Hari ini sudah 5 hari Namjoon sedar dari komanya.
Nasib baik sekejap.
Itu pun dengan amnesianya.
Ingatan Namjoon berhenti sampai sebelum kejadian tikaman sahaja.
Macam mana nak buat dia ingat semula?
Aku menolak pintu bilik wad persendirian Hoseok.
" Hai Joon. " sapaku dengan senyuman.
Namjoon tersenyum pucat.
" Hai Rin..."
" Saya ada bawakan buah. Nak saya potongkan? "
Namjoon mengangguk laju.
Aku tersenyum nipis.
Bunga di dalam pasu yang sudah layu diganti dengan bunga yang baru dibeli tadi.
Kemudian aku mengambil pisau di meja bersebelahan katil Namjoon.
Kulit buah epal dikupas lalu dipotong.
Sepotong buah epal dihulur pada Namjoon.
Kemudian aku duduk di kerusi berhampiran katil Namjoon.
Televisyen yang terpasang dipandang kosong.
" Rin? Awak okay ke? Tengok tv pun macam boleh tembus je? Hahaha "
Aku tersenyum hambar.
" Awak betul-betul tak ingat ke, Joon? "
" Ingat apa? "
Seketika cuma, terdengar Namjoon mengeluh.
" Saya tak ingat apa-apa. Saya dah cuba banyak kali..."
" Cuba lagi, Joon! "
Aku mula mendesak.
Aku tahu doktor tidak bagi kami memaksa dia mengingati semula.
Tapi akalku melampaui kewarasan.
" Cuba lagi, Joon! Tolong lepaskan Hoseok, kawan baik awak sendiri! "
" S-sakittt!!! Arghhh!!! "
Namjoon mengerang kesakitan.
" Yah! Hae Rin! Apa awak buat nih??? "
Jimin meluru ke arah Namjoon.
" Nurse! Ubat! "
" Awak keluar dulu, Rin. Jihun, tolong..."
Aku ditarik keluar dari bilik wad.
Sebaik sahaja Jihun membawa aku keluar, aku terjelepok jatuh ke lantai.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S3 | Jhope |
Fanfic" Aku nak kau kahwin dengan Rin. " " Jaga dan bahagiakan dia. " Jika diri ini tiada lagi di sampingmu, aku harap kau baik-baik saja. p/s: akan diupdate setiap 3 hari. In Shaa Allah ^^ Start : 27 August 2017 End : 3 February 2018 Cover credit by...