" Eh perempuan!" tengking wanita itu.
Yuni yang menoleh hanya melemparkan senyuman.
"Ye cik ain nak apa dengan saya?" tanya yuni.
"Kau ada apa dengan ikhsan?" tanya ain.
"Tak ada apa-apa." Tipu yuni.
"Dah jadi tunang orang pun masih terhegeh-hegehkan ikhsan" balas ain dengan nada yang sinis.
"Mana cik ain tahu yang saya dah bertunang?" tanya yuni.
"Tak akan minah tarzan ni tak tahu aku tunang dengan ikhsan?" bisik hati yuni.
"Mana I tahu tak penting. Yang penting you jauhkan diri dari ikhsan."kata ain.
Sebelum beredar sempat ain mencurahkan air ovaltine di tangan yuni.
*DI BILIK KHAS*
Yuni terlelap apabila meletakkan tuala berisi ais di tangan. Hampir setengah jam yuni tertidur. Sedangkan ikhsan yang masuk pun yuni tak perasan. Ikhsan yang datang mendekatinya hanya terpandang wajah penat yuni.
"Tidur mati pun boleh Nampak lawa ke?" bisik hati ikhsan.
"asal dengan tangan baby ni?" tanya ikhsan kepada diri sendiri.
Ikhsan perlahan-lahan menarik tuala dari tangan yuni. Melihat tangan yuni membuat ikhsan risau. Tangan yuni ditekap perlahan dengan tuala itu. 20 minit kemudian baru yuni tersedar.
"eh apa boss buat ni?" tanya yuni.
"asal dengan tangan?" tanya ikhsan balik.
"eh tak apa." Jawan yuni sambil cuba mengambil tuala dari ikhsan.
"duduk je, jangan gerak." Marah ikhsan.
Yuni memang tak berani kalau dah dimarahi.
"Siapa buat?" tanya ikhsan.
"terlanggar."bohong yuni.
"tipu. Jawab betul-betul." Balas ikhsan sambil memandang yuni dengan tajam.
"tak tipu." Jawab yuni, cuba mengelak dari melihat ikhsan.
"lepas tu ni apa?" jawan ikhsan sambil menunjukkan video.
Semasa yuni tertidur, rupanya ikhsan telah menyuruh orang security memeriksa cctv di pantry.
"dah tahu tanya" marah yuni.
"lain kali jangan bohong boleh tak?" tanya ikhsan kepada yuni.
Yuni cuba merampas tuala dari ikhsan. Tangan ikhsan bergerak-gerak untuk mengelak. Tapi malangnya nasib yuni, apabila tersentuh bahagian yang salah. Mereka hanya memandang satu sama lain buat beberapa saat apabila yuni tersedar.
"umm... sorry sorry tak sengaja." Kata yuni sambil mengangkat tangannya yang dari tadi terpegang bicep ikhsan.
Cepat-cepat yuni merampas tuala dari ikhsan dan keluar dari bilik. Ikhsan memanggilnya tapi tidak dihiraukan.
___________________
mesti malu kan?
sila vote dan comment!

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Abang! [FULL STORY]
Romanceanggap sebagai abang. tapi 'abang' lain jadinya. sebelum pergi, sempat berjanji. Ingatkan hanya gurauan tapi tidak. Hampir 7 tahun berlalu, ingatkan dah lupa. Tapi tidak!