit, I nak you dah ada kat sini. Kalau tak.. " nada suara perempuan itu meleret seakan2 mengugut.
"Eh kau jangan nak buat kerja gila eh?! Hari ni aku tak boleh jumpa kau. Rose nak jumpa aku. " marah Suga
"Rose. Rose. Rose! Balik2 perempuan tu aje. Dahlah! Kalau selepas 30 minit you takde, I akan bunuh diri. " ugutnya. Dia mematikan panggilan.
"Pabo! " maki Suga. Dengan sepantas mungkin dia pergi ke rumah gadis itu, selepas 35 minit, Suga sudah sampai di hadapan kondo milik Gadis itu. Dengan perasaan bercampur baur, Suga mengetuk pintu.
Selang beberapa saat. Pintu rumah terbuka. Terjengul kepala Bora dengan wajah yang gembira.
" Baby, I dah agak you akan datang. You love me right? " teriak Bora gembira lalu memeluk Suga. Suga tercengang. Segera dia meleraikan pelukan Bora.
"Kenapa? " tanya Bora dengan nada tak puas hati
"Aku dah sampai. Kau nak apa sebenarnya? " tanya Suga
Bora memeluk tubuh sambil mendengus."I nak ajak you keluar lunch sama2." beritahunya
Suga mengangguk." Ouh.jomlah!" ucapnya sambil menarik tangan Bora.Bora pula kembali membuat ekspresi wajah gembira." okay. I kunci pintu dulu." pintanya lalu segera mengunci pintu rumah.
"Jom!" ajak Bora .
Setelah itu, Suga dan Bora berjalan bersama2 sambil berpegangan tangan. Bora pula dengan senang hatinya melentokkan kepala di bahu Suga.
Suga pula dilanda perasaan risaunya. Dia risau kerana sudah berani mencurangi Rose. Walhal, gadis itu setia dengannya.
Bora dan Suga memasuki pintu lif. Setelah itu, seorang lelaki berpakaian serba hitam muncul di situ juga. Hatinya merasa berbunga2 kerana telah mendapat beberapa keping gambar Bora dan Suga tadi.
🌹🌹🌹
Di shopping mall,
Rose sengaja membeli banyak barang untuk menghilangkan perasaan marahnya. Dia tidak menyangka selama ini Suga sanggup menipunya. Mula2 dari sms mengarut kunuk, lepas itu, gambar Suga dan Bora. Yang itu Rose masih boleh tahan lagi, tetapi apabila melihat adegan sweet di restoran tadi, rasa2nya gunung helena ingin meletus .
Argh! Menyesal pula tidak kasi lebam muka dua ekor makhluk terbodoh di di dunia tadi tu. Tapi tak apa, kita tengok sejauh mana Suga menipunya. Just see..
"Hai Rose! " sapa Hoya. Rose berpaling ke arahnya.
"Ouh hai juga! " balas Rose
"Marah nampak? Asal? " usik Hoya
Rose pula segera memanas."Kau ni kan, balik rumah nanti, kau nak makan nasi ke makan kasut?! " marah Rose
"Wow. Marah giler kau ni, kenapa? Ada masalah bf ke? " tanya Hoya
Sekali lagi, Rose mendengus. "Takde! " bohongnya lalu segera pergi dari situ.
Hoya mengikutinya. "Aku tau kau ada masalah dengan Suga! " ucap Hoya lantang.Langkah Rose terhenti, wajah Hoya disebelahnya dipandang. "Apa maksud kau ni? " tanya Rose
Hoya tersengih. "Tadi kat restoran. Aku ada nampak dia dengan.. Seorang member sistar. Kalau tak silap aku.. "
"Bora? " potong Rose
Hoya kerut dahi. "Kau tahu? Asal kau tak pi serang diorang? " soal Hoya dengan wajah terkejutnya.
"Saja. Aku nak tengok sejauh mana dia nak perbodohkan aku. " jawab Rose
"Tapi kan bagus.. Kalau kau curang kat belakang dia. Adil an? " cadang Hoya
Rose terdiam sejenak. Ada benarnya juga. "Tapi sapa orang yang nakkan aku? " rungut Rose
"Aku kan ada! " kata Hoya. Rose terkejut beruk. "Minchasseo! " maki Rose sebelum pergi dari situ.
Hoya tersenyum sinis. "Gila eh? Memang aku dah gila! "
🌹🌹🌹
Di gym,
" Hoya, kau dah send gambar aku ngan Suga kat Rose? " tanya Bora sambil mengelap peluh di dahi.
" Dah! " jawab Hoya yang melakukan ujian angkat berat.
"Yes! " sorak Bora gembira.
Tiba2 handphone Hoya berdering. "Hello. " sapa Hoya kepada si pemanggil. Bora hanya memasang telinga.
"Okay. I will see you later. Aku kat gym sekarang ni. Nanti sekejap lagi aku sampai sana. Oky bye honey! " Hoya memutuskan talian.
" Who's that? Girlfriend? " tebak Bora
Hoya mengangguk. "Yes. Kau nak tau sapa? "
Bora mengangguk. " Rose lah! " jawab Hoya. Bora nyata terkejut.
"Wow. Menarik. Dia terpikat ngan kau ke? " soal Bora
"Well. Dia nak balas dendam ngan Suga. " beritahu Hoya. Bora tersenyum jahat. Hoya pun sama. Tetapi mereka tak perasan yang Chanyeol, pemilik Gym ini telah mendengar segalanya.
🌹🌹🌹
"Rose? Kau buat apa kat sini? " tanya Jennie ,kebetulan terjumpa dengan Rose di restoran. Seorang diri pula tu.
"Err takdelah. Aku nak jumpa kawan." jawab Rose sedikit gugup apabila melihat Jisoo, Jennie dan Lisa yang tiba2 menyapanya. Dia bagaikan panas punggung apabila memikirkan tentang Hoya yang mungkin dalam perjalanan ke restoran.
YOU ARE READING
When Blackpink Love Someone ~~
FanfictionBlackpink telah dicabar oleh media nyanyian untuk menyanyikan lagu Bts. Apakah yang akan terjadi? Tengtereng bacalah Hahaks 💋😂