Our Love Always Be Together 2

1.5K 102 6
                                    


Jisoo pergi ke kondominium member Bts. Sampai saja disana, ingin saja dia menjerit apabila melihat pagar dikunci.
"Alamak kenapa dikunci?! " bentak Jisoo sambil menendang pokok bonsai dengan sekuat hatinya. Ketika itu telinganya menangkap bunyi kunci berdesing di pokok tersebut.

"Kunci! " gumam Jisoo lalu menyelongkar pokok tersebut. Dia terjumpa kunci di dalam pasu. Segera dicapai lalu pintu pagar dibuka.

Setelah terbuka, Jisoo menceroboh masuk ke dalam rumah mereka. Hanya sekilas pandang, Jisoo terpandang pintu bilik yang mempunyai nama Bunny Kook.
Dengan  perasaan tak malunya, Jisoo memasuki bilik Jungkook.

"Ini bilik atau muzium? " soalnya apabila terlihatkan keadaan bilik Jungkook yang teratur tetapi dipenuhi dengan gambar mereka berdua.

Tiba2 mata Jisoo menangkap sebuah kotak hadiah berwarna Pink. Segera Jisoo membukanya dan mendapati ada sebuah CD didalamnya. Dia memainkan CD tersebut di laptop Jungkook.

Setelah dimainkan, air mata Jisoo kembali bergenang apabila melihat wajah Jungkook yang membuat rakaman video di hospital. Hati Jisoo menjadi sebak apabila melihat Jungkook yang sudah botak tersenyum ke arah kamera.

"Hai Soo. Mianhae sebab larang awak jumpa saya. Saya tak nak awak benci saya setelah lihat saya dah botak ni. Tapi semua ni dah takda gunanya lagi selepas awak tengok video ni. I'm look ugly right? I hope u will meet someone who can protect u . Kita putus eh Kim Ji Soo. Saranghae. Sebagai hadiah terakhir dari saya, I love to sing.. For you.. " ujar Jungkook.

Jisoo sudah menangis teresak2.

Jungkook mencapai gitar yang dihadiahkan oleh Jisoo kepadanya lalu memetik gitar itu.
"Lagu ni. Saya cipta sendiri tau. Tanpa bantuan member lain. Dengar sampai habis eh? " pinta Jungkook.
"Tajuk lagu ni ialah Our Love Always be together.. Walaupun kita tak ditakdirkan untuk bersama." sambung Jungkook lagi. Dia mula memetik gitar dan menyanyi.

Suara lunak Jungkook menyelusup masuk ke sanubari Jisoo. Selesai Jungkook menyanyi, Jungkook tersenyum manis sambil membuat wink kepada Jisoo.

"Don't cry baby. Saranghae! " ucap Jungkook sambil melambaikan tangan.
Selepas itu skrin laptop padam. Jisoo menyeka air matanya.
"JUNGKOOK!! " jeritnya sekuat hati.

                          🗼🗼🗼

Two month later,,
Paris, France.

Jisoo duduk menghadap menara Eiffel yang tinggi itu dengan wajah yang muram. Sudah dua bulan berlalu dia dan Jungkook putus.

Flashback one month ago,

Jungkook sudah boleh keluar dari Hospital. Rambutnya mulai tumbuh seperti sedia kala. Tetapi semangatnya untuk terus hidup seakan2 tak pernah tumbuh lagi. Dia merasa sakit hati apabila mengenangkan Jisoo yang sudah bahagia bersama orang lain. Maka itulah, dia mengambil keputusan untuk keluar dari group Bts dan pergi ke Amerika untuk melanjutkan pelajaran.

Di airport,

Jungkook berjalan perlahan menuju ke balai berlepas, terpaksa Jungkook memaksa diri untuk pergi walaupun baru kemarin dia keluar dari hospital.

"Jungkook! " langkah Jungkook terhenti apabila seseorang memanggilnya dari belakang. Dia berpaling ke belakang lalu....

" Jungkook. Please don't leave me! " pinta Jisoo sambil memeluk Jungkook. Wajahnya sudah basah dengan air mata.

"Soo, apa awak buat kat sini? " tanya Jungkook sambil mencuba melepaskan pelukan Jisoo.

"Jangan pergi! " pinta Jisoo. Jungkook melepaskan pelukan Jisoo.

" Aku bukan teman lelaki kau lagi. Jangan cari aku, lagi satu aku nak kau ingat! Aku dah tak sayangkan kau lagi. Kau dah lenyap dari hidup aku! " marah Jungkook membuatkan Jisoo tersentap. Tanpa membuang masa, Jungkook pergi ke balai berlepas tanpa memandang Jisoo lagi. Hatinya sakit melihat Jisoo menangis, tapi dia tak mampu nak terima Jisoo dah bahagia dengan orang lain dan ini saja yang mampu dilakukan olehnya.

End Flashback

Jisoo membawa diri ke France selepas meminta keizinan untuk bercuti selama 3 bulan kepada agensinya.

Hari kian melabuhkan tirainya, Jisoo bingkas bangun. Dia ingin membuka langkah namun pergerakannya terhenti apabila ada seseorang memanggil namanya. Jisoo tegak seperti patung.

" Kim Ji Soo! " panggil Jungkook. Dia duduk melutut di belakang Jisoo.
" Saya minta maaf Soo. Saya bodoh sangat masa tu, saya langsung tak dengar penjelasan dari awak. Saya sangka awak dah ada orang lain, sebab tu saya cakap macam tu. Rose dah cerita semua kat saya . Saya cari awak merata tempat dan akhirnya saya jumpa awak kat kota Paris ni.Please Soo.  Saya merayu,Comeback to me baby! " ujar Jungkook panjang lebar.

Tubir mata Jisoo seakan2 berat. Mungkin sekejap lagi air matanya akan jatuh. Tak dinafikan dia sangat merindui lelaki itu. Perlahan2 Jisoo berpaling ke belakang. Air mata yang ditahan tumpah jua setelah melihat Jungkook duduk berlutut bersama dengan air mata. Jungkook menangis?

Jisoo menarik lengan Jungkook untuk bangun. Jungkook bingkas bangun. Air matanya diseka oleh Jisoo.

"I miss you. " 3 perkataan saja yang meluncur keluar dari bibir Jisoo.

" I miss you more Jichu! " balas Jungkook lalu membawa Jisoo kedalam dakapannya. Jisoo mengukir senyum manis di dalam dakapan Jungkook.

End!

When Blackpink Love Someone ~~Where stories live. Discover now