bab 1

8.8K 113 3
                                    



 Hari pertama sekolah

"eh nak pergi mana tu?" tanya ikhsan sambil menghalang yuni yang cuba menaiki tangga untuk ke kelas.

"tepi sikit boleh tak? Dah tahun ni nak spm pun macam budak-budak" tegur yuni.

Kawan-kawan yuni iaitu siti , sarah dan wati hanya tersipu-sipu malu apabila melihat abang 'hot'. Ikhsan ni ibarat lelaki idaman setiap perempuan kat sekolah ni. Kelakar, pandai, kaya , hensem pulak tu.

Abang-abangnya iaitu asyraf, syafiq dan khairul pula tersandar di pondok berdekatan sambil ketawa.

Si ikhsan pula boleh pulak gerak ke kiri ke kanan macam ala-ala ketam. Adui ape lah nasib abang aku dapat kawan tak betul. walaupun tak betul, dah lama yuni syok kat dia. step marah padahal suka.

"abang tengok dia ni." Rungut yuni kepada asyraf.

"abang tengok dia ni" kata ikhsan yang cuba meniru cara yuni merungut.

"dah lah tu ikhsan. Dia tu baru hari pertama form 3, kau dah kacau dia" kata syafiq

Asyraf ni abang kandung aku. Yang abang-abang lain termasuklah fahmi hanya abang angkat. Mereka berkawan hampir 6 tahun jugalah. Tahun ni mereka akan duduki spm . Mereka ni kirakan geng abang-abang famous dalam sekolah. Gila tak famous. Players ragbi terbaik di sekolah. Jarang ade sukan ragbi di sekolah, tu pasal agaknye famous. Mereka semua murid kelas pertama (not bad kan), anak-anak dato termasuklah yuni dan asyraf( kaya rayalah). Last but not least sado. 

Hampir hari-hari aku diusik oleh ikhsan sejak aku menjejakkan kaki di sekolah ini. Walaupun hampir 3 tahun di sekolah yang sama dengan abang sendiri, hampir setiap masa juga kita akan bersama. Dah macam bodyguards. Tapi ade juga yang mata merah. Maklumlah, dikelilingi anak-anak dato. Lagi-lagi geng minah tarzan. mereka ni anak Tengku. Tergedik-gedik nak kan abang-abang kita. Macam ulat bulu, rimas aku tengok. Selama tiga tahun juga aku bermusuh dengan dorang. Tak boleh bertembung. Pernah sekali aku dikelilingi geng minah tarzan quadruplets ni masa tu aku baru form 1. Baru form 1 dah kene kacau.

Minah-minah ni siap main Tarik-tarik rambut pulak. Lepas tu kita disepak-sepak pula. Kakak-kakak senior ni memang kene belasah jugak ngan aku.

"kau asal rapat ngan fiq, khai ngan ikhsan? Abang kau asyraf kan?" tengking Ain.

"Tak payahlah rapat dengan yang lain. Dorang tu kita punya!" kata farah.

Hampir sepuluh minit aku kat belakang sekolah. Padahal dah janji dengan abang akan balik sama. Naik pula darah aku ni.

"kene belasah juga dorang ni dengan aku" bisik hati aku.

Selepas ditampar oleh ain, kali ni memang dah tak tahan ah. Tangan ain yang cuba menamparnya ditahan.

PANGG!!!!!

Habis pipi ain merah dibuatnya, padahal baru kene tampar. Kali ini ain, farah dan irah cuba menarik rambut aku apabila jeritan seorang lelaki mematikan kesunyian.

___________ 

siapakah jejaka yang selamatkan yuni?

first time sis try sebab bosan. so macam mana okay tak for first timer?


Kawan Abang! [FULL STORY]Where stories live. Discover now