"Apa ni?" tanya yuni
Tetamu di dalam rumah itu yang rancak bersembang hanya terdiam mendengar teguran yuni. Tetamu yang dimaksudkan adalah 'pakcik-pakcik hot', gang flowers dan abang-abang.
"Kalau ye pun, beri lah salam."tegur daddy.
Yuni hanya tersenyum dan terus menyalam semua. Yuni hanya memberi signal untuk gang flowers masuk ke biliknya.
"DI BILIK YUNI*
"apa ni semua?"tanya yuni yang sedang bercekak pinggang.
"Apa kata kau mandi dulu.." jawab siti.
"betul tu.."sokong sarah.
Masing-masing hanya ingin melarikan diri dari pertanyaan yuni. Takut salah jawab. Sebaik sahaja turun dari tangga, yuni berniat ingin duduk di ruang tamu dan bersembang dengan yang lain tetapi kelibat seseorang lelaki membuat yuni panas.
"korang aku duduk luar tau." Kata yuni kepada gang flowers.
Gang flowers hanya mengikut yuni ke luar rumah dan duduk di kerusi di taman. Sedang yuni sibuk ketawa, tiba-tiba satu persatu kawannya ingin masuk ke rumah.
"babe, I masuk dulu." Kata sarah
"I pun" jawab siti dan wati serentak.
Rupa-rupanya ikhsan yang menghampiri. Yuni baru cuba ingin melarikan diri tapi lengannya ditarik.
"duduk dulu." Kata ikhsan.
Yuni pula hanya terduduk sambil memandang ke tempat lain.
"baby marahkan abang?" tanya ikhsan.
"Saya rasa tak perlu jawab soalan boss."jawab yuni tapi tidak memandang ikhsan.
"abang mintak maaf." Kata ikhsan dengan nada yang amat sayu.
"Orang yang dah buat salah je mintak maaf. Boss ada buat salah dengan saya ke?" sindir yuni.
"abang tahu yang yuni dah dengar perbualan abang dengan ain."kata ikhsan sambil memandang bawah.
Yuni yang menoleh untuk memandang ikhsan tiba-tiba rasa serba salah. Apabila ikhsan mendongak cepat-cepat yuni memandang tempat lain.
"okay tak apa kalau tak nak maafkan abang. Tapi baby akan tetap kahwin dengan abang."kata ikhsan membuat muka nakal.
"apa hal mamat ni? Tadi emo sekarang lain."bisik hati yuni.
"no."jawab yuni dengan pantas sambil mengangkat kaki masuk ke dalam rumah.
"yes!'jerit ikhsan yang kononnya mengejar yuni dari belakang.
Sebaik sahaja yuni melangkah kaki masuk ke rumah, malapetaka menimpa.
"Baby kahwin dengan ikhsan hujung bulan."kata papa sambil tersenyum.
"APA!" hampir terjerit yuni.
"kan abang dah cakap." Kata ikhsan dengan nada yang nakal.
Ikhsan betul-betul berdiri di belakang yuni. Yuni yang menoleh terkejut kerana muka mereka terlalu dekat. Dalam hati sebenarnya malu. Yuni hanya menjeling dan terus ke bilik.
Kiriman mesej yang diterima membuat tidur yuni menjadi tidak lena.
*WHATSAPP*
BOSS: Jangan makan lunch dengan amir lagi. Makan dengan abang and pasal ain, kalau baby rasa jealous cakap je. Tak salah pun kalau cakap jealous.
"eh eh mamat ni. Aku jealous? No way." Kata yuni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Abang! [FULL STORY]
Romanceanggap sebagai abang. tapi 'abang' lain jadinya. sebelum pergi, sempat berjanji. Ingatkan hanya gurauan tapi tidak. Hampir 7 tahun berlalu, ingatkan dah lupa. Tapi tidak!