*KEESOKKAN HARI DI OFIS*
"jom lunch dengan abang."kata ikhsan yang buka pintu bilik yuni sebelum ketuk.
"no."jawapan ringkas dari yuni.
"makan lunch dengan abang atau tarikh perkahwinan kita akan abang cepatkan."jawab ikhsan dengan nada sini.
"okay fine!"teriak yuni.
"asyik ugut je.."bisik hati yuni sambil memandang ikhsan dengan tajam.
Ikhsan hanya melemparkan senyuman manis sebaik sahaja mendengar jawapan yuni. Semasa menunggu lif, yuni hanya memerhatikan ikhsan dari reflection di pintu. Apabila sepasang mata membalas tenungan yuni, yuni cepat-cepat memandang lantai. Di dalam lif, yuni hanya terdiam. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, serta merta yuni bersuara.
"eh abang.... Amir"kata yuni sambil perlahankan suara apabila memanggil amir abang, takut didengar ikhsan.
"jom lunch sama-sama." Kata amir dengan riang.
Yuni yang terlupa akan ikhsan disebelah hampir menerima pelawaan amir, apabila ikhsan bersuara.
"Dia makan dengan aku."jawab ikhsan yang tersenyum kepit
Yuni hanya tersengih dekat amir tapi menjeling ikhsan sebelum meninggalkannya. Ikhsan cuba mendahului yuni dan buka pintu kereta untuk yuni masuk. Sepanjang perjalanan ke kedai makan, mereka berdua mendiamkan diri.
*DI KEDAI MAKAN*
"Nak makan apa?"tanya ikhsan.
"Nasi goreng pattaya."jawab yuni.
"Air?" tanya ikhsan lagi.
"Bandung." Balas yuni.
Sambil menunggu makanan sampai, ikhsan tiba-tiba bertanya.
"Abang tanya, baby jawab sepatah je. Tak rasa nak borak dengan abang ke? "tanya ikhsan dengan nada lembut.
Yuni hanya memandang ikhsan dan menggelengkan kepala. Sedang mereka makan, tiba-tiba tetamu yang datang tanpa diundang muncul.
"eh sayang, you lunch kat sini jugak." Tanya wanita itu.
"eh eh minah ni. Mana-mana aku pergi dia ada."rungut hati yuni.
"You makan dengan dia ni?" tanya wanita itu sambil cuba memegang bahu ikhsan.
"Stop it, ain! Kita kat tempat awam kan? Tak malu ke?" tanya ikhsan.
"Boss saya pergi dulu."kata yuni dan terus berlalu, belum sempat menghabiskan nasi goreng pattaya.
*DI OFIS*
"aduh laparnya. Tadi ye ye nak pergi. Kan dah lapar." Rungut yuni.
Sedang yuni tersandar di kerusi, bau makanan menusuk ke hidung.
*DI WHATSAPP*
Ikhsan: datang bilik khas sekarang!
Yuni. K
Yuni yang baru membuka pintu, sudah boleh menghidu bau nasi.... NASI GORENG PATTAYA TADI!
"Abang dah bungkuskan nasi untuk baby."sambil menunjuk bungkusan di meja makan.
"Terima kasih boss!"jawab yuni dengan selamba.
Yuni yang sibuk makan rasa tidak senang sejak dari tadi sebab diperhatikan oleh ikhsan. Ikhsan duduk betul-betul kerusi sebelah yuni. Lengan di atas meja, telapak tangan menyokong dagu.
"Sedap?" tanya ikhsan.
"Boss nak apa sebenarnya?" tanya yuni.
"tak ada saja nak tengok sayang abang makan." Balas ikhsan.
Hampir tersedak yuni dibuatnya. Cepat-cepat yuni habiskan nasi dan terus keluar ke pantry. Ikhsan hanya tergelak melihat gelagat yuni.
*DI PANTRY*
Yuni yang termenung sambil mengacau air ovaltine terkejut apabila ade perempuan meninggikan suara.
______________
siapakah pemilik suara itu?
sila vote dan comment pendapat anda!
YOU ARE READING
Kawan Abang! [FULL STORY]
Romanceanggap sebagai abang. tapi 'abang' lain jadinya. sebelum pergi, sempat berjanji. Ingatkan hanya gurauan tapi tidak. Hampir 7 tahun berlalu, ingatkan dah lupa. Tapi tidak!