Yoongi's POV
Aku menunggu Kai meneruskan bicara.
" Ada orang suruhan datang jumpa aku...minta aku jadi saksi dan bagi keterangan. "
" Masa tu aku terpinga-pinga juga la. Tiba-tiba dia acu pistol kat aku dan ugut aku. "
" Dia ugut apa? " celahku.
" Dia akan bunuh aku dan family aku. "
" Jadi, aku pun buat la apa yang disuruh. "
" Kau ada nombor orang tu? "
" Takde. Setiap kali dia call, nombor dia private. Dan aku rasa itu orang suruhan je. Sebab aku ternampak dia bawa kereta, kat tempat duduk belakang ada orang lain. "
Aku terangguk-angguk faham.
" Kau ingat lagi muka orang tu? "
" Ermmmm..."
" Ha! Tu dia! "
Aku berpaling apabila Kai menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan keluar dari syarikat.
" Aku yakin tu dia walaupun aku tak berapa cam muka dia sebab dia pakai topi sebelum ni. "
Aku segera mengambil gambar lelaki yang Kai katakan tadi.
" Kau tak nak kejar ke? " tanya Kai pelik.
" Aku tahu macam mana nak jejak dia. " balasku sambil tersenyum.
" by the way...kau tahu kan Hoseok tu..."
" Ya I know...aku pernah kerja bawah dia. Tapi tak lama sebab aku berhenti kerja. "
Aku mengangguk faham.
" Okay la bro. Aku gerak dulu. Apa-apa roger aku. "
Aku bangun dan bersalam dengan Kai.
" Aku harap aku tak diheret sekali..." ujar Kai serba salah.
" Jangan risau bro. Kau pun mangsa. " balasku menyedapkan hatinya.
Kai tersenyum lalu mengangguk.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick S3 | Jhope |
Fanfiction" Aku nak kau kahwin dengan Rin. " " Jaga dan bahagiakan dia. " Jika diri ini tiada lagi di sampingmu, aku harap kau baik-baik saja. p/s: akan diupdate setiap 3 hari. In Shaa Allah ^^ Start : 27 August 2017 End : 3 February 2018 Cover credit by...
![[ Completed ] Sick S3 | Jhope |](https://img.wattpad.com/cover/120286637-64-k845203.jpg)