bab 17

2.9K 60 3
                                        


"Habis lah aku.." kata ikhsan kepada dirinya.

Sejak hari itu, yuni langsung tidak makan tengah hari bersama ikhsan. Hampir seminggu yuni berdiam diri.

*DI WHATSAPP GANG FLOWERS*

Yuni: Jom keluar hari ni!

Sarah: sorry lah aku busy.

Siti: sorry babe

Wati: aku pun

"semua tak ingat ke hari ni birthday aku?" tanya yuni kepada diri sendiri.

Petang itu yuni pulang seorang diri. Sebaik sahaja di depan rumah, semuanya gelap. Padahal abang sudah beredar dari pejabat sebelumnya. Yuni hanya terus ke bilik untuk mandi. Sebaik sahaja mandi, yuni bergegas ke dapur kerana kelaparan. Yuni pun menghidupkan lampu.

" SURPRISE!" jerit semua.

Rupa-rupanya mereka semua sudah merancang untuk membuat kejutan. Satu persatu memberi hadiah selepas menyanyikan lagu. Hanya ikhsan sahaja yang berdiri di tepi dengan muka selamba. Hampir 2 jam berborak, tiba-tiba ikhsan meminta izin untuk beredar.

"Pergi hantar tunang kau kat gate" tegur abang asyraf.

Yuni hanya menjeling lalu mengikut ikhsan dari belakang. Yuni yang jalan cepat terlanggar badan ikhsan apabila ikhsan berhenti secara tiba-tiba.

"Ni untuk baby."kata ikhsan sambil menghulurkan kotak kecil.

Yuni hanya membelet kotak itu seketika dan terus membukanya. Rantai dan gelang kelmarin. Dengan perlahan ikhsan mengambi gelang dan menyarungkannya. Yuni menyalak rambut ke depan agar ikhsan dapat memakaikan untuknya.

"Maafkan abang sebab termarah baby."kata ikhsan sambil tersenyum.

"Da lama maafkan pun.." jawab yuni

Malam itu apabila yuni ingin tertidur, yuni membelet rantai itu. Terlupa pula loket itu boleh menyimpan gambar. Apabila membuka, terpacak gambar mereka berdua semasa hari jadi yuni semasa yuni masih form 3 lagi.

Malam itu yuni tidur sambil tesengih-sengih.

*Keesokkan hari di bilik khas*

Yuni tersandar di sofa kerana entah kenapa kakinya sengal-sengal. Dia duduk memanjang sambil meletakkan kaki di sofa. Sambil mengerakkan jari-jemari kaki, tiba-tiba dua tangan mencapai kakinya. Ikhsan yang datang entah dari mana, mengurut kaki yuni.

"Sakit?" tanya ikhsan dengan lembut .

Yuni cuba menarik kakinya agar tidak disentuh oleh ikhsan tetapi ikhsan menarik dan mengurut telapak kakinya. Selepas 10 minit mengurut, ikhsan melemparkan senyuman kepada yuni sebelum berlalu pergi.

Yuni bermain dengan telefon bimbitnya selama 15 minit sebelum pergi. Sebelum bangun, tangan yuni tersentuh dengan sesuatu. Telefon bimbit ikhsan tertinggal di sofa. Yuni mengambilnya dan pergi ke bilik ikhsan. Yuni ketuk pintu 2 kali sebelum masuk.

"Boss terlupa... handphone.."kata yuni sambil memandang tajam terhadap ain yang terduduk di peha ikhsan.

______________

sila vote& comment.

Maaf kalau cerita ini membosankan

Kawan Abang! [FULL STORY]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang