bab 23

3.4K 70 1
                                        


Hampir 2 hari yuni tidak melayan suaminya. Ikhsan pula tidak lagi cuba untuk memujuk yuni lagi.

Hari itu, ain a.k.a minah tarzan singgah ke ofis nya. Sempat dia melambaikan tangannya sebelum masuk ke bilik ikhsan. Satu hari hujan turun dengan lebat. Yuni yang terlupa akan jemuran di rumah, terpaksalah dia pulang ke rumah dengan cepat.

Sebaik sahaja terdengar kereta masuk, yuni keluar dari bilik hanya untuk menyalam suaminya. Tepat pukul 8 malam, yuni menerima voice message dari ikhsan.

Ikhsan: You cakap apa kat yuni haritu?

Ain: I saja cakap yang I nak kahwin dengan you. Sebab I mengandungkan anak you. I gurau je.

Ikhsan: I tak nak you kacau wife I lagi.

Ain: Wife you? Yuni?

Ikhsan: Yes, wife i!

Yuni yang baru mahu merehatkan diri selepas mandi terus terduduk. Tanpa membuang masa, yuni berlari ke bilik atas. Pintu diketuk tetapi tiada orang menyahut. Perlahan-lahan pintu bilik dibuka. Yuni masuk ke bilik dan mencari suaminya, apabila menoleh tiba-tiba terlanggar sesuatu.

"Aduh!" kata yuni sambil menggosok dahinya.

"Ni masuk bilik orang sesuka hati kenapa?" tanya ikhsan.

Hampir menggeletar yuni memandang ikhsan yang hanya bertuala. Tertelan air liur yuni melihat susuk tubuh ikhsan.

"Baby nak mintak maaf..." kata yuni sambil tunduk.

"Dah mintak maafkan?" Keluar." Arah ikhsan.

Yuni keluar dari bilik dan terus ke biliknya.

"Nasib baik nafsu masih terkawal." Kata ikhsan yang sedang terduduk di hujung katil.

"Bini aku biar betul? Pakai baju tidur pendek gitu? Ketat gila! Tidur dengan aku tak pernah pakai macam tu" kata ikhsan kepada dirinya.

Yuni yang berada di dalam biliknya hanya terfikir.

"Nak mintak maaf pun kene halau."kata yuni.

Malam itu apabila yuni sedang tidur, tiba-tiba guruh. Yuni terbangun dari tidur. Bunyi guruh memang yuni takut. Pada mulanya, yuni hanya ingin duduk didalam bilik. Tetapi bila kilat sambar menyambar, cepat-cepat yuni ke bilik atas.

"abang...."kata yuni sambil membuka pintu bilik.

Ikhsan yang tersandar hanya memandang yuni.

"Baby duduk kat katil je. Baby tak kacau abang. Baby kat sini je." Kata yuni sambil duduk di atas katil.

Ikhsan hanya memandang yuni dan membiarkannya.

"entah boleh tahan ke tak nafsu aku ni." Kata ikhsan dalam hatinya.

Guruh sudah berhenti tetapi angin sejuk masuk dari tingkap membuat yuni sejuk. Yuni yang sibuk menonton video di telefonnya tiba-tiba tidak berasa sedap hati. Seperti seseorang sedang memerhatikannya.

"Abang asal pandang baby macam tu. Baby tahu abang marah . Baby tahu baby salah." Kata yuni sambil membuat muka simpati.

"Abang tak cakap pun abang marah." Balas ikhsan.

"Abeh kenapa abang pandang baby macam tu?"tanya yuni.

Ikhsan memandang yuni dari bawah ke atas. Yuni pun melihat dirinya. Rupa-rupanya baju tidur yuni naik ke peha, membuatkannya kelihatan pendek. Yuni yang sedar akan keadaannya terus cuba menjauhkan diri.

______________________

sila vote dan comment!

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan yang diberikan. Maaf jika cerita saya ni merepek. 

Tinggal satu bab lagi! maaf kalau ending dia bukan apa yang awak semua sangkakan.

Kawan Abang! [FULL STORY]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang