Hampir 7 tahun yuni tidak berhubung dengan ikhsan. Hanya abang-abang lain sahaja yang dia berjumpa selepas mereka tamat pengajian. Mereka juga telah membuka syarikat bersama 3 tahun yang lepas. Walaupun ikhsan tiada disisinya, memang tak mampu untuk yuni lupakan.
Sekarang semuanya telah berubah. Yuni tidak lagi ganas tetapi lebih lemah lembut dan manja. Abang fiq dan wati sedang kenal hati budi masing-masing. Manakala, abang khai dan sarah sudah 1 tahun bercinta. Abang asyraf pula sudah setahun bertunang dengan siti. Mereka ni semua berkenalan senyap-senyap. Takut kantoi. Semua bekerja kecuali yuni yang baru ingin mula bekerja di syarikat abang-abangnya.
*DI BANGUNAN SYARIKAT*
Sedang berjalan ke arah lif, yuni ternampak gang flowers.
"HOI! Korang kerja kat sini rupanya.." kata yuni sebelum menyergah mereka dari belakang.
Panjang lebar mereka berborak. Mereka semua membawa yuni ke bilik khas. Bilik khas hanya digunakan oleh abang-abang dan gang flowers.
"So where is my room, abang?" tanya yuni kepada abang asyraf.
"Sebelah je."jawab abang asyraf sambil menunjuk ke bilik sebelah.
"Great, abang is my boss!" kata yuni dengan penuh kegembiraan.
"Nope, I'm not." Jawab abang asyraf.
"Then who?" tanya yuni.
Yuni hanya memandang satu persatu abang-abangnya. Masing-masing menggelengkan kepala. Gang flowers bernasib baik sebab kekasih hati mereka adalah boss mereka. Sama bidang pula tu. Tepat pada 9 pagi, mereka beredar. Yuni ditunjuk ke biliknya oleh PA boss iaitu kak fiza. Baru ingin melabuhkan punggung, kak fiza sudah kembali.
"Boss nak jumpa dengan engineer baru. Bilik dia kat situ"kata kak fiza sambil menunjuk bilik di hujung lorong.
Yuni hanya mengangguk dan keluar dari bilik. Takut juga fikirkan tentang rupa boss dia. Sebaik sahaja di depan pintu bilik. Yuni membaca papan di pintu.
HEAD OF DEPARTMENT
MR. IKHSAN BIN DATO' K
"JAP! Nama macam pernah dengar. Don't tell me this is.. whatever.."bisik hati yuni.
Pintu bilik diketuk. Suara dari dalam memberi izin untuk masuk.
"ye ada apa boss nak jumpa saya?" tanya yuni dengan suara terketar-ketar.
Boss hanya tersandar di kerusi empuk sambil membaca fail. Fail pula menutup muka boss. Yuni cuba mengintai muka boss.
"Saya ni takde lah hemsem sangat sampai awak kene intai." Kata boss sambil meletakkan fail di atas meja.
"Sorry boss saya tak..." jawab yuni
Belum sempat yuni menghabiskan ayatnya, dia terdiam apabila memandang wajah boss.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kawan Abang! [FULL STORY]
Romanceanggap sebagai abang. tapi 'abang' lain jadinya. sebelum pergi, sempat berjanji. Ingatkan hanya gurauan tapi tidak. Hampir 7 tahun berlalu, ingatkan dah lupa. Tapi tidak!